Showing posts with label Kelas Bahasa Arab. Show all posts
Showing posts with label Kelas Bahasa Arab. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

Kelas Tafsir Al-Quran secara harfiah oleh Ustaz Nasaruddin Hasim

Thursday, May 21, 2009

Pupaqsi pusat sehenti fardu ain



ANTARA faktor utama yang menyebabkan orang ramai terutamanya golongan dewasa yang buta al-Quran terus kekal dengan kekurangan itu ialah sifat segan dan malu serta terlalu sibuk untuk belajar daripada mereka yang pakar.

Menginsafi kekurangan itu, ditambah lagi sebagai tanggungjawab untuk melengkapkan keperluan fardu kifayah itu kepada umat Islam di negara ini, Pusat Pengajian al-Quran Sistem Individu (Pupaqsi) ditubuhkan bagi menampung kelompongan itu.

Pusat itu berorientasikan pengajian al-Quran dan fardu ain secara individu dengan memberi perhatian khusus kepada dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan matlamat membasmi gejala buta al-Quran terhadap golongan sasar.

Pengurus Pupaqsi, Norirwan Oswan berkata, selain pengajian asas al-Quran dan tajwid, pelajarnya turut disediakan dengan pembelajaran kelas Bahasa Arab dan fardu ain mengikut sukatan yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kelas yang disediakan di pusat ini adalah fleksibel mengikut kesesuaian masa bermula pada pukul 2 petang sehingga 10 malam dengan kadar bayaran yang amat berpatutan,” katanya.

Pengajian Bahasa Arab dan fardu ain itu ditawarkan melalui Kelas Integrasi al-Quran dan Fardu Ain (Kiafa) yang ditawarkan untuk pengajian selepas waktu rasmi persekolahan bagi pelajar peringkat rendah tahun 1 hingga tahun 6.

Kiafa turut menawarkan bonus apabila kelas pembelajarannya turut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai salah satu medium selain Bahasa Arab dan Melayu.

Tambah Norirwan, Pupaqsi mempunyai kekuatan empat tenaga pengajar berpengalaman lepasan pengajian Islam dan Maahad Tahfiz.

Menurut beliau, penubuhan kelas ini tercetus apabila melihat bilangan keciciran pelajar daripada mengikuti pendidikan di sekolah agama rakyat semakin tinggi.

“Ini ditambah pula dengan kelas agama swasta yang mengenakan bayaran pengajian yang agak mahal. Dengan mengenakan yuran bulanan yang berpatutan, Kiafa mampu melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal.

“Yuran yang dikenakan amat berpatutan kerana kami tidak mahu melihat anak-anak dan golongan dewasa tidak tahu langsung mengenai al-Quran disebabkan yuran yang mahal,” katanya.

Pusat yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu beroperasi di 17 A, Jalan Pinang E, 18/E, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor setiap hari bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan ditutup pada hari cuti umum.

Pupaqsi juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan ilmu-ilmu fardu kifayah seperti kursus tajwid, marhaban dan berzanji, qiraat dan taranum.

Kursus lain ialah Kem Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh, Kursus Smart Solat, Kem Motivasi dan Pemantapan Akhlak, Kem Cintai Alam Semulajadi, Kem Ikhtiar Diri, Kem Keluarga Bahagia Keluarga Impian, Kursus Imam dan Bilal Muda, Kem Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar, Kursus Motivasi Pekerja Bestari, Kem Jati Diri dan Kepimpinan, Kem Smart Ibadah (Khemah Ibadah) dan Kursus Dakwah dan Kepimpinan.

Ia juga turut menyediakan kursus-kursus peningkatan pekerja dan motivasi untuk sektor kerajaan dan swasta.

Dalam pada itu, Norirwan berkata, Pupaqsi mendapat kelulusan JAIS untuk beroperasi dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, Pupaqsi dipengerusikan oleh Zaid Muhammad Mohd Rais dengan modal menubuhkannya diusahakan sendiri oleh beliau demi melihat kepentingan dan kesedaran bahawa ilmu al- Quran dan fardu ain mesti disebarkan kepada seluruh orang Islam.

Menyentuh mengenai pengajian orang-orang dewasa, Norirwan berkata, yuran bulanan bagi kelas pengajian asas al-Quran dan tajwid ialah sebanyak RM80.

Katanya, keistimewaan di sini ialah ia menawarkan satu sistem pembelajaran secara individu (one to one).

“Selain itu waktu pembelajarannya sangat fleksibel di mana para peserta boleh datang pada bila-bila masa sahaja antara pukul 1 petang hingga 10 malam tanpa perlu membuat temu janji.

“Sistem ini dicipta bagi memberi peluang kepada umat Islam dewasa yang sangat sibuk, berusia lanjut dan malu dan segan belajar secara berkumpulan,” katanya.

Sebagai perancangan untuk tahun 2007, Pupaqsi akan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan dengan ilmu-ilmu fardu kifayah pada setiap hujung minggu.

Pupaqsi dibuka pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan berehat selama sejam pada pukul 7 malam. Ia ditutup pada hari kelepasan am bagi negeri Selangor.

Sehingga kini Pupaqsi mempunyai 80 penuntut yang datang dari kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

Bagi menambahkan fungsi dan peranan serta tanggungjawab fardu kifayah, Pupaqsi juga menubuhkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Insan bagi melancarkan segala urusan pengendalian kursus-kursus yang disediakan oleh pusat itu.

Oleh yang demikian, kursus yang ditawarkan oleh Pupaqsi adalah sebagai memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan sama ada sektor awam dan swasta, sekolah dan masjid untuk menganjur atau menjalin kerjasama pintar yang meliputi seluruh negara.

Norirwan berkata: “Alhamdulillah sehingga kini program di atas mendapat sambutan memberangsangkan sejak dilancarkan.”

“Malah ada antara ibu bapa yang memaklumkan bahawa mereka melihat ada perubahan pada anak masing-masing seperti berani menjadi imam di rumah serta berlumba-lumba untuk bergelar bilal di surau,” katanya.

Kepada mereka yang berminat mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan oleh Pupaqsi atau untuk menyertai bengkel yang dianjurkan boleh menghubungi pusat itu di talian 03-55432520, Norirwan (013-6332008), Zaid Muhammad Mohd. Rais (016-2272327).

Orang ramai juga boleh melayari laman web pusat itu, www.pupaqsi.edu.my untuk mendapat maklumat lanjut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

PUPAQSI (Pusat Pengajian Al Quran Sistem Individu)
http://www.pupaqsi.edu.my/

Jadual tentatif tazkirah, kuliah, pengajian, kelas Fardu 'Ain, Bicara Ad 'Din Masjid Kota Damansara

Jadual Program Dakwah & Tarbiyah Harian / Mingguan

Masjid Kota Damansara, Seksyen 5 Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor

Tazkirah Subuh

Hari : Isnin hingga Khamis

Masa : Selepas Solat Subuh

Penceramah : 1. Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Tafsir Surah Al-Baqarah)

2. Ustaz Miftahuddin (Tafsir Surah Al-Imran)


2. Tazkirah Jumaat

Hari : Jumaat

Masa : Selepas Solat Subuh

Penceramah : Ustaz Zaharuddin Mohammad

Tajuk : Syarah Halal & Haram – Dr. Yusof Qardawi


3. Kuliah Subuh & Maghrib

Hari : Sabtu - Ahad

Masa : Selepas Solat Subuh & Maghrib

Penceramah : Sila Rujuk Jadual


4. Kuliah Dhuha

Hari : Isnin - Sabtu

Masa : 9.00pagi – 10.30pagi

Penyelaras : Hj. Zek (016-2835475)


Penceramah : Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Isnin & Selasa)

Kitab : Riyadhus Shalihin (Hadith-Hadith Pilihan)


Penceramah : Ustaz Miftahuddin (Rabu & Khamis)

Pengajian : Bahasa Arab (asas & Lanjutan)


Penceramah : Ustaz Ahmad Arum (Jumaat & Sabtu)

Kitab : Al-Mu’in Al-Mubin (Feqah)


5. Kuliah Muslimat

Hari : Sabtu ( minggu Ke-2,3,4 shj)

Masa : 3.00ptg-4.00ptg

Penceramah : Ustazah Rohana (umum)

