Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada peserta-peserta mempelajari Buku Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim (Jilid 1 & 2) dari penulis buku sendiri iaitu: Surur Shihabudin An-Nadawi (Al-Hafiz). Tempoh kursus selama 30 minggu dan hanya 1 sessi dijalankan setiap tahun.
Sebanyak 3 kursus telah berjaya dikendalikan setakat ini yang disertai oleh muslimin dan muslimat berumur 18 tahun ke 70 tahun: -
1. Kursus tahun 2006 berakhir pada 18 Sep 2006 - jumlah peserta seramai 36 orang.
2. Kursus tahun 2007 berakhir pada 03/09/2007 - jumlah peserta seramai 41 orang.
3. Kursus tahun 2008 berakhir pada 25/08/2008 - jumlah peserta seramai 31 orang.
Cadangan kursus bagi sessi 2009 adalah seperti di bawah: -
Hari : Setiap Isnin Malam Selasa
Masa : 8:00mlm - 10:00mlm
Tempoh : 30 minggu
Bermula : 02 / 03 / 2009
Berakhir : 30 / 11 / 2009
Yuran : RM 400 (sepanjang kursus) (Buku Ilmu Tajwid diberi Percuma)
Pendaftaran untuk kursus sessi tahun 2009 adalah dibuka dari sekarang. Klik untuk BORANG PENYERTAAN
Kandungan kursus meliputi pengajian semua topic-topik dalam buku penulis sendiri secara teori dan praktikal: -
MINGGU TAJUK *
1 Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid, Qiraat, Riwayat & Toriq
2 Kesalahan Nyata dan Tersembunyi dan Isti’azah wa Basmalah
3 Latihan Bacaan
4, 5, 6, & 7 Hukum Nun Sākinah dan Tanwin: Izhar Halqi, Idgham Bila Ghunnah, Ma’al Ghunnah, Izhar Mutlaq, Iqlab dan Ikhfa’ Haqiqi.
8 & 9 Hukum Mim Sākinah dan Hukum Nun Mim Bersabdu, Izhar Qamari dan Idgham Syamsi serta Latihan Bacaan
10, 11&12 Mad Asli, Mad Far`ie yang disebabkan Hamzah dan Perkara-perkara yang mesti ditunaikan bagi bacaan Tawassut Munfasil (Toriq al-Syatibiyyah).
13&14 Mad Far`ie yang disebabkan Sukun (Mad-mad Lazim).
15 & 16 Makhraj Huruf
17 ,18 & 19 Sifat-sifat Huruf
20 Tarqiq, Tafkhim dan Hukum-hukum Ra’
21 Latihan Bacaan
22 Mutamathilan, Mutaqoriban dan Mutajanisan serta Idgham Kabir dan Soghir
23 & 24 Latihan Bacaan
25 & 26 Menyambung dan Memulakan Hamzah Wasal dan Pertemuan Dua Sukun
27 Waqaf dan Perbahasannya
28 & 29 Ujian Bertulis
30 Ujian Bacaan
* Sebarang maklumat yang telah dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada perubahah.
Sijil akan diberikan kepada peserta-peserta yang berjaya menamatkan kursus. Peserta yang tamat juga akan layak menyertai Tallaqqi bersanad dengan Penulis buku.
http://www.rehal.org/KLIT.htm
Saturday, February 28, 2009
Kursus Lengkap Ilmu Tajwid, Menurut Riwayat Hafs `An `Asim melalui Toriq al-Syatibiyyah
Labels:
Kota Damansara,
Tajwid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment