Monday, March 8, 2010

Rekod bacaan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

السّلام عليكم و رحمة الله

Bagaimana anda mencatat bacaan Al-Quran setiap hari? Terdapat beberapa cara untuk melakukannya bergantung kepada kesesuaian anda. Berikut ialah beberapa cara yang digunakan.

1. Menanda bacaan di dalam Al-Quran dengan menggunakan penanda. Masalah yang mungkin timbul ialah sekiranya penanda tersebut diletakkan di dalam Al-Quran di rumah, mungkin anda mengalami masalah untuk mengingati dimana bacaan terakhir sekiranya anda ingin membaca Al-Quran di pejabat atau di mana-mana tempat yang lain.

2. Menanda bacaan dengan menggunakan buku penanda khas.

3. Dan pelbagai lagi kaedah-kaedah yang lain.

Satu alternatif yang boleh digunakan ialah dengan merekod bacaan anda secara di atas talian (online). Anda boleh menggunakan contoh spreadsheet berikut untuk menanda bacaan Al-Quran anda. Dengan ini, anda boleh menyemak di mana bacaan terakhir anda samada di rumah mahupun pejabat dengan syarat anda mempunyai internet.
Sekiranya anda tidak mempunyai internet, spreadsheet ini boleh disimpan didalam telefon bimbit atau PDA anda.

Contoh Rekod Bacaan Al-Quran 1, untuk 30 Juzuk Al-Quran

Muat turun Rekod Bacaan Al-Quran 1

Sekiranya anda ingin khatam Al-Quran didalam masa sebulan, anda boleh menggunakan contoh spreadsheet berikut dimana anda mestilah membaca 4.5 muka surat setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari:


Contoh Rekod Bacaan Al-Quran 2, khatam Al-Quran dalam masa sebulan.

Muat turun Rekod Bacaan Al-Quran 2

Tips untuk khatam Al-Quran dalam masa sebulan

1 comments:

Learn quran online at hoem for kids said...

Learn quran online at home and quran learning with tajweed. Read Quran learning classes for kids, muslims from online quran tutor. 1 week Free Trial lear quran

Related Posts with Thumbnails