&Pengajian Ustazah Fadhilah (Fiqh Wanita)

Ustaazah Ros Izanuri (Tahsinul Solat)

Penyelaras : Pn. Noor Aiza (019-3680128)


6. Pengajian Fardu ‘Ain ( Iqra’ & Al-Quran) Utk Kanak-Kanak (4thn – 17thn)

Hari : Jumaat - Ahad

Masa : Selepas Maghrib

Penyelaras : Ustaz Liswan (014-6614966)


7. Pengajian Fardu ‘Ain ( Al-Quran) utk Dewasa

Hari : Sabtu

Masa : 9.00pagi – 10.00pagi

Penyelaras : Che Mat 012-2004500)


8. Bicara Addin D’Kota

Hari : Ahad

Masa : 8.45pagi – 10.45pagi

Tempat : UpTown Kota Damansara – PasarTani Ahad)


9. Program Qiamullail

Hari : Ahad Minggu Pertama

Masa : 4.00pagi – 5.30pagi ust mokhruddin


Masjid Kota Damansara
Jalan Sepah Puteri 5/25
Petaling Jaya
Selangor
47810
Malaysia

http://www.masjidkotadamansara.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94&Itemid=165

Wednesday, April 22, 2009

Kelas-kelas Agama di Akademi Insan

Berikut adalah kelas-kelas agama yang ditawarkan di Akademi Insan:

Kelas Tajwid 1 & 2
Kelas Tarannum Al Quran (Seni Lagu Al Quran)
Kelas Qiraat Nafi’
Kelas Berzanji dan Marhaban
Kelas Bahasa Arab Komunikasi
Kelas Tahfiz Individu
Kelas Jawi Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak
Kelas Memori-Mnemonik-Teknik Hafal Mudah Kelas Al Quran dan Tajwid - Dewasa
Kelas Pra Tahfiz Al Quran dan Tajwid – Umum
Kelas Al Quran, Qiraati, Tajwid dan Fardhu Ain – Kanak-kanak
Kelas Qiraati dan Pra Fardhu Ain – Kanak-kanak 4-5 tahun
Pihak Akademi Insan menyediakan 3 SESS:

Pagi : 8:30 pagi – 10:30 pagi
Petang : 3:00 petang – 5:00 petang
Malam : 8:00 malam – 9:30 malam
Untuk pendaftaran atau pertanyaan sila hubungi :

Ustaz Shaiful Khan - (019) 2421197

No. 86A, Jalan Rugbi 13/30
Shah Alam
Selangor
40000
Malaysia

03-55128672
03-55128700
019-2421197

http://www.ainsan.moreclass.com.my/index.php/program/kka

Kelas Bahasa Arab untuk Awam (KUBA) di UIAM/IIUM


Gambar depan Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra Universiti, UIA Gombak


Gambar hadapan kelas kursus di UIA Petaling Jaya. Bangunan berhawa dingin ini terletak dibawah perpustakaan.


SUASANA KELAS DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

MUQADDIMAH

Kursus Umum Bahasa Arab (KUBA) anjuran CELPAD ini adalah satu program rasmi Institut Perkembangan Bahasa, CELPAD, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kursus ini terbuka kepada segenap lapisan masyarakat dan bertujuan membantu mesyarakat celik bahasa Arab atau Bahasa Al-Quran ini. Sijil disediakan bagi setiap subjek yang berjaya ditamatkan

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar dalam kursus ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah bahasa Al - Quran berpengalaman dari di Pusat Bahasa (CELPAD) UIAM. Para pensyarah tempatan akan mengendalikan peringkat asas manakala tenaga pensyarah luar negara akan mengajar bagi peringkat lanjutan/komunikasi.

SUBJEK-SUBJEK YANG DITAWARKAN

  Kursus Umum Bahasa Arab

Nama Kursus

Tempoh kursus

Ringkasan Kursus

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

3 bulan bersamaan 50 jam tempoh pembelajaran bagi setiap satu sesi

Untuk Tahap 1, para peserta akan diperkenalkan dengan asas- asas penting dalam bahasa Arab. Penekanan diberikan dalam kemahiran membaca, berbual ringkas dan kaedah asas. Tahap 2 adalah kesinambungan daripada Tahap 1 dimana kemahiran berbual, membaca dan nahu masih ditekankan. dan untuk tahap 3, peringkat pengukuhan bahasa dan persediaan untuk ke peringkat lanjutan.

