Sunday, May 10, 2009

Bahasa Arab Mudah

Sistem Buku Bersiri "Bahasa Arab Mudah"

1. SEBUTAN BARIS PADA AKHIR PERKATAAN

Sebab:

1. Baris akhir perkataan adalah Pemberi makna

Untuk makluman semua, ayat dalam bahasa Arab boleh disusun tanpa tertib. Contohnya, perbuatan boleh diletakkan pada awal atau ditengah. Di dalam bahasa Arab baris akhir perkataan adalah pemberi makna. Contohnya dua ayat di bawah ini mempunyai makna yang sangat berbeza.
Contoh Ayat 1 : ضربَ إبراهيمُ يوسفَ bermakna Ibraheem pukul Yuusuf.
Contoh Ayat 2 : ضربَ إبراهيمَ يوسفُ bermakna Yuusuf pukul Ibraaheem.

Baris akhir Ibraheem pada ayat pertama adalah berbaris depan(dhammah) bermakna Ibraheem adalah pemukul. Manakala pada ayat kedua, Ibraheem adalah mangsa pukul kerana baris akhir pada Ibraheem adalah berbaris atas(phathah).

2. Menyenangkan pembelajaran kaedah-kaedah lain

Apabila pelajar memahami kaedah asas baris akhir perkataan dalam bahasa Arab, maka kaedah-kaedah seterusnya yang akan dipelajari nanti seperti مُضَافٌ وَمُضَافٌ إِلَيْهِ adalah senang difahami oleh pelajar. Justeru itu, sebutan bacaan pada akhir baris ini adalah wajib untuk pelajar.

Sistem di dalam buku ini pada awalnya, semua perkataan diletakkan baris tetapi barisnya dibuang sedikit demi sedikit setelah pelajar faham kaedah baris dalam membuat ayat yang betul dalam bahasa Arab pada peringkat asas.

2. BUKAN HAFALAN

Sebab:

Tidak membantu tanpa pengentahuan asas dalam membuat ayat

Pelajar boleh menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata tetapi hafalan ini tidak memberi banyak faedah kalaulah pelajar tidak tahu kaedah membuat ayat dalam bahasa Arab. Ini terbukti dengan pelajar-pelajar sekolah aliran Arab yang mempunyai agak banyak perbendaharaan kata tetapi tidak dapat membuat ayat dalam bahasa Arab walaupun ringkas dan mudah. Jika pelajar tahu kaedah membuat ayat yang betul, barulah perbendaharaan kata banyak menolong mereka dalam binaan ayat tersebut. Fakta ini perlu difahami dengan jelas kerana ramai yang beranggapan penguasaan bahasa Arab adalah semata mata dengan banyak menghafal perbendaharaan kata.
Contoh : الكتابُ على المكتبِ.

Jika pelajar tahu kaedah baris (شَكْلٌ ) بُ/بِ , perkataan-perkataan lain seperti قلم/ مكتب/ سرير boleh menggantikan mana-mana perkataan pada ayat tersebut seperti berkata : القلمُ على السريرِ.

Kaedah penghafalan yang berlebihan juga akan menjadikan pembelajaran bahasa Arab bosan dan menyusahkan.

3. PEMBELAJARAN NAHU SECARA TIDAK LANSUNG
Sebab:

Pembelajaran dan pengajaran menyeronokkan dan tidak membosankan

Contoh 1:

Bagi pelajaran هذا/ذلك guru meletakkan sebuah buku berdekatan dan meletakkan sebatang pensel berjauhan. Guru kemudiannya berkata هذا كتابٌ dan menunjukkan isyarat jari pada sebatang pensel yang berjauhan dan berkata ذلك قلمٌ dengan meninggikan suara pada هذا وذلك . Guru kemudian berdiri berdekatan pensel dan mengulangi lakonan tersebut dengan meninggikan suara pada هذا وذلك sekali lagi. Dengan kaedah lakonan pengajaran nahu secara tidak lansung ini, pelajar dapat memahami pelajaran dengan jelas dan menyeronokkan iaitu هذا adalah katanama isyarat untuk objek yang dekat dan ذلك adalah katanama isyarat untuk objek yang jauh.

Begitulah seterusnya dengan kaedah-kaedah lain yang terdapat pada sistem ini.

