Kelas Bimbingan Rehal atau singkatannya REHAL adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002. REHAL yang terletak di seksyen 4, Kota Damansara, Selangor ini menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran di REHAL adalah menggabungkan cara pengajian tradisional (sistem individu) dengan cara pengajian moden (sistematik berkelas). REHAL dipengerusikan oleh Ust. Surur Shihabudin Hassan An-Nadawi, seorang penulis, pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di universiti-universiti dan masjid-masjid sejak 1999. PRODUK-PRODUK YANG DISEDIAKAN DI REHAL: - KELAS PENGAJIAN INDIVIDU TAHFIZ, AL-QURAN & FARDHU 'AIN klik BUKU ILMU TAJWID menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim klik TALAQQI AL-QURAN 30 JUZ BERSANAD klik KURSUS LENGKAP BUKU ILMU TAJWID klik KURSUS ASAS BAHASA ARAB klik OBJEKTIF REHAL: - Memberi peluang individu muslim untuk belajar membaca al–Quran dari zero. Menyedia pengajian tajwid Al-Quran dari peringkat paling bawah hingga kepada peringkat tinggi. Mengajak individu muslim mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman dalam kehidupan. Menyiapkan individu muslim yang memahami agama dan sempurna Ibadahnya. Mengadakan kursus-kursus berbentuk Tajwid dan Ibadah dari masa ke semasa. KEISTEMEWAAN REHAL: Pengajian tanpa mengira peringkat umur (dewasa atau kanak-kanak). Dibimbing secara individu (seorang demi seorang) oleh tenaga pengajar yang berkelulusan dan berpengalaman Yuran bulanan yang berpatutan. Sebuah kelas pengajian yang berdaftar. Persekitaran dan suasana pembelajaran yang selesa. Sijil tamat pengajian disediakan.
KELAS TALAQQI AL-QURAN 30 JUZ BERSANAD
MAKSUD TALAQQI
Perkataan Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama Rasulullah s.a.w. Melalui kelas ini murid akan diperbetulkan bacaannya satu persatu dari ayat mula al-Quran hingga ke ayat akhirnya. Murid mestilah seorang yang telah lancar membaca al-Quran dan telah tamat pengajian Ilmu Tajwid sebelum boleh menyertainya.
MAKSUD SANAD
Perkataan Sanad bermaksud kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada guru al-Quran yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w. Pada zaman ini sanad kesinambungan ini dibuktikan dengan adanya dokumen (yang digelar ijazah) yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketepatan bacaan al-Quran. Ijazah tersebut akan menyatakan Qiraat, Riwayat dan Turuq sesuatu bacaan yang diijazahkan kepada muridnya.
PENYERTAAN
Setakat ini pengajian kelas Talaqqi al-Quran dijalankan secara individu terus dengan pengarang buku Ilmu Tajwid Hafs 'An 'Asim iaitu Ust. Surur Shihabuddin An-Nadawi (Al-Hafiz). Tempat, hari dan masa adalah dibuat setelah berbincang terus dengan ustaz sendiri. Sila hubungi ustaz terus di talian 0192390698.
http://www.rehal.org/talaqqi.htm
Peta ke Kelas Bimbingan Rehal, Kota Damansara
View Larger Map
Wednesday, January 7, 2009
Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Kota Damansara
Labels:
Arabic,
Kelas Al-Quran,
Kota Damansara,
Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment