"Kaedah Mudah Untuk Bertutur Bahasa Arab Serta Memahami Bacaan Solat & Doa Khusus Buat Golongan Profesional Yang Tiada Masa Untuk Ke Kelas!"
Ketahui bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Arab dengan mudah melalui Ebook Panduan Belajar Bahasa Arab ini. Kaedah pembelajaran yang sangat praktikal dan berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab.
Anda mungkin mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Arab. Namun, niat anda mungkin terbantut disebabkan oleh masalah-masalah yang anda alami seperti:-
+ Tidak tahu dimana tempat yang mengadakan kelas belajar Bahasa Arab.
+ Jadual kelas pembelajaran yang mungkin tidak sesuai dengan masa anda serta selalu bertembung dengan aktiviti harian anda yang lain.
+ Yuran kelas yang agak mahal.
+ Suasana pembelajaran yang mungkin kurang selesa.
+ Tidak mempunyai buku rujukan yang tepat dan bersesuaian.
+ Sistem pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak bersistematik.
+ Tidak menjumpai tenaga pengajar yang sanggup membimbing anda hingga berjaya.
dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa melupakan sahaja niat anda untuk mempelajari Bahasa Arab.
http://www.belajarbahasaarab.com/
*****************************************************
The Simplest Way To Speak Arabic And To Understand The Meaning In The Solat & Certain Doa Especially To The Professionals And Those Who Do Not Have Time To Go For Classes!
Know how you could learn the Arabic Language in the simplest way through this ebook. The practical and effective way to learn an Arabic Language.
You might have a deepen interest to learn Arabic. But your intention stunted through some problems such as:
+ You have no idea of the place
+ The schedule is not convenience to you
+ Fees
+ The environment provided
+ Less of reference books
+ Non- effective syllabus given
+ Non- effective tutors
+ And other problems appeared
http://www.simplearabic.com/
Wednesday, May 27, 2009
E-Book Bahasa Arab dalam Bahasa Malaysia & Inggeris
Tuesday, May 12, 2009
Learn 80 percent vocabulary of the Qur'an
The main focus of the site http://www.80percentwords.com is to help you learn and understand the Arabic of the Holy Quran. The following video describes how to study using the site.
Please visit http://www.80percentwords.com for an interactive experience.
This blog is based on the 80% Qur’anic wordlist found in the following site:
http://www.understandquran.com/dictionary/80-of-quranic-words.html
Please send all your comments and suggestions to: 80percentwords@gmail.com
Unit 1
Learn 80 percent vocabulary of the Qur'an
Download MP3 of examples with translations for the following wordlistWord Transliteration Meaning فَعَلَ fa'ala he did فَتَحَ fataha he revealed بَعَثَ ba'atha he sent جَعَلَ ja'ala he made جَمَعَ jama'a he collected ذَهَبَ dhahaba he went رَفَعَ rafa'a he raised صَلَحَ salaha he acted righteously لَعَنَ la'ana he cursed نَفَعَ nafa'a he benefited نَصَرَ nasara he helped بَلَغَ balagha he reached
Please visit http://www.80percentwords.com to practice these words.
http://www.80percentwords.com/
http://80percentwords.blogspot.com
Sunday, May 10, 2009
Bahasa Arab Mudah
Sistem Buku Bersiri "Bahasa Arab Mudah"
1. SEBUTAN BARIS PADA AKHIR PERKATAAN
Sebab:
1. Baris akhir perkataan adalah Pemberi makna
Untuk makluman semua, ayat dalam bahasa Arab boleh disusun tanpa tertib. Contohnya, perbuatan boleh diletakkan pada awal atau ditengah. Di dalam bahasa Arab baris akhir perkataan adalah pemberi makna. Contohnya dua ayat di bawah ini mempunyai makna yang sangat berbeza.
Contoh Ayat 1 : ضربَ إبراهيمُ يوسفَ bermakna Ibraheem pukul Yuusuf.
Contoh Ayat 2 : ضربَ إبراهيمَ يوسفُ bermakna Yuusuf pukul Ibraaheem.
Baris akhir Ibraheem pada ayat pertama adalah berbaris depan(dhammah) bermakna Ibraheem adalah pemukul. Manakala pada ayat kedua, Ibraheem adalah mangsa pukul kerana baris akhir pada Ibraheem adalah berbaris atas(phathah).
2. Menyenangkan pembelajaran kaedah-kaedah lain
Apabila pelajar memahami kaedah asas baris akhir perkataan dalam bahasa Arab, maka kaedah-kaedah seterusnya yang akan dipelajari nanti seperti مُضَافٌ وَمُضَافٌ إِلَيْهِ adalah senang difahami oleh pelajar. Justeru itu, sebutan bacaan pada akhir baris ini adalah wajib untuk pelajar.
Sistem di dalam buku ini pada awalnya, semua perkataan diletakkan baris tetapi barisnya dibuang sedikit demi sedikit setelah pelajar faham kaedah baris dalam membuat ayat yang betul dalam bahasa Arab pada peringkat asas.
2. BUKAN HAFALAN
Sebab:
Tidak membantu tanpa pengentahuan asas dalam membuat ayat
Pelajar boleh menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata tetapi hafalan ini tidak memberi banyak faedah kalaulah pelajar tidak tahu kaedah membuat ayat dalam bahasa Arab. Ini terbukti dengan pelajar-pelajar sekolah aliran Arab yang mempunyai agak banyak perbendaharaan kata tetapi tidak dapat membuat ayat dalam bahasa Arab walaupun ringkas dan mudah. Jika pelajar tahu kaedah membuat ayat yang betul, barulah perbendaharaan kata banyak menolong mereka dalam binaan ayat tersebut. Fakta ini perlu difahami dengan jelas kerana ramai yang beranggapan penguasaan bahasa Arab adalah semata mata dengan banyak menghafal perbendaharaan kata.
Contoh : الكتابُ على المكتبِ.
Jika pelajar tahu kaedah baris (شَكْلٌ ) بُ/بِ , perkataan-perkataan lain seperti قلم/ مكتب/ سرير boleh menggantikan mana-mana perkataan pada ayat tersebut seperti berkata : القلمُ على السريرِ.
Kaedah penghafalan yang berlebihan juga akan menjadikan pembelajaran bahasa Arab bosan dan menyusahkan.
3. PEMBELAJARAN NAHU SECARA TIDAK LANSUNG
Sebab:
Pembelajaran dan pengajaran menyeronokkan dan tidak membosankan
Contoh 1:
Bagi pelajaran هذا/ذلك guru meletakkan sebuah buku berdekatan dan meletakkan sebatang pensel berjauhan. Guru kemudiannya berkata هذا كتابٌ dan menunjukkan isyarat jari pada sebatang pensel yang berjauhan dan berkata ذلك قلمٌ dengan meninggikan suara pada هذا وذلك . Guru kemudian berdiri berdekatan pensel dan mengulangi lakonan tersebut dengan meninggikan suara pada هذا وذلك sekali lagi. Dengan kaedah lakonan pengajaran nahu secara tidak lansung ini, pelajar dapat memahami pelajaran dengan jelas dan menyeronokkan iaitu هذا adalah katanama isyarat untuk objek yang dekat dan ذلك adalah katanama isyarat untuk objek yang jauh.
Begitulah seterusnya dengan kaedah-kaedah lain yang terdapat pada sistem ini.
Contoh 2:
Bagi pelajaran أَبٌ + أنا = أَبِي guru bukan mengajar kaedah nahu secara terus tetapi melakukan seperti berikut:
Guru memegang sebuah buku dan bertanya pelajar ما هذا؟ dan pelajar menjawab : هذا كتابٌ Guru kemudiannya berkata : الكتابُ لِي yang bermakna “buku ini kepunyaan saya” dan akhirnya berkata : هذا كتابِي (Ini buku saya) dan melakukan banyak lakonan-lakonan seperti ini dengan objek-objek yang lain. Cara pengajaran bahasa Arab dengan lakonan menjadikan pembelajaran bahasa Arab menyeronokkkan dan mudah.
Ini adalah antara contoh-contoh pengajaran bahasa Arab secara tidak lansung melalui lakonan dan interaktif antara pengajar dan pelajar.