Contoh 2:

Bagi pelajaran أَبٌ + أنا = أَبِي guru bukan mengajar kaedah nahu secara terus tetapi melakukan seperti berikut:

Guru memegang sebuah buku dan bertanya pelajar ما هذا؟ dan pelajar menjawab : هذا كتابٌ Guru kemudiannya berkata : الكتابُ لِي yang bermakna “buku ini kepunyaan saya” dan akhirnya berkata : هذا كتابِي (Ini buku saya) dan melakukan banyak lakonan-lakonan seperti ini dengan objek-objek yang lain. Cara pengajaran bahasa Arab dengan lakonan menjadikan pembelajaran bahasa Arab menyeronokkkan dan mudah.

Ini adalah antara contoh-contoh pengajaran bahasa Arab secara tidak lansung melalui lakonan dan interaktif antara pengajar dan pelajar.

4. PENGASINGAN مُذَكَّر (MUZAKKAR) dan مُؤَنَّثٌ (MUANNAZ)

Pelajar perlu belajar muzakkar dan muannaz secara berasingan supaya tidak keliru dan merasa sukar dalam pembelajaran asas. Sistem kami hanya memperkenalkan katanama muannaz (اَلأَسْمَاءُ الْمُؤَنَّثَةُ) yangmana kalimah akhirnya adalah ة . Contohnya : سبورةٌ/ جوَّالةٌ/ حقيبةٌ ... .Oleh sebab itulah, kami tidak mendahului anggota tubuh pada buku ini kerana anggota tubuh terbahagi kepada muzzakar dan muannaz. Contoh muzzakar : أَنْفٌ/ وَجْهٌ/ شَعْرٌ ... dan contoh muannaz : يَدٌ/ رِجْلٌ/ أُذُنٌ ... Anggota tubuh yang berpasangan(2) adalah muannaz seperti : يَدٌ/ رِجْلٌ/ أُذُنٌ ... dan inilah perkara-perkara asas yang perlu difahami oleh para pelajar sebelum mempelajari katanama-katanama yang lebih susah.

Pengansingan مُذَكَّرٌ dan مُؤَنَّثٌ ini juga sangat memudahkan pengajaran kaedah-kaedah lain yang akan dipelajari seperti نَعْتٌ (sifat) dan فِعْلٌ (perbuatan). Contohnya di dalam bahasa Arab, kaedah menyatakan نَعْتٌ يَتْبَعُ مَنْعُوتًا . Oleh itu kita berkata:

هذا مُدَرِّسٌ جَدِيدٌ
dan


هذه مُدَرِّسَةٌ جَدِيدَةٌ .

Begitu juga dengan perbuatan, kita berkata:

ذَهَبَ الْمُدَرِّسُ
dan
ذَهَبَتْ الْمُدَرِّسَةُ .

Cara pengasingan ini menjadikan pembelajaran bahasa Arab menjadi mudah difahami oleh pelajar-pelajar dan memudahkan pengajar dalam pengajaran mereka.

5. PENGENALAN ASAS-ASAS NAHU MUDAH TETAPI SANGAT PENTING DI DALAM BAHASA ARAB
(a) ال
Contoh : أُسْتاذُ حامد
الأُسْتاذُ حامد
أُسْتاذُ حامد
bermakna Ustaz kepada Hamid(2 orang) tetapi الأُسْتاذُ حامد
bermakna Ustaz yang bernama Hamid(1 orang).

(b) Hamzaa - الهمزةُ

Contoh : هَمْزَةُ الْوَصْلِ dan هَمْزَةُ الْقَطْعِ
إجْلِس/ أُخْرُجْ/ إقْرَاْ/ أدْخُلْ ...

أyang ditulis seperti ini adalah kesilapan besar dalam Bahasa Arab kerana menandakan kita perlu membaca hamzaa tersebut. Ini adalah kerana الْهَمْزَةُ pada perbuatan Amrun (فِعْلُ أَمْرٍ) adalah hamzatul wasli هَمْزَةُ الْوَصْلِ . Contohnya dalam ayat Quran pada surah Al baqarah ayat 60 : .... كُلُوا واشْرَبُوا من رزْقِ اللهِ ... memberi perhatian penting dalam pembacaan Quran pada همزَةُ الوَصْلِ dan bukannya dibaca كُلُوا وإشْرَبُوا .

