Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Kursus Intensif Haji Bersiri Surau Al-Kauthar

Kursus Intensif Haji Bersiri Surau Al-Kauthar

Mulai 23 Januari 2011
Setiap hari Ahad selama 6 minggu
3.00 petang - 6.00 petang

RM60.00 seorang @ RM100.00 suami isteri

Peserta boleh mendaftarkan diri kepada AJK surau yang berkenaan
atau Pejabat Cawangan Darul Mubarak melalui:

Email:


Pejabat: 03-8739-3018 @ 016-5200-102
Hamlud: 014-363-2268 / Fauziah: 017-348-7548
Haji Nazri: 017-6704-279 / En Farid: 013-6727-827

Buku panduan haji dan umrah diberikan percuma & jamuan ringan disediakan

Penceramah:
1. Ustaz Hj Muhammad Ismi bin Hj Mat Taib (Pengarah Urusan Darul Mubarak Travel)
2. Ustaz Nazrey Johani (ex-Raihan) - Ikon Projek
3. Ustaz Hj Muhammad Salim bin Hj Mat Taib (Pengarah Darul Mubarak Travel)

Kelas Pengajian Asas Al-Quran untuk belia dan dewasa di Masjid al-Barokah, Kg. Assam Jawa

Kelas Pengajian Asas Al-Quran untuk belia dan dewasa di Masjid al-Barokah, Kg. Assam Jawa.

Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat
Masa : Selepas Solat Isya'
Tempat : Bilik Kuliah Masjid al-Barokah, Assam Jawa

Maklumat Lanjut Hubungi:

Ustaz Mohd. Helmi Abdul Rahman - 013-677-2301
(Setiausaha Masjid al-Barokah, Assam Jawa)

Atau

En. Salim bin Marijo - 017-642-8032
(Ketua Lajnah Pendidikan dan Dakwah)

Kelas Pengajian Al-Quran di UKM Bangi

Bimbingan Pengajian Al-Quran
oleh Ustaz Jazam

Hari Selasa Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi
Hari Rabu Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi

Asas Pengajian Al-Quran
oleh Ustaz Ismail

Hari Selasa Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi & 5.00 petang - 6.00 petang
Hari Rabu Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi & 5.00 petang - 6.00 petang

Bertempat di Bilik Seminar 2, Masjid UKM
Pendaftaran secara percuma boleh dibuat di Pejabat Am, Pusat Islam UKM.

Terbuka kepada warga UKM
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-8921-5404

Sunday, March 7, 2010

Kelas Al-Quran untuk kanak-kanak di Masjid Pekan Sepang

Kelas Al-Quran Kanak-kanak
Bermula pada 5 Mac 2010

Pendaftaran dibuka sekarang.

Sila hubungi:-
Tuan Nazir: 012-232 5868
S/u: 019-320 1681
Tuan Imam: 03-3142 2449

Masjid Pekan Sepang,
Jalan Kelab,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan





Maklumat-maklumat lain mengenai Masjid Pekan Sepang
http://e-masjid.jais.gov.my/detailMasjid.php?id=92&daerah=Sepang

Senarai Masjid-masjid di Sepang, Selangor Darul Ehsan
http://www.mymasjid.com.my/masjid/area.asp?tLocCode=SL0003&tStateCode=SL
http://www.mosques.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=82&Itemid=90

Gambar-gambar Masjid Pekan Sepang
http://artmelayu.blogspot.com/2009/07/masjid-pekan-sepang-mosque-of-small.html

Sunday, September 27, 2009

Institut Tahfiz Semenyih


Institut Tahfiz Semenyih akan mengadakan kelas tahfiz al Quran Mulai Okt. 2009 di Taman Semenyih Impian, Semenyih. Syarat kemasukan ialah boleh membaca al Quran dan berumur melebihi 15 tahun. Tujuan diadakan bukan bermotif untuk keuntungan tetapi meningkatkan martabat al Quran sebagai rahmat untuk seluruh manusia dan alam. Banyak sekali rahmat bagi org yang menghafaz al Quran, salah satunya ialah melepaskan kerabatnya dari api neraka.
Anda semua dijemput untuk menjadi pelajar dengan sedikit yuran untuk keperluan pelajar dan pengajaran.

Sapa nak ngaji... contact la sy.. Sementara tu nak malumkan bahawa ada terdapat kekosongan jawatan guru tahfiz (wanita) dan fardhu ain. student yang dah tamat 20 juzuk pun boleh apply. call ya. 019-5649016 nak urgent.

Location:
Institut Tahfiz Semenyih, Tel 03-87230709

Street:
32A, Jalan Taman Semenyih Impian 12,Taman Semenyih Impian,

City/Town:
Semenyih, Malaysia

Phone:
0195649016

Email:
info@mybrilliante.com

View Map

View Larger Map

Sumber:
http://www.facebook.com/event.php?eid=110072265063

Saturday, July 18, 2009

Kelas Tafsir Al-Quran secara harfiah oleh Ustaz Nasaruddin Hasim

Saturday, June 13, 2009

Kelas Belajar Al-Quran Peringkat Asas di Surau At-Tarbiyyah, Ampang



Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Bacalah oleh Mu Al-Quran, kerana ia akan datang pada Hari Qiamat kepada sesiapa yang membacanya" Hadis Riwayat Muslim.

Dan Riwayat Bukhari daripada Nabi Muhammad s.a.w: "Sebaik-baik orang dikalangan kita adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya".

Pihak Pengurusan Surau At-Tarbiyyah sedang merangka satu Program Belajar Al-Quran Peringkat Asas bagi ahli qariah . Penguasaan dalam mengenal huruf, sebutan makhraj yang betul dan memahami hukum tajwid dalam pembacaan Al-Quran merupakan syarat utama untuk kita menguasai pembacaan Al-Quran dengan baik.



Matlamat

Membantu ahli qariah supaya boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Objektif

Membantu ahli qariah agar dapat membaca al-Quran dengan betul dan lancar
Meramaikan lagi bilangan ahli qariah turut serta dalam Majlis Tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadan akan datang
Membudayakan aktiviti pembacaan al-Quran dikalangan ahli qariah

Sasaran Peserta

Buat masa ini penyertaan hanya dibuka kepada kaum bapa sahaja.

Aktiviti Kelas Pengajian

1. Program Asas Al-Quran
- Menggunakan Buku Iqra’ Jilid 1 hingga 6 (Buku Iqra’ akan disediakan oleh pihak surau)

2. Program Membaca Al-Quran
- Tasmik
- Tadarus Al-Quran
- Majlis Khatam Quran

Jadual Waktu

Buat masa ini jadual yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa adalah:

· Setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu selepas waktu Isyak
· Kelas pertama akan diadakan pada hari Isnin, 9hb Feb 2009 bersamaan 13 Safar 1430H.

Yuran Penyertaan

Tiada yuran khusus yang akan dikenakan. Mana-mana ahli Qariah yang ingin menyumbang secara ikhlas, boleh berbuat demikian terus ke Tabung Surau atau melalui Bendahari, Sdr Hamzah Mohamad.

Tenaga Pengajar

Buat masa ini tenaga pengajar adalah terdiri daripada ahli-ahli Qariah Surau At-Tarbiyyah. Tenaga Pengajar luar mungkin akan dilantik setelah semua peserta dapat membaca Al-Quran dengan baik.

Penutup

Marilah kita sama-sama belajar membaca Al-Quran kerana jika kesalahan berlaku semasa kita membaca Al-Quran akan dimaafkan sebaliknya jika kita tidak dalam pembelajaran, bacaan yang salah akan mengundang dosa. Lagi banyak kita baca lagi banyak kita mengumpul dosa.

Hadith Riwayat Muslim :
“Apabila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid/surau) sambil membaca Al-Qur’an dan saling bertadarus bersama-sama, niscaya akan turun ketenangan atas mereka, rahmat Allah akan meliputi mereka, para malaikat akan melindungi mereka dan Allah menyebut mereka kepada makhluk-mahkluk yang ada di sisiNya"

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan sehingga mampu melahirkan ahli qariah yang mahir membaca Al-Quran. Oleh itu kepada peserta yang berminat, bolehlah mengisi borang yang dilampirkan dan kembalikan kepada mana-mana AJK Surau At-Tarbiyyah secepat mungkin atau selewat-lewatnya pada hari Khamis 5hb Feb 2009.

