Tuesday, March 17, 2009

Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ)

Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ).

Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang.

Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.

Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87). Kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu.

Jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP) 0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.

JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar di KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

STATUS

Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat:-

1 Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

2 Memahami dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran merangkumi aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul.

3 Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan mempraktikkannya dalam bacaan harian.

4 Mengetahui, membezakan dan membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie.

KANDUNGAN KURIKULUM

Tingkatan Satu hingga Tiga

1 Tajwid
2 Hafazan
3 Ulum Al-Quran
4 Qiraat Sabie
5 Tarannum

Tingkatan 4 dan 5:

1 Tajwid
2 Hafazan
3 Qiraat Sabie
4 Tarannum

Sumber: http://www.zainul.com/kkq/

0 comments:

Related Posts with Thumbnails