(c) Nama-nama muannaz tidak mengambil dua baris
(الأسماءُ المؤنَّثةُ لا تُنَوَّنُ)
مريـمُ/ زينبُ/ فاطمةُ/ خديجةُ/ سارةُ/ عائشةُ ...

adalah nama-nama muannaz dan tidak berbaris dua pada akhirnya. Adalah salah dalam Bahasa Arab menulis :

مريـمٌ/ زينبٌ/ فاطمةٌ/ خديجةٌ/ سارةٌ/ عائشةٌ ...


Penulisan seperti ini adalah satu kesilapan besar dalam Bahasa Arab kerana kebiasaannya nama-nama muannaz adalah مَمْنُوعٌ من الصَّرْفِ jika مجرورٌ ditulis :

ذهبتُ إلى مريـمَ
dan bukannya ذهبتُ إلى مريـمٍ


(d) Warna-warna tidak mengambil dua baris
(اَلأَلْوَانُ لا تُنَوَّنُ)
أحْمَرُ/ أزْرَقُ/ أحْمَرُ/ أسْوَدُ/ سَوْداءُ/ زَرْقَاءُ/ حَمْراءُ ...

Adalah warna-warna muzakkar dan muannaz dan tidak berbaris dua pada akhirnya. Adalah salah dalam Bahasa Arab menulis :

أصْفَرٌ/ أزْرَقٌ/ أحْمَرٌ/ أسْوَدٌ/ سَوْداءٌ/ زَرْقَاءٌ/ صَفْرَاءٌ ...


Ayat Quran pada ayat 69 surah Al baqarah berbunyi : يقولُ إنَّها بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ bukannya يقولُ إنَّها بَقَرَةٌ صَفْرَاءٌ .

6. AYAT-AYAT DITULIS DENGAN WARNA-WARNA BERBEZA

Contoh : في غرفةٍ warna merah pada perkataan ini bermaksud cara sebutan yang ditinggikan dan boleh membawa makna berbeza. Gambar-gambar di dalam buku-buku ini juga terjemahan kepada perkataan-perkataan yang menjadikan pelajar berfikir dan cepat mengingati perbendaharaan kata tetapi bukan dengan cara hafalan.

7. TIDAK MEMASUKKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG SUSAH PADA PERINGKAT ASAS

فِعْلٌ أَجْوَفُ – نَامَ/ بَالَ/ غَابَ/ سَارَ ...
فِعْلٌ نَاقِصٌ – قَضَى/ رَمَى/ دَعَا/ مَشَى ...
فِعْلٌ مِثَالٌ – وَقَفَ/ وَجَدَ/ وَزَنَ/ وَضَعَ ...
فِعْلٌ مُضَعَّفٌ – حَجَّ/ وَدَّ/ شَمَّ / ظَنَّ ...

Ini adalah perbuatan-perbuatan yang susah اَلأفْعَالُ الصَّعْبَةُ dalam bahasa Arab. Oleh itu, pelajar perlu memahami perbuatan asas yang mengandungi 3 huruf dahulu seperti (اَلْفِعْلُ الثُّلاَثِيُّ الْمُجَرَّدُ) – ذهب/ خرج/ رجعَ ... sebelum mempelajari perbuatan-perbuatan yang susah dalam bahasa Arab.

Akhirnya, sistem yang terdapat dalam buku “BAHASA ARAB MUDAH” adalah bermula dari asas iaitu pelajar hanya pada mulanya mempelajari katanama sahaja. Setiap perbendaharaan kata disertakan dengan gambar untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingatinya. Pelajar hanya mempelajari perbuatan yang senang seperti ذَهَبَ إِلَى dan خَرَجَ مِنْ pada buku 4.

Buku ini juga ditulis dengan warna-warna yang berlainan untuk mempermudahkan pelajar mengenal fungsi-fungsi baris atau perkataan yang membawa makna atau mempunyai kaedah penting yang perlu diberi perhatian olen pelajar. Justeru itu guru perlu meninggikan suara pada tempat-tempat ini.

Latihan-latihan adalah disediakan pada hampir setiap pelajaran agar kaedah-kaedah yang dipelajari dapat dipraktikkan dan difahami dengan mantap oleh pelajar.