Surau At-Tarbiyyah Bukit Indah
Jalan Bukit Indah 1/20, Taman Bukit Indah
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

http://surauat-tarbiyyah.blogspot.com/2009/01/program-kelas-belajar-al-quran.html

http://at-tarbiyyah.lefora.com/headlines/

Tuesday, May 26, 2009

Kelas Mengaji Al-Quran di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Selangor

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

Adalah dimaklumkan bahawa kelas mengaji akan bermula pada 4 Februari 2008 dan, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang.

1. KELAS MENGAJI KANAK-KANAK

a. Muqaddam: Hari Isnin hingga Jumaat

b. Al-Quran: Hari Selasa hingga Jumaat

Masa 8.00, malam hingga,9.00 malam
Yuran Bulanan- RM 5.00 seorang

2. KELAS TAJWID/AL-QURAN (DEWASA)

Setiap hari Rabu Masa: 9.00 malam hingga 10.00 malam
Yuran Bulanan- RM20.00 seorang

Kepada tuan/puan serta keluarga yang berminat untuk menyertai kelas di atas, sila berikan nama, alamat dan no. tel kepada saya dan pendaftaran boleh dibuat melalui sms/tel/faks/surat atau pun e-mel sebelum akhir bulan Januari 2008.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya. Sekian, Wassalamualaikum wrt. wbt.

Yang menjalankan tugas,

HAJI MOHD AZAM BIN AHMAD

SETIAUSAHA
SURAU IBNU SINA
Tel: 03-8922 2532, 012-2537 532, Fax: 03-8922 2572,
E-Mel: hajiazam_ahmad@yahoo.com

http://bangi15.blogspot.com/2008/02/kelas-mengaji-2008.html

Thursday, May 21, 2009

Pupaqsi pusat sehenti fardu ain



ANTARA faktor utama yang menyebabkan orang ramai terutamanya golongan dewasa yang buta al-Quran terus kekal dengan kekurangan itu ialah sifat segan dan malu serta terlalu sibuk untuk belajar daripada mereka yang pakar.

Menginsafi kekurangan itu, ditambah lagi sebagai tanggungjawab untuk melengkapkan keperluan fardu kifayah itu kepada umat Islam di negara ini, Pusat Pengajian al-Quran Sistem Individu (Pupaqsi) ditubuhkan bagi menampung kelompongan itu.

Pusat itu berorientasikan pengajian al-Quran dan fardu ain secara individu dengan memberi perhatian khusus kepada dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan matlamat membasmi gejala buta al-Quran terhadap golongan sasar.

Pengurus Pupaqsi, Norirwan Oswan berkata, selain pengajian asas al-Quran dan tajwid, pelajarnya turut disediakan dengan pembelajaran kelas Bahasa Arab dan fardu ain mengikut sukatan yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kelas yang disediakan di pusat ini adalah fleksibel mengikut kesesuaian masa bermula pada pukul 2 petang sehingga 10 malam dengan kadar bayaran yang amat berpatutan,” katanya.

Pengajian Bahasa Arab dan fardu ain itu ditawarkan melalui Kelas Integrasi al-Quran dan Fardu Ain (Kiafa) yang ditawarkan untuk pengajian selepas waktu rasmi persekolahan bagi pelajar peringkat rendah tahun 1 hingga tahun 6.

Kiafa turut menawarkan bonus apabila kelas pembelajarannya turut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai salah satu medium selain Bahasa Arab dan Melayu.

Tambah Norirwan, Pupaqsi mempunyai kekuatan empat tenaga pengajar berpengalaman lepasan pengajian Islam dan Maahad Tahfiz.

Menurut beliau, penubuhan kelas ini tercetus apabila melihat bilangan keciciran pelajar daripada mengikuti pendidikan di sekolah agama rakyat semakin tinggi.

“Ini ditambah pula dengan kelas agama swasta yang mengenakan bayaran pengajian yang agak mahal. Dengan mengenakan yuran bulanan yang berpatutan, Kiafa mampu melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal.

“Yuran yang dikenakan amat berpatutan kerana kami tidak mahu melihat anak-anak dan golongan dewasa tidak tahu langsung mengenai al-Quran disebabkan yuran yang mahal,” katanya.

