Monday, February 9, 2009

KURSUS TILAWAH AL-QURAN UNTUK ORANG AWAM, ANJURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)



Divisyen Tilawah, IfLA, UIAM menjemput Tuan, Puan, Muslimin dan Muslimat yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengikuti Kursus Pengajian Al-Quran Orang Awam. Kursus ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat samada sudah tahu membaca al-Quran atau baru hendak belajar membaca al-Quran.

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu kemestian ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah dituntut. Walaupun demikian, segala tuntutan tersebut tidak dapat dicapai sekiranya asas ke arah itu tidak dapat diatasi. Terdapat banyak hadith yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antara lain satu hadith yang bermaksud:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang mahu berkata-kata dengan Allah S.W.T maka bacalah Al Quran”

Bertitik tolak dari sinilah, dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap umat Islam, Pusat Bahasa dan Pencapaian Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menubuhkan Kursus Tilawah Al Quran pada Jun 2000. Kelas ini akan memberi peluang khususnya kepada masyarakat luar untuk belajar membaca Al Quran dan mendalami ilmu tajwid.

KAMPUS PENGAJIAN

Kelas akan di adakan di TIGA kampus IIUM: -

Kampus Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, GOMBAK.
Pusat Asasi UIAM, Jalan Universiti, Seksyen 17, PETALING JAYA.
Pusat Asasi UIAM, Jalan BBN, 1/7D, Fasa 3A/3B Putra Nilai, NILAI, NEGERI SEMBILAN

WAKTU PENGAJIAN

Kelas diadakan DUA kali seminggu secara pasangan hari berikut:

Isnin dan Rabu Khamis; 8:00malam – 10:00 malam.
Selasa dan Khamis; 8:00malam – 10:00 malam.

Peserta hanya boleh memilih satu pasangan hari sahaja dalam seminggu di 1 lokasi yang sesuai sahaja.

KAPASITI KELAS

Bagi satu-satu kelas pengajian, peserta dihadkan seramai 15 ke 20 orang sahaja. Jumlah ini telah disesuaikan dengan masa yang diperuntukkan iaitu 2 jam setiap kali menghadiri kelas. Guru akan memberi peluang kepada semua peserta dalam satu-satu kelas itu untuk mencuba bacaan mereka dan dapat pula diperbetulkan bacaan mereka oleh guru kami yang terlatih.

Oleh itu guru dan peserta diharapkan dapat memulakan dan mengakhirkan kelas tepat pada masa yang telah ditentukan. Kelewatan memulakan kelas atau melambatkan tamat kelas akan merugikan masa yang diperuntukkan.

Untuk maklumat lanjut, layari...

http://www.iiu.edu.my/celpad/kutaq/

4 comments:

nik nor hasniza said...

sangat2 baik dan trima kasih kepada pihak penganjur yang sangat prihatin....moga Allah membalas jasa baik semuanya.

Anonymous said...

Asamualaikum saya nak tya saya pelu call siapa untuk pertanyaan tentang class ini ??

Linda Roos said...

Assalamualaikum, saya berminat untuk mengikuti kelas yang dianjurkan. Dengan siapa saya Boleh berurusan?

Unknown said...

Assalamualaikum, saya berminat untuk mengikuti kelas yang dianjurkan. Dengan siapa saya Boleh berurusan?. Tolong bg respond ada kelas online saya sgt berminat utk mengikutinya.

Related Posts with Thumbnails