4. PENGASINGAN مُذَكَّر (MUZAKKAR) dan مُؤَنَّثٌ (MUANNAZ)
Pelajar perlu belajar muzakkar dan muannaz secara berasingan supaya tidak keliru dan merasa sukar dalam pembelajaran asas. Sistem kami hanya memperkenalkan katanama muannaz (اَلأَسْمَاءُ الْمُؤَنَّثَةُ) yangmana kalimah akhirnya adalah ة . Contohnya : سبورةٌ/ جوَّالةٌ/ حقيبةٌ ... .Oleh sebab itulah, kami tidak mendahului anggota tubuh pada buku ini kerana anggota tubuh terbahagi kepada muzzakar dan muannaz. Contoh muzzakar : أَنْفٌ/ وَجْهٌ/ شَعْرٌ ... dan contoh muannaz : يَدٌ/ رِجْلٌ/ أُذُنٌ ... Anggota tubuh yang berpasangan(2) adalah muannaz seperti : يَدٌ/ رِجْلٌ/ أُذُنٌ ... dan inilah perkara-perkara asas yang perlu difahami oleh para pelajar sebelum mempelajari katanama-katanama yang lebih susah.
Pengansingan مُذَكَّرٌ dan مُؤَنَّثٌ ini juga sangat memudahkan pengajaran kaedah-kaedah lain yang akan dipelajari seperti نَعْتٌ (sifat) dan فِعْلٌ (perbuatan). Contohnya di dalam bahasa Arab, kaedah menyatakan نَعْتٌ يَتْبَعُ مَنْعُوتًا . Oleh itu kita berkata:
هذا مُدَرِّسٌ جَدِيدٌ dan
هذه مُدَرِّسَةٌ جَدِيدَةٌ .
Begitu juga dengan perbuatan, kita berkata:
ذَهَبَ الْمُدَرِّسُ dan
ذَهَبَتْ الْمُدَرِّسَةُ .
Cara pengasingan ini menjadikan pembelajaran bahasa Arab menjadi mudah difahami oleh pelajar-pelajar dan memudahkan pengajar dalam pengajaran mereka.
5. PENGENALAN ASAS-ASAS NAHU MUDAH TETAPI SANGAT PENTING DI DALAM BAHASA ARAB
(a) ال
Contoh : أُسْتاذُ حامد
الأُسْتاذُ حامد
أُسْتاذُ حامد bermakna Ustaz kepada Hamid(2 orang) tetapi الأُسْتاذُ حامد
bermakna Ustaz yang bernama Hamid(1 orang).
(b) Hamzaa - الهمزةُ
Contoh : هَمْزَةُ الْوَصْلِ dan هَمْزَةُ الْقَطْعِ
إجْلِس/ أُخْرُجْ/ إقْرَاْ/ أدْخُلْ ...
أyang ditulis seperti ini adalah kesilapan besar dalam Bahasa Arab kerana menandakan kita perlu membaca hamzaa tersebut. Ini adalah kerana الْهَمْزَةُ pada perbuatan Amrun (فِعْلُ أَمْرٍ) adalah hamzatul wasli هَمْزَةُ الْوَصْلِ . Contohnya dalam ayat Quran pada surah Al baqarah ayat 60 : .... كُلُوا واشْرَبُوا من رزْقِ اللهِ ... memberi perhatian penting dalam pembacaan Quran pada همزَةُ الوَصْلِ dan bukannya dibaca كُلُوا وإشْرَبُوا .
(c) Nama-nama muannaz tidak mengambil dua baris
(الأسماءُ المؤنَّثةُ لا تُنَوَّنُ)
مريـمُ/ زينبُ/ فاطمةُ/ خديجةُ/ سارةُ/ عائشةُ ...
adalah nama-nama muannaz dan tidak berbaris dua pada akhirnya. Adalah salah dalam Bahasa Arab menulis :
مريـمٌ/ زينبٌ/ فاطمةٌ/ خديجةٌ/ سارةٌ/ عائشةٌ ...
Penulisan seperti ini adalah satu kesilapan besar dalam Bahasa Arab kerana kebiasaannya nama-nama muannaz adalah مَمْنُوعٌ من الصَّرْفِ jika مجرورٌ ditulis :
ذهبتُ إلى مريـمَ dan bukannya ذهبتُ إلى مريـمٍ
(d) Warna-warna tidak mengambil dua baris
(اَلأَلْوَانُ لا تُنَوَّنُ)
أحْمَرُ/ أزْرَقُ/ أحْمَرُ/ أسْوَدُ/ سَوْداءُ/ زَرْقَاءُ/ حَمْراءُ ...
Adalah warna-warna muzakkar dan muannaz dan tidak berbaris dua pada akhirnya. Adalah salah dalam Bahasa Arab menulis :
أصْفَرٌ/ أزْرَقٌ/ أحْمَرٌ/ أسْوَدٌ/ سَوْداءٌ/ زَرْقَاءٌ/ صَفْرَاءٌ ...
Ayat Quran pada ayat 69 surah Al baqarah berbunyi : يقولُ إنَّها بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ bukannya يقولُ إنَّها بَقَرَةٌ صَفْرَاءٌ .
6. AYAT-AYAT DITULIS DENGAN WARNA-WARNA BERBEZA
Contoh : في غرفةٍ warna merah pada perkataan ini bermaksud cara sebutan yang ditinggikan dan boleh membawa makna berbeza. Gambar-gambar di dalam buku-buku ini juga terjemahan kepada perkataan-perkataan yang menjadikan pelajar berfikir dan cepat mengingati perbendaharaan kata tetapi bukan dengan cara hafalan.
7. TIDAK MEMASUKKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG SUSAH PADA PERINGKAT ASAS
فِعْلٌ أَجْوَفُ – نَامَ/ بَالَ/ غَابَ/ سَارَ ...
فِعْلٌ نَاقِصٌ – قَضَى/ رَمَى/ دَعَا/ مَشَى ...
فِعْلٌ مِثَالٌ – وَقَفَ/ وَجَدَ/ وَزَنَ/ وَضَعَ ...
فِعْلٌ مُضَعَّفٌ – حَجَّ/ وَدَّ/ شَمَّ / ظَنَّ ...
Ini adalah perbuatan-perbuatan yang susah اَلأفْعَالُ الصَّعْبَةُ dalam bahasa Arab. Oleh itu, pelajar perlu memahami perbuatan asas yang mengandungi 3 huruf dahulu seperti (اَلْفِعْلُ الثُّلاَثِيُّ الْمُجَرَّدُ) – ذهب/ خرج/ رجعَ ... sebelum mempelajari perbuatan-perbuatan yang susah dalam bahasa Arab.
Akhirnya, sistem yang terdapat dalam buku “BAHASA ARAB MUDAH” adalah bermula dari asas iaitu pelajar hanya pada mulanya mempelajari katanama sahaja. Setiap perbendaharaan kata disertakan dengan gambar untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingatinya. Pelajar hanya mempelajari perbuatan yang senang seperti ذَهَبَ إِلَى dan خَرَجَ مِنْ pada buku 4.
Buku ini juga ditulis dengan warna-warna yang berlainan untuk mempermudahkan pelajar mengenal fungsi-fungsi baris atau perkataan yang membawa makna atau mempunyai kaedah penting yang perlu diberi perhatian olen pelajar. Justeru itu guru perlu meninggikan suara pada tempat-tempat ini.
Latihan-latihan adalah disediakan pada hampir setiap pelajaran agar kaedah-kaedah yang dipelajari dapat dipraktikkan dan difahami dengan mantap oleh pelajar.
Bahasa pengantar mesti di dalam bahasa Arab. Untuk kemahiran ini, guru-guru mesti minat dalam pengajaran bahasa Arab dan menggunakan bahasa Arab ini bukan sahaja di dalam kelas tetapi dalam perbualan harian bersama pelajar-pelajar mereka didalam dan luar kelas. Ini adalah kerana pelajar-pelajar dapat mendengar percakapan bahasa Arab walaupun tidak dapat memahami dan bercakap sepenuhnya pada peringkat awal.
http://arabmudah.com/Sistem-buku.html
Soalan-soalan Lazim(FAQ)
1. Bolehkah saya mempelajari buku 4 dahulu tanpa mempelajari buku 1,2 dan 3?
Seperti yang kami nyatakan, pembelajaran mestilah mengikut susunan buku. Ini adalah kerana pelajaran pada buku "Bahasa Arab Mudah" adalah berkaitan antara mereka dan tanpa kefahaman buku sebelumnya, adalah susah untuk memahami buku 4.
2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mempelajari setiap buku?
Pembelajaran adalah mengikut tahap kematangan seseorang dan masa yang diluang dalam mempelajarinya. apa yang paling penting, fahamkan setiap buku dengan kefahaman yang mantap dengan membuat setiap latihan yang disediakan. Pelajaran menjadi senang dan boleh difahami kerana ianya bermula dari asas. Setiap perkataan baru disertakan maknanya pada pertengahan buku(buku 1 dan buku 2) dan di akhir buku(buku 4 hingga buku 6). Jawapan lengkap disediakan pada pertengahan buku. Lebih jelas dinyatakan bahawa buku 1 itu adalah tahap1 dan begitulah seterusnya hingga tahap 6. Justeru itu, masanya adalah sangat berbeza bagi setiap individu.
3. Pertama kali saya mendengar pembelajaran bahasa Arab tidak memerlukan hafalan. Macamana nak bagus dalam bahasa Arab kalau tak hafal. Jelaskan.
Ini adalah soalan yang mungkin banyak sekali saya terima. Ini adalah kerana sinonimnya dalam masyarakat kita, belajar bahasa Arab adalah dikaitkan dengan hafalan. Kesannya, pelajar hanya menghafal perkataan sahaja tetapi tidak dapat menggunakan perbendaharaan kata yang dihafal untuk membuat ayat-ayat dalam bahasa Arab walaupun ayat-ayat yang senang. Sistem yang terdapat dalam buku kami adalah bermula dari asas dan setiap perkataan baru disertakan dengan gambar dan makna perkataan pada bahagian tengah atau belakang buku. Pelajar mempelajari cara membuat ayat dari 2 perkataan mudah kemudian 3 perkataan dan seterusnya. Pelajar mempelajari katanama muzakkar pada buku 1 dan kemudian muannaz pada buku 2. Pelajar mempelajari perbuatan secara berperingkat bermula dari perbuatan yang telah lepas. Pelajar tidak mempelajari semua kaedah-kaedah bahasa Arab secara keseluruhan dalam waktu yang sama. Latihan-latihan disertakan selepas setiap pelajaran.Kaedah bermula dari asas dan berkaitan antara satu sama lain. Kalaulah pelajar mengikuti sistem ini dan membuat semua latihan yang disediakan, akhirnya mereka akan dapat membuat ayat-ayat lengkap dalam bahasa Arab dengan yakin. Pada tahap inilah, perbendaharaan kata yang banyak akan menolong mereka.
4. Bagaimanakah cara yang berkesan mempelajari buku bersiri Bahasa Arab Mudah.
Secara amnya, anda melakukan dua perkara penting ini:
a. Mulakan pembelajaran dari buku 1. Ikut turutan buku dan pelajaran.
b. Lakukan semua latihan yang disediakan. Jika anda was-was dengan jawapan anda, rujuk kepada jawapan alternatif pada tengah mukasurat setiap buku.
Lapangkan masa lebih kurang 15 atau 20 minit sehari pada peringkat permulaan dan tambahkan masa dari semasa ke semasa apabila minat semakin bertambah.
Sebarang masalah atau kemusykilan, sila emel kepada kami, norzuly66@hotmail.com. Kami sentiasa membantu.
Perhatian penting: Ada dikalangan individu yang hanya melihat secara kasar buku-buku kami dan terus membuat andaian bahawa ianya adalah susah untuk dipelajari tanpa mempelajarinya seperti yang kami syorkan terlebih dahulu. Nasihat kami kepada anda supaya lakukan pembelajaran seperti yang kami nyatakan pada nombor 4 dan lihat sendiri hasilnya. InsyaAllah, anda akan menguasai asas bahasa Arab yang kuat selepas mempelajari buku 6.