Komunikasi

Kandungan subjek-subjek ini lebih menjurus kepada membaca teks-teks Arab dan pemahaman dan perbualan.

* Nota :


Sijil akan disediakan apabila lulus peperiksaan akhir dan tamat Tahap 3 atau Komunikasi.

JADUAL KELAS

Kelas diadakan dua kali seminggu pada setiap hari Isnin dan Rabu, jam 8.00 hingga 10.00 malam.

YURAN KURSUS

Anda hanya perlu membayar RM 470 bagi satu sesi. (Yuran kursus tidak dikembalikan). pembayaran boleh dibuat melalui:

CARA 1

IIUM IfLA
BMMB Acc. No: 1407-0000019-71-5

CARA 2

Wang pos/Bank Draft atas nama IIUM IfLA di mana-mana Cawangan pejabat pos atau bank
* Wang tunai dan Cek hanya diterima di IfLA Cawangan Gombak semasa hari pendaftaran sahaja.

Sila tuliskan nama anda dibelakang salinan slip bank dan bawa salinan tersebut pada hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Sila dapatkan resit pembayaran anda daripada kakitangan yang bertugas pada hari pendaftaran.

LOKASI KURSUS

Anda boleh mengikuti kursus di tempat-tempat berikut :-

* UIAM, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Selangor
* UIAM, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor
* UIAM, Jalan Penjara, Kuantan, Pahang
* UIAM, Putra Nilai, Negeri Sembilan.

HUBUNGI KAMI

KURSUS DI KAMPUS UIAM GOMBAK & PETALING JAYA

Penyelaras Kursus Umum Bahasa Arab (KUBA),

Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Penyelaras : Dr Fekri Abidin Hassan 019-2396630

Pembantu Penyelaras : Mohd Razie Hj Abdul Razak

Tel : 03-61965871 samb 2824

H/p: 019-6012417

Fax : 03-61965795

KURSUS DI KAMPUS KUANTAN, PAHANG

Ustaz Mohd Ali,

Kampus UIA Jalan Hospital, Kuantan, Pahang
Tel : 013-9303253

KURSUS DI PUTRA NILAI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Ustaz Muhamad Bahari Jabbar,

Pusat Asasi UIA, Kampus Putra Nilai

Tel : 017-6029950

http://www.iium.edu.my/ifla/kuba/

http://www.iiu.edu.my/arabic/kuba/

Wednesday, March 4, 2009

Kelas-kelas Pengajian Islam di KUIS



Kursus-Kursus Jangka Pendek Yang Ditawarkan

Kursus Bahasa:

(a)English Language Proficiency ( 2 modul) – 36 jam/modul
(b)Effective Business Writing - 24jam
(c)Kursus Intensif Bahasa Arab ( 4 modul) – 40 jam/modul
(d)Kursus Bahasa Mandarin (Asas) – 36 jam/modul
(e)Kursus Bahasa Jepun (Asas) – 36 jam/modul

Pengajian Islam:

(a)Perbandingan Agama – 36 jam/modul
(b)Syariah – 36 jam/modul
(c)Usuluddin – 36 jam/modul
(d)Taranum Al-Quran – 36 jam/modul
(e)Pengajian Al-Quran (Tajwid Tatbiqi) – 36 jam/modul
(f)Falak Syarie (Astronomi) – 36 jam/modul

Lain-lain Pengajian:
(a)Pendidikan Awal Kanak-kanak – 3 jam
(b)Kaunseling – 36 jam
(c)Reka Grafik – 36 jam
(d)Asas Perakaunan – 36 jam

Kelas-kelas untuk kursus pendek dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad.

Program Pembangunan Remaja & Kanak-Kanak

KASIH : Kem Asuhan Insan Harapan (Cuti Sekolah Disember)
ITQAN : Kem Kepimpinan Dalam Pasukan
TAHSIN : Tahfiz dan ICT (Cuti Sekolah Mac)
TAYYIBAH : Tahfiz dan Ibadah (Cuti Sekolah Mei)
TESCA : Tahfiz and English Summer Camp (Cuti Sekolah Ogos)

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi;

Pusat Pengajian Sepanjang Hayat
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: 603-8925 4251 samb. 3306 / 1236

En. Mohd Husni bin Mohd Said (019-6959 600)
Pn. Hanifah Haron ( 016 – 6279192)
En. Mohd Sallehuddin Mohd Said ( 019- 2090286)
Pn. Kamariah Hassan (019 2610 789)

http://www.kuis.edu.my/malay/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=14&Itemid=49&limit=1&limitstart=1

http://www.kuis.edu.my/malay/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=14&Itemid=49&limit=1&limitstart=2

Peta ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


View Larger Map

Tuesday, March 3, 2009

Kelas Bahasa Arab Al-Quran, Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam

KELAS BAHASA ARAB AL-QURAN

TEMPAT: Surau As-Sakeenah
MASA : Selepas Magrib
HARI : Setiap AHAD
TENAGA PENGAJAR: Ust Husni Zaim
PENGELOLA: Haji Nur Zaihan

Kelebihan mempelajari Bahasa Arab di antaranya adalah penghayatan terhadap bacaan-bacaan di dalam solat, terutamanya apabila Imam membaca dan kita mendengarnya.

Bagi yang tidak memahami bahasa Arab, ketika Imam membaca ayat dari surah-surah tertentu, fikiran kita mungkin akan menerawang kerana tidak memahami apa yang dibaca. Paling tinggi pun kita akan menumpukan perhatian untuk mendengar bacaan-bacaan tersebut.

Marilah beramai-ramai mengambil kesempatan ini

Allah telah menerangkan dalam Quran:

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ الْمُتَّقِينَ وَتُنْذِرَ بِهِ قَوْمًا لُدًّا
[١٩:٩٧]

”Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang” - Surah Maryam 19:97.


فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
[٤٤:٥٨]

Surah Ad-Dukhaan 44:58, ”Sesungguhnya Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran.”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:١٧]

Surah Al-Qamar 54:17, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:٢٢]

Surah Al-Qamar ayat 54:22, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:٣٢]

Surah Al-Qamar ayat 54:32, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?”


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
[٥٤:٤٠]

Surah Al-Qamar ayat 54:40, ”Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”

http://www.surau-sakeenah.myportal.my/?lang=my&id=6&mnu=6

Wednesday, February 25, 2009

Kursus Sijil Bahasa Arab dan Komunikasi di USIM

Kursus ini direka untuk memperkenalkan bahasa Arab secara amnya kepada para pelajar serta memahami dan menguasai sistem makhraj dengan baik. Ia juga diharap dapat membantu pelajar dalam pendengaran dan pertuturan yang mudah.

Program ini akan ditawarkan dengan tiga tahap, untuk peringkat pertama penawaran adalah pada Tahap 1 sahaja. Seterusnya para peserta boleh mengikuti Tahap 2 dan Tahap 3 pada sesi pengajian akan datang di bawah UPSH USIM.

Jangkamasa Program
12 minggu (kuliah akan dijalankan pada setiap hari Sabtu sahaja)

Jam Kredit Keseluruhan
3 jam x 12 minggu = 36 jam

Golongan Sasaran
Penuntut lepasan SPM, Pegawai di Jabatan Kerajaan atau Swasta serta Orang awam yang berminat mempelajari Bahasa Arab

Syarat Kelayakan Masuk
Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia.

http://www.usim.edu.my

Kursus-kursus lain yang turut di tawarkan oleh USIM adalah:

A. Kursus Sijil Undang-undang Keluarga Islam dan Masyarakat
B. Kursus Sijil Pengurusan Kewangan Masjid

Kursus Sijil Talaqqi Al-Quran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan



Pendahuluan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencadangkan penawaran kursus peringkat sijil dalam bidang Talaqqi al-Quran, di mana ia dilihat sebagai salah satu komponen yang sangat relevan kepada masyarakat dewasa ini dalam menyeimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi, khususnya kepada masyarakat setempat.