Pusat yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu beroperasi di 17 A, Jalan Pinang E, 18/E, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor setiap hari bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan ditutup pada hari cuti umum.

Pupaqsi juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan ilmu-ilmu fardu kifayah seperti kursus tajwid, marhaban dan berzanji, qiraat dan taranum.

Kursus lain ialah Kem Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh, Kursus Smart Solat, Kem Motivasi dan Pemantapan Akhlak, Kem Cintai Alam Semulajadi, Kem Ikhtiar Diri, Kem Keluarga Bahagia Keluarga Impian, Kursus Imam dan Bilal Muda, Kem Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar, Kursus Motivasi Pekerja Bestari, Kem Jati Diri dan Kepimpinan, Kem Smart Ibadah (Khemah Ibadah) dan Kursus Dakwah dan Kepimpinan.

Ia juga turut menyediakan kursus-kursus peningkatan pekerja dan motivasi untuk sektor kerajaan dan swasta.

Dalam pada itu, Norirwan berkata, Pupaqsi mendapat kelulusan JAIS untuk beroperasi dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, Pupaqsi dipengerusikan oleh Zaid Muhammad Mohd Rais dengan modal menubuhkannya diusahakan sendiri oleh beliau demi melihat kepentingan dan kesedaran bahawa ilmu al- Quran dan fardu ain mesti disebarkan kepada seluruh orang Islam.

Menyentuh mengenai pengajian orang-orang dewasa, Norirwan berkata, yuran bulanan bagi kelas pengajian asas al-Quran dan tajwid ialah sebanyak RM80.

Katanya, keistimewaan di sini ialah ia menawarkan satu sistem pembelajaran secara individu (one to one).

“Selain itu waktu pembelajarannya sangat fleksibel di mana para peserta boleh datang pada bila-bila masa sahaja antara pukul 1 petang hingga 10 malam tanpa perlu membuat temu janji.

“Sistem ini dicipta bagi memberi peluang kepada umat Islam dewasa yang sangat sibuk, berusia lanjut dan malu dan segan belajar secara berkumpulan,” katanya.

Sebagai perancangan untuk tahun 2007, Pupaqsi akan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan dengan ilmu-ilmu fardu kifayah pada setiap hujung minggu.

Pupaqsi dibuka pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan berehat selama sejam pada pukul 7 malam. Ia ditutup pada hari kelepasan am bagi negeri Selangor.

Sehingga kini Pupaqsi mempunyai 80 penuntut yang datang dari kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

Bagi menambahkan fungsi dan peranan serta tanggungjawab fardu kifayah, Pupaqsi juga menubuhkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Insan bagi melancarkan segala urusan pengendalian kursus-kursus yang disediakan oleh pusat itu.

Oleh yang demikian, kursus yang ditawarkan oleh Pupaqsi adalah sebagai memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan sama ada sektor awam dan swasta, sekolah dan masjid untuk menganjur atau menjalin kerjasama pintar yang meliputi seluruh negara.

Norirwan berkata: “Alhamdulillah sehingga kini program di atas mendapat sambutan memberangsangkan sejak dilancarkan.”

“Malah ada antara ibu bapa yang memaklumkan bahawa mereka melihat ada perubahan pada anak masing-masing seperti berani menjadi imam di rumah serta berlumba-lumba untuk bergelar bilal di surau,” katanya.

Kepada mereka yang berminat mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan oleh Pupaqsi atau untuk menyertai bengkel yang dianjurkan boleh menghubungi pusat itu di talian 03-55432520, Norirwan (013-6332008), Zaid Muhammad Mohd. Rais (016-2272327).

Orang ramai juga boleh melayari laman web pusat itu, www.pupaqsi.edu.my untuk mendapat maklumat lanjut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

PUPAQSI (Pusat Pengajian Al Quran Sistem Individu)
http://www.pupaqsi.edu.my/

Wednesday, April 22, 2009

Kelas-kelas Agama di Akademi Insan

Berikut adalah kelas-kelas agama yang ditawarkan di Akademi Insan:

Kelas Tajwid 1 & 2
Kelas Tarannum Al Quran (Seni Lagu Al Quran)
Kelas Qiraat Nafi’
Kelas Berzanji dan Marhaban
Kelas Bahasa Arab Komunikasi
Kelas Tahfiz Individu
Kelas Jawi Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak
Kelas Memori-Mnemonik-Teknik Hafal Mudah Kelas Al Quran dan Tajwid - Dewasa
Kelas Pra Tahfiz Al Quran dan Tajwid – Umum
Kelas Al Quran, Qiraati, Tajwid dan Fardhu Ain – Kanak-kanak
Kelas Qiraati dan Pra Fardhu Ain – Kanak-kanak 4-5 tahun
Pihak Akademi Insan menyediakan 3 SESS:

Pagi : 8:30 pagi – 10:30 pagi
Petang : 3:00 petang – 5:00 petang
Malam : 8:00 malam – 9:30 malam
Untuk pendaftaran atau pertanyaan sila hubungi :

Ustaz Shaiful Khan - (019) 2421197

No. 86A, Jalan Rugbi 13/30
Shah Alam
Selangor
40000
Malaysia

03-55128672
03-55128700
019-2421197

http://www.ainsan.moreclass.com.my/index.php/program/kka

Wednesday, March 4, 2009

Kelas-kelas Pengajian Islam di KUIS



Kursus-Kursus Jangka Pendek Yang Ditawarkan

Kursus Bahasa:

(a)English Language Proficiency ( 2 modul) – 36 jam/modul
(b)Effective Business Writing - 24jam
(c)Kursus Intensif Bahasa Arab ( 4 modul) – 40 jam/modul
(d)Kursus Bahasa Mandarin (Asas) – 36 jam/modul
(e)Kursus Bahasa Jepun (Asas) – 36 jam/modul

Pengajian Islam:

(a)Perbandingan Agama – 36 jam/modul
(b)Syariah – 36 jam/modul
(c)Usuluddin – 36 jam/modul
(d)Taranum Al-Quran – 36 jam/modul
(e)Pengajian Al-Quran (Tajwid Tatbiqi) – 36 jam/modul
(f)Falak Syarie (Astronomi) – 36 jam/modul

Lain-lain Pengajian:
(a)Pendidikan Awal Kanak-kanak – 3 jam
(b)Kaunseling – 36 jam
(c)Reka Grafik – 36 jam
(d)Asas Perakaunan – 36 jam

Kelas-kelas untuk kursus pendek dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad.

Program Pembangunan Remaja & Kanak-Kanak

KASIH : Kem Asuhan Insan Harapan (Cuti Sekolah Disember)
ITQAN : Kem Kepimpinan Dalam Pasukan
TAHSIN : Tahfiz dan ICT (Cuti Sekolah Mac)
TAYYIBAH : Tahfiz dan Ibadah (Cuti Sekolah Mei)
TESCA : Tahfiz and English Summer Camp (Cuti Sekolah Ogos)

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi;

Pusat Pengajian Sepanjang Hayat
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: 603-8925 4251 samb. 3306 / 1236

En. Mohd Husni bin Mohd Said (019-6959 600)
Pn. Hanifah Haron ( 016 – 6279192)
En. Mohd Sallehuddin Mohd Said ( 019- 2090286)
Pn. Kamariah Hassan (019 2610 789)

http://www.kuis.edu.my/malay/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=14&Itemid=49&limit=1&limitstart=1

http://www.kuis.edu.my/malay/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=14&Itemid=49&limit=1&limitstart=2

Peta ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


View Larger Map

Tuesday, March 3, 2009

Kelas Bahasa Arab Al-Quran, Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam

KELAS BAHASA ARAB AL-QURAN

TEMPAT: Surau As-Sakeenah
MASA : Selepas Magrib
HARI : Setiap AHAD
TENAGA PENGAJAR: Ust Husni Zaim
PENGELOLA: Haji Nur Zaihan

Kelebihan mempelajari Bahasa Arab di antaranya adalah penghayatan terhadap bacaan-bacaan di dalam solat, terutamanya apabila Imam membaca dan kita mendengarnya.

Bagi yang tidak memahami bahasa Arab, ketika Imam membaca ayat dari surah-surah tertentu, fikiran kita mungkin akan menerawang kerana tidak memahami apa yang dibaca. Paling tinggi pun kita akan menumpukan perhatian untuk mendengar bacaan-bacaan tersebut.