Bahasa pengantar mesti di dalam bahasa Arab. Untuk kemahiran ini, guru-guru mesti minat dalam pengajaran bahasa Arab dan menggunakan bahasa Arab ini bukan sahaja di dalam kelas tetapi dalam perbualan harian bersama pelajar-pelajar mereka didalam dan luar kelas. Ini adalah kerana pelajar-pelajar dapat mendengar percakapan bahasa Arab walaupun tidak dapat memahami dan bercakap sepenuhnya pada peringkat awal.

http://arabmudah.com/Sistem-buku.html

Soalan-soalan Lazim(FAQ)

1. Bolehkah saya mempelajari buku 4 dahulu tanpa mempelajari buku 1,2 dan 3?

Seperti yang kami nyatakan, pembelajaran mestilah mengikut susunan buku. Ini adalah kerana pelajaran pada buku "Bahasa Arab Mudah" adalah berkaitan antara mereka dan tanpa kefahaman buku sebelumnya, adalah susah untuk memahami buku 4.

2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mempelajari setiap buku?

Pembelajaran adalah mengikut tahap kematangan seseorang dan masa yang diluang dalam mempelajarinya. apa yang paling penting, fahamkan setiap buku dengan kefahaman yang mantap dengan membuat setiap latihan yang disediakan. Pelajaran menjadi senang dan boleh difahami kerana ianya bermula dari asas. Setiap perkataan baru disertakan maknanya pada pertengahan buku(buku 1 dan buku 2) dan di akhir buku(buku 4 hingga buku 6). Jawapan lengkap disediakan pada pertengahan buku. Lebih jelas dinyatakan bahawa buku 1 itu adalah tahap1 dan begitulah seterusnya hingga tahap 6. Justeru itu, masanya adalah sangat berbeza bagi setiap individu.

3. Pertama kali saya mendengar pembelajaran bahasa Arab tidak memerlukan hafalan. Macamana nak bagus dalam bahasa Arab kalau tak hafal. Jelaskan.

Ini adalah soalan yang mungkin banyak sekali saya terima. Ini adalah kerana sinonimnya dalam masyarakat kita, belajar bahasa Arab adalah dikaitkan dengan hafalan. Kesannya, pelajar hanya menghafal perkataan sahaja tetapi tidak dapat menggunakan perbendaharaan kata yang dihafal untuk membuat ayat-ayat dalam bahasa Arab walaupun ayat-ayat yang senang. Sistem yang terdapat dalam buku kami adalah bermula dari asas dan setiap perkataan baru disertakan dengan gambar dan makna perkataan pada bahagian tengah atau belakang buku. Pelajar mempelajari cara membuat ayat dari 2 perkataan mudah kemudian 3 perkataan dan seterusnya. Pelajar mempelajari katanama muzakkar pada buku 1 dan kemudian muannaz pada buku 2. Pelajar mempelajari perbuatan secara berperingkat bermula dari perbuatan yang telah lepas. Pelajar tidak mempelajari semua kaedah-kaedah bahasa Arab secara keseluruhan dalam waktu yang sama. Latihan-latihan disertakan selepas setiap pelajaran.Kaedah bermula dari asas dan berkaitan antara satu sama lain. Kalaulah pelajar mengikuti sistem ini dan membuat semua latihan yang disediakan, akhirnya mereka akan dapat membuat ayat-ayat lengkap dalam bahasa Arab dengan yakin. Pada tahap inilah, perbendaharaan kata yang banyak akan menolong mereka.

4. Bagaimanakah cara yang berkesan mempelajari buku bersiri Bahasa Arab Mudah.

Secara amnya, anda melakukan dua perkara penting ini:
a. Mulakan pembelajaran dari buku 1. Ikut turutan buku dan pelajaran.
b. Lakukan semua latihan yang disediakan. Jika anda was-was dengan jawapan anda, rujuk kepada jawapan alternatif pada tengah mukasurat setiap buku.

Lapangkan masa lebih kurang 15 atau 20 minit sehari pada peringkat permulaan dan tambahkan masa dari semasa ke semasa apabila minat semakin bertambah.

Sebarang masalah atau kemusykilan, sila emel kepada kami, norzuly66@hotmail.com. Kami sentiasa membantu.

Perhatian penting: Ada dikalangan individu yang hanya melihat secara kasar buku-buku kami dan terus membuat andaian bahawa ianya adalah susah untuk dipelajari tanpa mempelajarinya seperti yang kami syorkan terlebih dahulu. Nasihat kami kepada anda supaya lakukan pembelajaran seperti yang kami nyatakan pada nombor 4 dan lihat sendiri hasilnya. InsyaAllah, anda akan menguasai asas bahasa Arab yang kuat selepas mempelajari buku 6.

http://arabmudah.com/soalan-lazim.html
http://arabmudah.com/

0 comments:

Related Posts with Thumbnails