Sebagaimana maklum, al-Quran merupakan sumber utama dalam agama Islam, selain Sunnah Rasululullah S.A.W yang menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan kita seharian. Justeru, penawaran kursus ini adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat kita yang amat memerlukan bimbingan dan intensif daripada pakar-pakar dalam bidang tersebut.

Objektif Program

1. Merealisasikan hasrat USIM dalam memasyarakatkan universiti melalui program-program yang ditawarkan mengikut kepakaran yang ada.
2. Sebagai satu platform kepada masyarakat dalam mendalami ilmu berkaitan Talaqqi al-Quran daripada tenaga/pakar yang berkelayakan.
3. Membantu pihak kerajaan dalam melahirkan masyarakat celik al-Quran selaras dengan prinsip Islam Hadhari.

Subjek-Subjek yang ditawarkan:

1. Talaqqi al-Quran
2. Pengantar Ilmu Qiraat
3. Ilmu Tajwid
4. Pengantar cUlum al-Qur’an

Jangkamasa Program
12 minggu (kuliah akan dijalankan pada setiap hari Sabtu sahaja)

Jam Kredit Keseluruhan
4 jam x 12 minggu =48 jam

Golongan Sasaran
Sasaran penyertaan adalah kepada masyarakat setempat yang telah mempunyai asas dalam bacaan al-Quran.

Syarat Kelayakan Masuk

Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia.



#Kursus Sijil Bahasa Arab dan Komunikasi

Kursus ini direka untuk memperkenalkan bahasa Arab secara amnya kepada para pelajar serta memahami dan menguasai sistem makhraj dengan baik. Ia juga diharap dapat membantu pelajar dalam pendengaran dan pertuturan yang mudah.

Program ini akan ditawarkan dengan tiga tahap, untuk peringkat pertama penawaran adalah pada Tahap 1 sahaja. Seterusnya para peserta boleh mengikuti Tahap 2 dan Tahap 3 pada sesi pengajian akan datang di bawah UPSH USIM.

Jangkamasa Program
12 minggu (kuliah akan dijalankan pada setiap hari Sabtu sahaja)

Jam Kredit Keseluruhan
3 jam x 12 minggu = 36 jam

Golongan Sasaran
Penuntut lepasan SPM, Pegawai di Jabatan Kerajaan atau Swasta serta Orang awam yang berminat mempelajari Bahasa Arab

Syarat Kelayakan Masuk
Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi...

Lifelong Learning Unit
Centre for General Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai
Negeri Sembilan

Phone :
06-798 8690(SHARIFAH HANIZAH)
019-2813112 (MUSHADDAD)

Fax: 06-798 8238

Email: pej.ppu2@usim.edu.my / mushaddad@usim.edu.my

http://www.usim.edu.my

Peta ke USIM Nilai




View Larger Map

Friday, September 5, 2008

Kelas Al-Quran Pengajian Dewasa Masjid Negara Kuala Lumpur Sesi 2008/2009

Kelas Al-Quran Pra Asas, Asas & Lanjutan

Hari Pilihan :
Isnin & Rabu
Selasa & Khamis
Waktu Pilihan
Petang [ 5.00 - 7.00 Ptg ]
Malam [ 8.00 - 10.00 Mlm ]

Unit Pengajian Dewasa, Masjid Negara mengadakan beberapa kelas pengajian Islam khusus untuk golongan dewasa bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Antara kelas pengajian yang diadakan ialah :

KELAS TAFAQQUH FIDDIN - Klik Untuk Phamplet
KELAS BAHASA ARAB - Klik Untuk Phamplet
KELAS AL-QURAN - Klik Untuk Phamplet

BORANG PENDAFTARAN

Sila bawa borang Pendaftaran ini bersama ke Pejabat untuk pendaftaran sebenar dan sertakan bersama salinan kad pengenalan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

Unit Pengajian Dewasa, Masjid Negara,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
50480 Jalan Perdana,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-26937784 Samb: 238, 237, 235 Faks: 603-2913696
E-Mail : ehsan@masjidnegara.gov.my

UNIT PENGAJIAN DEWASA
http://www.masjidnegara.gov.my/pdewasa.php

http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negara

http://en.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negara

Related Posts with Thumbnails