Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Rekod bacaan Al-Quran

Bagaimana anda mencatat bacaan Al-Quran setiap hari? Terdapat beberapa cara untuk melakukannya bergantung kepada kesesuaian anda. Berikut ialah beberapa cara yang digunakan.

1. Menanda bacaan di dalam Al-Quran dengan menggunakan penanda. Masalah yang mungkin timbul ialah sekiranya penanda tersebut diletakkan di dalam Al-Quran di rumah, mungkin anda mengalami masalah untuk mengingati dimana bacaan terakhir sekiranya anda ingin membaca Al-Quran di pejabat atau di mana-mana tempat yang lain.

2. Menanda bacaan dengan menggunakan buku penanda khas.

3. Dan pelbagai lagi kaedah-kaedah yang lain.

Satu alternatif yang boleh digunakan ialah dengan merekod bacaan anda secara di atas talian (online). Anda boleh menggunakan contoh spreadsheet berikut untuk menanda bacaan Al-Quran anda. Dengan ini, anda boleh menyemak di mana bacaan terakhir anda samada di rumah mahupun pejabat dengan syarat anda mempunyai internet.
Sekiranya anda tidak mempunyai internet, spreadsheet ini boleh disimpan didalam telefon bimbit atau PDA anda.

Contoh Rekod Bacaan Al-Quran 1, untuk 30 Juzuk Al-Quran

Sekiranya anda ingin khatam Al-Quran didalam masa sebulan, anda boleh menggunakan contoh spreadsheet berikut:

Contoh Rekod Bacaan Al-Quran 1, baca 4.5 muka surat setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari.

Tips untuk khatam Al-Quran dalam masa sebulan

Wednesday, August 19, 2009

Ibadat puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Isi kandungan

1 Dalil
2 Niat puasa Ramadhan
2.1 Lafaz niat
2.2 Waktu berniat

3 Hukum puasa
3.1 Puasa Wajib
3.2 Puasa Sunat
3.3 Puasa Haram

4 Syarat wajib puasa
5 Syarat sah puasa
6 Rukun puasa
7 Sunat puasa
8 Perkara yang membatalkan puasa
9 Mereka yang diizinkan berbuka
10 Doa buka puasa
11 Tingkatan Puasa
12 Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan
13 Pautan Luar

Dalil

Firman Allah S.W.T:

“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) ”
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“ " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......." ”

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa al-Quran.


Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Hukum puasa


Puasa Wajib

Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
Puasa Kifarah.
Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram

Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
Puasa perempuan haid & Nifas
Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

Berakal/waras
Baligh (cukup umur)
Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

Orang Islam
Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

1. Berniat pada malam harinya
2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

1. Makan sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
3. Menjamu orang-orang berbuka puasa
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari Islam)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

Orang yang sakit .
Orang yang berkerja buruh.
Orang yang dalam musafir (perjalanan).
Orang tua yang sudah lemah.
Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan


Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.


Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa

Wednesday, March 4, 2009

Mukjizat & Kelebihan Surah Yasin

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang.

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk igunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
o Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
o Tiupan ke-dua - Hancur
o Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Yasin is the jantung of Al-Quran

Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
o Child is sick
o Feeling troubled.
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o As selusoh (to ease pain when giving birth)

Read Yasin (3x) over water

Read 3 Qul (three times each)

Fatihah

Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)

Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 -

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

[36:9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).


Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup ditiap-tiap penjuru rumah.

Lindungi diri dari dianiaya

Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Baca Ayat 9

Fatihah

Read 3 Qul (three times each)

Ayat Kursi


Ayat 29 -

إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ

[36:29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.


Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.


Ayat 36

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

[36:36]
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.


Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari

Ya Wadud (3x)


Ayat 58 -

سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ

[36:58]
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.


Jika sakit anggota

Tak tenang hati

Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit


Ayat 76

فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ

[36:76]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.


Bila rasa sedih

Untuk menenangkan hati

Gosok jantung sambil baca


Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."

Tulang patah

Sakit sendi

Sakit lutut


Ayat 82 -

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

[36:82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

Jika mandul

Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan


Dry method

o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan) o Seperti di atas o Bila baca ayat, tiup dalam air o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain o Doa sambil minum o Untuk 41 pagi


Dalam YASSIN merangkum:

Ilmu Pertanian
Ilmu Falak
Ilmu Laut
Ilmu Kiamat
Ilmu Ciptaan Manusia
Ilmu Binatang
Ilmu Kenabian


Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.

http://www.teratak-ilmu.com/modules.php?name=News&file=article&sid=41

Monday, February 9, 2009

ADAB MEMBACA AL-QURAN SEPERTI TAFSIR SURAH AL-A'RAF DI IKIM

Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi


1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
2.Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3.Membaca dalam keadaan berwudhuk.
4.Mengadap ke arah kiblat.
5.Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6.Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin mengahfaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
7.Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.
Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbuyl riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin.
8.Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
9.Membaca dengan mentadabbur dan menangis.

Tahukah Anda!!!

Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.Sebagai contoh orang-orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.

10.Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.
11.Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
12.Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
13.Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.

Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai”.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim

14.Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
15.Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
16.Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.
17.Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.

Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu :

18. Mengucup al-Quran kerana dkiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah kepada.
19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.
20.Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.
21.Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.
22.Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram 1430 - Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.



Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyrakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. telahpun melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkang puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhansetahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:


Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) danakhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat
    lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat
    lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura
    Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Sunday, November 16, 2008

Keutamaan Membaca Al-Quran

1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang

sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu

Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.

4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran -

Dalam sembahyang - 100 kebajikan

Di luar sembahyang berwudhu' - 50 kebajikan

Tanpa wudhu' - 10 kebajikan

6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan

putus, mengikut Ibnu Abbas.

7. Keselamatan daripada api neraka.

8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.

9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.

10. Pembaca akan memperolehi keamanan.

11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

12. Pembaca dimasukan ke dalam golongan Siddiqin' Syuhada' dan Solihin.

13. Membaca Al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.

14. Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga.

15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.

17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat

dan dikelilingi oleh malaikat.

18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.

19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.

20. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000

raka'at.

21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian

hidup.

22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.

23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

Masa-masa yang diutamakan membaca Al-Quran

1. Di waktu tengah malam sehingga fajar, adalah paling utama.

2. Di antara Maghrib dan Isya'.

3. Sesudah sembahyang Subuh.

 

Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah

A. Tiap-tiap pagi dan petang

1. Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan

dibina sebuah istana di syurga;

2. Al-Falaq - dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala

perkara yang tidak diingini;

3. An-Naas - sama seperti A-Falaq;

4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255) - pahalanya menyamai satu perempat

Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;

5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) - untuk keselamatan;

6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) - apabila dibaca selepas Subuh

dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.

B. Tiap-tiap malam

1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) - Hati Al-Quran, pembacanya akan

mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya.

2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) - pembaca akan mendapati 7000 malaikat

memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga.

3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)

4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) - pahala membaca seumpama separuh

Al-Quran.

5. Al-Ikhlas

6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) - dibaca pada malam hari akan

diberi pahala beribadat separuh malam.

7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) - diberi pahala beribadat

separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.

 

C. Sebelum tidur

1. Al-Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup

segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;

2. Bismillah - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan

kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat;

3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) - diberi syufaat dan diampunkan dosa,

pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;

4. As Sajdah (juz 21 surah 32) - diberi naungan di hari Kiamat; 60

darjat daripada surah lain;

5. Al Kaafirun - menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari

azab neraka.

D. Bacaan pada setiap malam dan siang

1. Yassin;

2. Al Mulk;

3. Al Waaqiah - (Juz 27 surah 56) - dijauhi kepapaan;

4. Ad Dukhan

E. Tingkatan pembaca Al-Quran

1. Jutawan - membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam;

2. Jayawan - membaca 200 hingga 299 ayat;

3. Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat;

4. Pemelihara - membaca 50 hingga 99 ayat;

5. Yang ingat - membaca 10 hingga 49 ayat;

6. Yang lalai - membaca 0 hingga 9 ayat.

E. Keutamaan surah-surah lain

1. Ali-Imran - jika dibaca bersama Al Baqarah akan mendapat pembelaan

di hari kiamat dan dikira sebaik-baik perbendaharaan; jika dibaca pada hari Jumaat akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya;

2. Al-Hasyr - jika dibaca sebelum tidur dan mati pada malam itu,

mendapat pahala mati syahid.

3. A'la (juz 30 surah 100) - menyamai separuh Al-Quran;

4. An Nasr (juz 30 surah 110) - menyamai seperempat Al-Quran;

(Dipetik dari buku "Amalan harian sepanjang zaman" oleh Al Ustaz Dato' Hj.

Ismail Kamus)

http://www.perkim.net.my/dakwah_details.cfm?id=89ECD973-1B0E-4A9F-A589E181755FD546

Sunday, August 10, 2008

Fadhilat Membaca dan Menghafal Al-Quran

• "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)
• "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
• "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)
• "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)
• Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura

Saturday, August 9, 2008

Kaedah Menghafal Al-Quran

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

(Artikel ini dipetik daripada Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura)

http://www.al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=2098/finish=15/start=0.html

Friday, August 8, 2008

Adab Membaca dan Menghafal Al-Quran

1. Ikhlaskan niat.
2. Bersabar.
3. Mulakan bacaan dengan Bismillah.
4. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
5. Bersih dari hadas kecil dan besar.
6. Sebaiknya menghadap kiblat.
7. Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
8. Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
9. Memberikan tumpuan sepenuhnya.
10. Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
12. Menghormati Al-Qur'an.
13. Menghormati guru.
14. Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura

Related Posts with Thumbnails