Showing posts with label Kelas Fardhu Ain. Show all posts
Showing posts with label Kelas Fardhu Ain. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Pupaqsi pusat sehenti fardu ain



ANTARA faktor utama yang menyebabkan orang ramai terutamanya golongan dewasa yang buta al-Quran terus kekal dengan kekurangan itu ialah sifat segan dan malu serta terlalu sibuk untuk belajar daripada mereka yang pakar.

Menginsafi kekurangan itu, ditambah lagi sebagai tanggungjawab untuk melengkapkan keperluan fardu kifayah itu kepada umat Islam di negara ini, Pusat Pengajian al-Quran Sistem Individu (Pupaqsi) ditubuhkan bagi menampung kelompongan itu.

Pusat itu berorientasikan pengajian al-Quran dan fardu ain secara individu dengan memberi perhatian khusus kepada dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan matlamat membasmi gejala buta al-Quran terhadap golongan sasar.

Pengurus Pupaqsi, Norirwan Oswan berkata, selain pengajian asas al-Quran dan tajwid, pelajarnya turut disediakan dengan pembelajaran kelas Bahasa Arab dan fardu ain mengikut sukatan yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kelas yang disediakan di pusat ini adalah fleksibel mengikut kesesuaian masa bermula pada pukul 2 petang sehingga 10 malam dengan kadar bayaran yang amat berpatutan,” katanya.

Pengajian Bahasa Arab dan fardu ain itu ditawarkan melalui Kelas Integrasi al-Quran dan Fardu Ain (Kiafa) yang ditawarkan untuk pengajian selepas waktu rasmi persekolahan bagi pelajar peringkat rendah tahun 1 hingga tahun 6.

Kiafa turut menawarkan bonus apabila kelas pembelajarannya turut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai salah satu medium selain Bahasa Arab dan Melayu.

Tambah Norirwan, Pupaqsi mempunyai kekuatan empat tenaga pengajar berpengalaman lepasan pengajian Islam dan Maahad Tahfiz.

Menurut beliau, penubuhan kelas ini tercetus apabila melihat bilangan keciciran pelajar daripada mengikuti pendidikan di sekolah agama rakyat semakin tinggi.

“Ini ditambah pula dengan kelas agama swasta yang mengenakan bayaran pengajian yang agak mahal. Dengan mengenakan yuran bulanan yang berpatutan, Kiafa mampu melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal.

“Yuran yang dikenakan amat berpatutan kerana kami tidak mahu melihat anak-anak dan golongan dewasa tidak tahu langsung mengenai al-Quran disebabkan yuran yang mahal,” katanya.

Pusat yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu beroperasi di 17 A, Jalan Pinang E, 18/E, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor setiap hari bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan ditutup pada hari cuti umum.

Pupaqsi juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan ilmu-ilmu fardu kifayah seperti kursus tajwid, marhaban dan berzanji, qiraat dan taranum.

Kursus lain ialah Kem Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh, Kursus Smart Solat, Kem Motivasi dan Pemantapan Akhlak, Kem Cintai Alam Semulajadi, Kem Ikhtiar Diri, Kem Keluarga Bahagia Keluarga Impian, Kursus Imam dan Bilal Muda, Kem Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar, Kursus Motivasi Pekerja Bestari, Kem Jati Diri dan Kepimpinan, Kem Smart Ibadah (Khemah Ibadah) dan Kursus Dakwah dan Kepimpinan.

Ia juga turut menyediakan kursus-kursus peningkatan pekerja dan motivasi untuk sektor kerajaan dan swasta.

Dalam pada itu, Norirwan berkata, Pupaqsi mendapat kelulusan JAIS untuk beroperasi dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, Pupaqsi dipengerusikan oleh Zaid Muhammad Mohd Rais dengan modal menubuhkannya diusahakan sendiri oleh beliau demi melihat kepentingan dan kesedaran bahawa ilmu al- Quran dan fardu ain mesti disebarkan kepada seluruh orang Islam.

Menyentuh mengenai pengajian orang-orang dewasa, Norirwan berkata, yuran bulanan bagi kelas pengajian asas al-Quran dan tajwid ialah sebanyak RM80.

Katanya, keistimewaan di sini ialah ia menawarkan satu sistem pembelajaran secara individu (one to one).

“Selain itu waktu pembelajarannya sangat fleksibel di mana para peserta boleh datang pada bila-bila masa sahaja antara pukul 1 petang hingga 10 malam tanpa perlu membuat temu janji.

“Sistem ini dicipta bagi memberi peluang kepada umat Islam dewasa yang sangat sibuk, berusia lanjut dan malu dan segan belajar secara berkumpulan,” katanya.

Sebagai perancangan untuk tahun 2007, Pupaqsi akan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan dengan ilmu-ilmu fardu kifayah pada setiap hujung minggu.

Pupaqsi dibuka pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan berehat selama sejam pada pukul 7 malam. Ia ditutup pada hari kelepasan am bagi negeri Selangor.

Sehingga kini Pupaqsi mempunyai 80 penuntut yang datang dari kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

Bagi menambahkan fungsi dan peranan serta tanggungjawab fardu kifayah, Pupaqsi juga menubuhkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Insan bagi melancarkan segala urusan pengendalian kursus-kursus yang disediakan oleh pusat itu.

Oleh yang demikian, kursus yang ditawarkan oleh Pupaqsi adalah sebagai memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan sama ada sektor awam dan swasta, sekolah dan masjid untuk menganjur atau menjalin kerjasama pintar yang meliputi seluruh negara.

Norirwan berkata: “Alhamdulillah sehingga kini program di atas mendapat sambutan memberangsangkan sejak dilancarkan.”

“Malah ada antara ibu bapa yang memaklumkan bahawa mereka melihat ada perubahan pada anak masing-masing seperti berani menjadi imam di rumah serta berlumba-lumba untuk bergelar bilal di surau,” katanya.

Kepada mereka yang berminat mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan oleh Pupaqsi atau untuk menyertai bengkel yang dianjurkan boleh menghubungi pusat itu di talian 03-55432520, Norirwan (013-6332008), Zaid Muhammad Mohd. Rais (016-2272327).

Orang ramai juga boleh melayari laman web pusat itu, www.pupaqsi.edu.my untuk mendapat maklumat lanjut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

PUPAQSI (Pusat Pengajian Al Quran Sistem Individu)
http://www.pupaqsi.edu.my/

Jadual tentatif tazkirah, kuliah, pengajian, kelas Fardu 'Ain, Bicara Ad 'Din Masjid Kota Damansara

Jadual Program Dakwah & Tarbiyah Harian / Mingguan

Masjid Kota Damansara, Seksyen 5 Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor

Tazkirah Subuh

Hari : Isnin hingga Khamis

Masa : Selepas Solat Subuh

Penceramah : 1. Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Tafsir Surah Al-Baqarah)

2. Ustaz Miftahuddin (Tafsir Surah Al-Imran)


2. Tazkirah Jumaat

Hari : Jumaat

Masa : Selepas Solat Subuh

Penceramah : Ustaz Zaharuddin Mohammad

Tajuk : Syarah Halal & Haram – Dr. Yusof Qardawi


3. Kuliah Subuh & Maghrib

Hari : Sabtu - Ahad

Masa : Selepas Solat Subuh & Maghrib

Penceramah : Sila Rujuk Jadual


4. Kuliah Dhuha

Hari : Isnin - Sabtu

Masa : 9.00pagi – 10.30pagi

Penyelaras : Hj. Zek (016-2835475)


Penceramah : Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Isnin & Selasa)

Kitab : Riyadhus Shalihin (Hadith-Hadith Pilihan)


Penceramah : Ustaz Miftahuddin (Rabu & Khamis)

Pengajian : Bahasa Arab (asas & Lanjutan)


Penceramah : Ustaz Ahmad Arum (Jumaat & Sabtu)

Kitab : Al-Mu’in Al-Mubin (Feqah)


5. Kuliah Muslimat

Hari : Sabtu ( minggu Ke-2,3,4 shj)

Masa : 3.00ptg-4.00ptg

Penceramah : Ustazah Rohana (umum)

&Pengajian Ustazah Fadhilah (Fiqh Wanita)

Ustaazah Ros Izanuri (Tahsinul Solat)

Penyelaras : Pn. Noor Aiza (019-3680128)


6. Pengajian Fardu ‘Ain ( Iqra’ & Al-Quran) Utk Kanak-Kanak (4thn – 17thn)

Hari : Jumaat - Ahad

Masa : Selepas Maghrib

Penyelaras : Ustaz Liswan (014-6614966)


7. Pengajian Fardu ‘Ain ( Al-Quran) utk Dewasa

Hari : Sabtu

Masa : 9.00pagi – 10.00pagi

Penyelaras : Che Mat 012-2004500)


8. Bicara Addin D’Kota

Hari : Ahad

Masa : 8.45pagi – 10.45pagi

Tempat : UpTown Kota Damansara – PasarTani Ahad)


9. Program Qiamullail

Hari : Ahad Minggu Pertama

Masa : 4.00pagi – 5.30pagi ust mokhruddin


Masjid Kota Damansara
Jalan Sepah Puteri 5/25
Petaling Jaya
Selangor
47810
Malaysia

http://www.masjidkotadamansara.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94&Itemid=165

Kelas Al-Quran, Iqra' & Fardu 'Ain di Kota Damansara

KELAS AL-QURAN, IQRA’ & FARDU ‘AIN

Terbuka Kepada
+ Lelaki & Perempuan
+ Kanak-kanak (7-12 tahun)
+ Remaja (13 tahun ke atas)
+ Dewasa

BERTEMPAT DI :
31-1, Jalan Cecawi6/33, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

SESI PENGAJIAN BERMULA AWAL MEI 2009

DAFTAR SEGERA!!!

YURAN
+ Pendaftaran RM15
+ Bulanan RM70 (kanak-kanak & remaja)
+ RM80 (dewasa)

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi
Ustaz Redzuan di talian 012-629 3066 019 276 2055.

http://teguhiman.wordpress.com/2009/05/11/maklumat-kelas-al-quran-iqra-fardu-ain-di-kota-damansara/

Related Posts with Thumbnails