http://arabmudah.com/soalan-lazim.html
http://arabmudah.com/
Sunday, April 26, 2009
Metodologi Pengajaran Bahasa Arab Mikro
BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA ARAB MIKRO
Suatu Introspeksi Baru Dalam Pembelajaran Komparatif
TATABAHASA
Modul 1
Bengkel 1 Partikel
Bengkel 2 Lafaz Asas
Modul 2
Bengkel 3 Kata Kerja
Bengkel 4 Kata Dasar, Kata Sifat dan Kata Nama
Modul 3
Bengkel 5A Isnad
Bengkel 5B Fi'liyah
Bengkel 5C Ismiyah
Bengkel 6 Pelengkap ayat
Modul 4
Bengkel 7 Usub Nahuan
Bengkel 8 Neraca Ayat
MEMBACA
Modul 5
Bengkel 9 Teori Kemahiran Membaca
Bengkel 10 Amali Kemahiran Membaca
Bengkel 11 Amali Kemahiran Membaca
Bengkel 12 Amali Kemahiran membaca
KITABAH
Modul 6
Bengkel 13 Asas Ayat
Bengkel 14 Fungsi Ayat
Bengkel 15 Fa`il & Naibnya
Bengkel 16 Kalam Fadlat
Bengkel 17 Kesilapan
Bengkel 18 Tharawat
Bengkel 19 Teknik Penulisan
Bengkel 20 Praktikal1
Bengkel 21 Praktikal2
MUDADATHAH
Modul 7
Bengkel 22 Teori Komunikasi
Bengkel 23 Amali Komputer 1
Bengkel 24 Amali Komputer 2
Source:
http://arabic.com.my/bengkel-bbm.htm
Friday, February 13, 2009
Belajar Bahasa Arab
Nota Bahasa Arab dalam bahasa Melayu Fundamentals of Classical Arabic A nice list of Arabic verbs in al-quran Arabic Grammar: Files [1], [2], [3] (.pdf files) Quran word-for-word (.pdf files) Word for Word Arabic English translation Quran Reading (online tutoring options) www.yemenlinks.com/Arabic_Resources.htm Scanned books:
http://www.freewebs.com/arabindo/isi.htm
Forum Bahasa Arab
http://arabic.goodforum.net/index.htm
Nota-nota bahasa Arab di dalam bahasa Inggeris
(LESSONS COVERED: Subject & Predicate, Masculine & Feminine genders, singular/dual/plural, Adjective and its Noun, Possessive case, Interrogatives, Pronouns, Prepositions, Subject/Verb/Object, Tense)
A Grammar of the Arabic Language by W. Wright (pdf) Volume 1 & Volume 2
A Grammar of the Arabic Language, by: Haywood (pdf)
Thursday, February 5, 2009
Kamus Bahasa Arab Online
English to Arabic
Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab
http://dict.findarabic.com/
Indonesian - Arabic
Arabic - Indonesian
Name Translate
http://kamus.javakedaton.com/
Wednesday, January 7, 2009
Program Tafsir Al-Quran di radio IKIM.fm, 91.5 MHz
Program Tafsir Al-Quran di radio IKIM.fm, 91.5 MHz (KL & Selangor)
Kuliah Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan
Waktu : 6.30 pagi
Hari : Isnin - Jumaat
Siaran ulangan pada jam 8.00 malam
Download Himpunan Mp3 Tafsir Al-Quran di Radio IKIM.FM oleh Ustaz Zahazan Mohamad disini
http://www.mymaktabaty.com/2008/08/mp3-ceramah-ustaz-zahazan-mohamed.html
http://www.esnips.com/web/tafsirulquran
Program Al-Furqan oleh Ustaz Nasaruddin Hasim(Terjemahan Al-Quran secara harfiah, perkataan demi perkataan)
Waktu : 6.30 pagi
Siaran ulangan : 8.00 malam
Hari : Sabtu & Ahad
Sample video pengajaran oleh Ustaz Nasaruddin Hasim, cara-cara menggunakan diagram
http://islamiclearningcentre.com/index.php?option=com_content&task=view&id=974&Itemid=1071
Rakaman kuliah Kelas Bahasa Arab (1)
http://www.my-streamcast.net/dtaklim/Kelas%20Bahasa%20Arab/ba_ns090408.wmv
Rakaman kuliah Kelas Bahasa Arab (2)
http://www.my-streamcast.net/dtaklim/Kelas%20Bahasa%20Arab/ba_ns090412.wmv
Rakaman kuliah Kelas Bahasa Arab (3)
http://www.my-streamcast.net/dtaklim/Kelas%20Bahasa%20Arab/ba_ns090415.wmv
Rakaman kuliah Kelas Bahasa Arab (4)
Rakaman kuliah Kelas Bahasa Arab (5)
http://www.my-streamcast.net/dtaklim/Kelas%20Bahasa%20Arab/ba_ns090422.wmv
Koleksi Kuliah Pengajian Islam Berteraskan Al-Qur'an & As-Sunnah dalam Bentuk Audio dan Video
http://islamiclearningcentre.com/
Diagram yang digunakan untuk program Al-Furqan
Diagram 1
Diagram 2
Diagram 3
Untuk mendengar secara 'streaming' boleh klik url di bawah...
http://www.ikim.gov.my/ikim.fm/
http://www.nasyidfm.net/
http://radio-ikim.blogspot.com/
Related Post:
Kelas Tafsir Al-Quran secara harfiah oleh Ustaz Nasaruddin Hasim
Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Kota Damansara
Kelas Bimbingan Rehal atau singkatannya REHAL adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002. REHAL yang terletak di seksyen 4, Kota Damansara, Selangor ini menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran di REHAL adalah menggabungkan cara pengajian tradisional (sistem individu) dengan cara pengajian moden (sistematik berkelas). REHAL dipengerusikan oleh Ust. Surur Shihabudin Hassan An-Nadawi, seorang penulis, pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di universiti-universiti dan masjid-masjid sejak 1999. PRODUK-PRODUK YANG DISEDIAKAN DI REHAL: - KELAS PENGAJIAN INDIVIDU TAHFIZ, AL-QURAN & FARDHU 'AIN klik BUKU ILMU TAJWID menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim klik TALAQQI AL-QURAN 30 JUZ BERSANAD klik KURSUS LENGKAP BUKU ILMU TAJWID klik KURSUS ASAS BAHASA ARAB klik OBJEKTIF REHAL: - Memberi peluang individu muslim untuk belajar membaca al–Quran dari zero. Menyedia pengajian tajwid Al-Quran dari peringkat paling bawah hingga kepada peringkat tinggi. Mengajak individu muslim mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman dalam kehidupan. Menyiapkan individu muslim yang memahami agama dan sempurna Ibadahnya. Mengadakan kursus-kursus berbentuk Tajwid dan Ibadah dari masa ke semasa. KEISTEMEWAAN REHAL: Pengajian tanpa mengira peringkat umur (dewasa atau kanak-kanak). Dibimbing secara individu (seorang demi seorang) oleh tenaga pengajar yang berkelulusan dan berpengalaman Yuran bulanan yang berpatutan. Sebuah kelas pengajian yang berdaftar. Persekitaran dan suasana pembelajaran yang selesa. Sijil tamat pengajian disediakan.
KELAS TALAQQI AL-QURAN 30 JUZ BERSANAD
MAKSUD TALAQQI
Perkataan Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama Rasulullah s.a.w. Melalui kelas ini murid akan diperbetulkan bacaannya satu persatu dari ayat mula al-Quran hingga ke ayat akhirnya. Murid mestilah seorang yang telah lancar membaca al-Quran dan telah tamat pengajian Ilmu Tajwid sebelum boleh menyertainya.
MAKSUD SANAD
Perkataan Sanad bermaksud kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada guru al-Quran yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w. Pada zaman ini sanad kesinambungan ini dibuktikan dengan adanya dokumen (yang digelar ijazah) yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketepatan bacaan al-Quran. Ijazah tersebut akan menyatakan Qiraat, Riwayat dan Turuq sesuatu bacaan yang diijazahkan kepada muridnya.
PENYERTAAN
Setakat ini pengajian kelas Talaqqi al-Quran dijalankan secara individu terus dengan pengarang buku Ilmu Tajwid Hafs 'An 'Asim iaitu Ust. Surur Shihabuddin An-Nadawi (Al-Hafiz). Tempat, hari dan masa adalah dibuat setelah berbincang terus dengan ustaz sendiri. Sila hubungi ustaz terus di talian 0192390698.
http://www.rehal.org/talaqqi.htm
Peta ke Kelas Bimbingan Rehal, Kota Damansara
View Larger Map
Wednesday, November 26, 2008
Kelas Pengajian Dewasa Masjid Putra 2009/2010
- Al-Quran Asas 2009 / 2010 --> Setiap hari Selasa jam 8.00 malam - 10.00 malam
- Al-Quran Lanjutan 2009 / 2010 --> Setiap hari Isnin jam 8.00 malam - 10.00 malam
- Kelas Pengajian Tafaqquh Feqah 2009 / 2010 --> Setiap hari Rabu jam 8.00 malam - 10.00 malam
- Kelas Pengajian Tafaqquh Ulum Al-Quran 2009 / 2010 --> Setiap hari Rabu jam 8.00 malam - 10.00 malam
- Bahasa Arab Asas 2009 / 2010 --> Setiap hari Khamis jam 8.00 malam - 10.00 malam
- Bahasa Arab Menengah 2009 / 2010 --> Setiap hari Khamis jam 8.00 malam - 10.00 malam
- Kuliah Pengajian Umum --> Setiap hari Ahad jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.masjidputra.gov.my/02/index.php?a=dewasa
Atau berhubung terus dengan pihak masjid
Ustazah Ezdiani bt. Mohd Tahir di talian 03- 88885678 dan email ezdiani [at]masjidputra [dot]gov [dot] my atau di alamat
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaWilayah Persekutuan
Monday, May 5, 2008
Kelas Pengajian Al-Quran di Masjid Putra, Putrajaya
UNIT PENGAJIAN DEWASA
Memberi pendedahan dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dari aspek Akidah, Ibadah, Akhlak dan Syariah.
Aktiviti-aktiviti unit:-
- Kuliah Pengajian umum.
- Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa (Asas).
- Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa (Lanjutan).
- Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa (Tarannum).
- Kelas Pengajian Tafaqquh.
- Kelas Bahasa Arab.
- Bengkel Modul Pengajian Umum.
- Kuliah Zohor Ramadhan.
- Kuliah Tafsir.
- Kursus Penghayatan Ramadhan Dewasa.
- Seminar Rasm Uthmani.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustazah Ezdiani bt. Mohd Tahir di talian 03- 88885678 dan email ezdiani@masjidputra.gov.my atau di alamat
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaWilayah Persekutuan
UNIT PENDIDIKAN REMAJA DAN KANAK-KANAK
Menyusun, mengendalikan, menyelaras kursus-kursus dan kelas-kelas pendidikan remaja dan kanak-kanak disamping mengkaji modul kursus-kursus yang sesuai bagi pendidikan remaja dan kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti unit:-
- Kelas Pengajian Al-Quran Kanak-kanak.
- Kelas Mental Arithmetic.
- Seminar Kecemerlangan Pelajar.
- Persidangan Perwakilan Pelajar IPTA/IPTS.
- Kursus Pemantapan Solat.
- Khemah Ibadah Kepimpinan Remaja.
- Kursus Pemantapan Al-Quran.
- Kursus Penghayatan Ramadhan Kanak-kanak.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustazah Nor Abidah bt. Esa di talian 03- 88885678 dan email norabidah@masjidputra.gov.my atau di alamat
Unit Pendidikan Remaja dan Kanak-kanakMasjid PutraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaWilayah Persekutuan
UNIT KHIDMAT SOSIAL
Bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus hal ehwal kebajikan dan khidmat sosial masyarakat serta bertanggungjawab dalam mengurus khidmat nasihat kekeluargaan, pusat khidmat sosial dan khidmat pengurusan jenazah termasuk mengendalikan kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti sosial.
Aktiviti-aktiviti unit:-
- Kursus Pengurusan Jenazah.
- Program Pengurusan Rumahtangga.
- Kuliah Saudara Baru.
- Program Seminar Sosial.
- Dakwah Bil Hal.
- Khidmat Sosial & Kaunseling Keluarga dan kemusykilan agama.
- Pendaftaran Anak Kariah Putrajaya.
- Menyelaras Kaunter Kutipan Zakat.
- Membuat pengurusan jenazah (Mandi, Kafan, Sembahyang, Pengkebumian, Talqin dan Tahlil).
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustazah Mazlina bt. Mohd Anzah di talian 03- 88885678 dan email mazlina@masjidputra.gov.my atau di alamat
Unit Khidmat SosialMasjid PutraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaWilayah Persekutuan
UNIT IBADAH DAN DAKWAH Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti-aktiviti pengimarahan Masjid Putra dari segi hal ehwal ibadah dan dakwah disamping mengendalikan kelas-kelas pengajian, kursus-kursus dan program-program yang berkaitan. Aktiviti-aktiviti unit:-
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustaz Rosmadi b. Saad di talian 03- 88885678 dan email rosmadi@masjidputra.gov.my atau di alamat Unit Ibadah dan DakwahMasjid PutraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaWilayah Persekutuan |