Marilah beramai-ramai mengambil kesempatan ini

Allah telah menerangkan dalam Quran:

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ الْمُتَّقِينَ وَتُنْذِرَ بِهِ قَوْمًا لُدًّا
[١٩:٩٧]

”Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang” - Surah Maryam 19:97.


فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
[٤٤:٥٨]

Surah Ad-Dukhaan 44:58, ”Sesungguhnya Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran.”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:١٧]

Surah Al-Qamar 54:17, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:٢٢]

Surah Al-Qamar ayat 54:22, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:٣٢]

Surah Al-Qamar ayat 54:32, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:٤٠]

Surah Al-Qamar ayat 54:40, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”

http://www.surau-sakeenah.myportal.my/?lang=my&id=6&mnu=6

Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-kanak & Dewasa, Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam

KELAS MENGAJI AL-QURAN

TEMPAT : Surau As-Sakeenah
MASA : Selepas Magrib - Kanak-kanak
Selepas Isyak - Dewasa
HARI : Setiap SELASA dan JUMAAT

YURAN PENGAJIAN: Kanak-kanak – RM 30.00
Dewasa – RM 50.00

TENAGA PENGAJAR: Ust Wan Abdul Rahman 019-629 8379
(Imam surau As-Sakeenah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

“ Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya”

“ Bacalah Al-Quran dengan bertartil (memelihara hukum tajwid)” Surah Al-
Muzammil: 4

“ Seseorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada bersama malikat pencatat yang
mulia dan jujur. Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat- sekat dan
bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran,”
(Himpunan Bukhairi, Turmizi, Nasai, Abu daud dan Ibnu Majah)

http://www.surau-sakeenah.myportal.my/?lang=my&id=6&mnu=6

http://www.surau-sakeenah.myportal.my/?lang=my&id=3&mnu=3

Monday, February 9, 2009

KURSUS TILAWAH AL-QURAN UNTUK ORANG AWAM, ANJURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)



Divisyen Tilawah, IfLA, UIAM menjemput Tuan, Puan, Muslimin dan Muslimat yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengikuti Kursus Pengajian Al-Quran Orang Awam. Kursus ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat samada sudah tahu membaca al-Quran atau baru hendak belajar membaca al-Quran.

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu kemestian ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah dituntut. Walaupun demikian, segala tuntutan tersebut tidak dapat dicapai sekiranya asas ke arah itu tidak dapat diatasi. Terdapat banyak hadith yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antara lain satu hadith yang bermaksud:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang mahu berkata-kata dengan Allah S.W.T maka bacalah Al Quran”

Bertitik tolak dari sinilah, dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap umat Islam, Pusat Bahasa dan Pencapaian Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menubuhkan Kursus Tilawah Al Quran pada Jun 2000. Kelas ini akan memberi peluang khususnya kepada masyarakat luar untuk belajar membaca Al Quran dan mendalami ilmu tajwid.

KAMPUS PENGAJIAN

Kelas akan di adakan di TIGA kampus IIUM: -

Kampus Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, GOMBAK.
Pusat Asasi UIAM, Jalan Universiti, Seksyen 17, PETALING JAYA.
Pusat Asasi UIAM, Jalan BBN, 1/7D, Fasa 3A/3B Putra Nilai, NILAI, NEGERI SEMBILAN

WAKTU PENGAJIAN

Kelas diadakan DUA kali seminggu secara pasangan hari berikut:

Isnin dan Rabu Khamis; 8:00malam – 10:00 malam.
Selasa dan Khamis; 8:00malam – 10:00 malam.

Peserta hanya boleh memilih satu pasangan hari sahaja dalam seminggu di 1 lokasi yang sesuai sahaja.

KAPASITI KELAS

Bagi satu-satu kelas pengajian, peserta dihadkan seramai 15 ke 20 orang sahaja. Jumlah ini telah disesuaikan dengan masa yang diperuntukkan iaitu 2 jam setiap kali menghadiri kelas. Guru akan memberi peluang kepada semua peserta dalam satu-satu kelas itu untuk mencuba bacaan mereka dan dapat pula diperbetulkan bacaan mereka oleh guru kami yang terlatih.

Oleh itu guru dan peserta diharapkan dapat memulakan dan mengakhirkan kelas tepat pada masa yang telah ditentukan. Kelewatan memulakan kelas atau melambatkan tamat kelas akan merugikan masa yang diperuntukkan.

Untuk maklumat lanjut, layari...

http://www.iiu.edu.my/celpad/kutaq/

Peta ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Peta ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


View Larger Map

Peta ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya


View Larger Map

Peta ke Pusat Asasi UIAM, Nilai


View Larger Map

Kelas Al-Quran di UIA

Kelas Pengajian Al-Quran (Tajwid), Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, Kajang

Masa : 10:30 pagi setiap Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan
Penyertaan : Terbuka kepada semua tanpa sebarang bayaran
Anjuran : Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam
Penceramah : Ustaz Mahzir bin Nor

Semua ahli kariah dijemput hadir

Peta ke Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor

View Larger Map

Wednesday, January 7, 2009

Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Kota Damansara

Kelas Bimbingan Rehal atau singkatannya REHAL adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002. REHAL yang terletak di seksyen 4, Kota Damansara, Selangor ini menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak.  Pengajaran dan pembelajaran di REHAL adalah menggabungkan  cara pengajian tradisional (sistem individu) dengan cara pengajian moden (sistematik berkelas). REHAL dipengerusikan oleh Ust. Surur Shihabudin Hassan An-Nadawi, seorang penulis,  pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di universiti-universiti dan masjid-masjid sejak 1999.

PRODUK-PRODUK YANG DISEDIAKAN DI REHAL: -

  • KELAS PENGAJIAN INDIVIDU TAHFIZ, AL-QURAN & FARDHU 'AIN klik

  • BUKU ILMU TAJWID menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim klik

  • TALAQQI AL-QURAN 30 JUZ BERSANAD klik

  • KURSUS LENGKAP BUKU ILMU TAJWID klik

  • KURSUS ASAS BAHASA ARAB klik

OBJEKTIF REHAL: -

  • Memberi peluang individu muslim untuk belajar membaca al–Quran dari zero.

  • Menyedia pengajian tajwid Al-Quran dari peringkat paling bawah hingga kepada peringkat tinggi. 

  • Mengajak individu muslim mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman dalam kehidupan. 

  • Menyiapkan individu muslim yang memahami agama dan sempurna Ibadahnya. 

  • Mengadakan kursus-kursus berbentuk Tajwid dan Ibadah dari masa ke semasa.

KEISTEMEWAAN REHAL:

  • Pengajian tanpa mengira peringkat umur (dewasa atau kanak-kanak).

  • Dibimbing secara individu (seorang demi seorang) oleh tenaga pengajar yang berkelulusan dan berpengalaman

  • Yuran bulanan yang berpatutan.

  • Sebuah kelas pengajian yang berdaftar.

  • Persekitaran dan suasana pembelajaran yang selesa.

  • Sijil tamat pengajian disediakan.


    http://www.rehal.org/



KELAS TALAQQI AL-QURAN 30 JUZ BERSANAD

MAKSUD TALAQQI


Perkataan Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama Rasulullah s.a.w. Melalui kelas ini murid akan diperbetulkan bacaannya satu persatu dari ayat mula al-Quran hingga ke ayat akhirnya. Murid mestilah seorang yang telah lancar membaca al-Quran dan telah tamat pengajian Ilmu Tajwid sebelum boleh menyertainya.

MAKSUD SANAD

Perkataan Sanad bermaksud kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada guru al-Quran yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w. Pada zaman ini sanad kesinambungan ini dibuktikan dengan adanya dokumen (yang digelar ijazah) yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketepatan bacaan al-Quran. Ijazah tersebut akan menyatakan Qiraat, Riwayat dan Turuq sesuatu bacaan yang diijazahkan kepada muridnya.

PENYERTAAN

Setakat ini pengajian kelas Talaqqi al-Quran dijalankan secara individu terus dengan pengarang buku Ilmu Tajwid Hafs 'An 'Asim iaitu Ust. Surur Shihabuddin An-Nadawi (Al-Hafiz). Tempat, hari dan masa adalah dibuat setelah berbincang terus dengan ustaz sendiri. Sila hubungi ustaz terus di talian 0192390698.

http://www.rehal.org/talaqqi.htm

Peta ke Kelas Bimbingan Rehal, Kota Damansara


View Larger Map

Related Posts with Thumbnails