Pintu masuk ke yayasan sekolah al Quran
Saya mula belajar mengaji di Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur pada bulan August 2001.
Pada masa itu mak saya baru pulang dari mengerjakan umrah dan beliau ingin mendalami dan belajar mengaji dari peringkat asas lagi.
Mungkin rezeki saya kerana terbuka hati untuk turut sama belajar dengan beliau.
Bermula dari itulah saya telah belajar bersama-sama 15 orang lagi rakan- rakan di kelas 101 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (sejam) sehinggalah ke hari ini.Alhamdulillah
Sila daftar nama di kelas mana yang sesuai murid-murid
Kami telah di bimbing oleh ustaz Shah yang berasal dari Kuala selangor yang telah sabar mengajar kami yang sudah berpangkat kakak-kakak dan mokcik-mokcik.
Bukan tidak ada cabaran untuk terus belajar di sini.Maklumlah benda yang baik memang sukar untuk kita lakukan walaupun pelajaran ini di beri PERCUMA dan di BUKA kepada sesiapa sahaj yang berumur 13 tahun ke atas. Syukur Alhamdulillah saya masih di buka hati untuk meneruskan pelajaran sehingga ke hari ini. Diam tak diam dekat 5 tahun lah juga.
Sedang mengadakan perbincangan berkumpulan
Kelas kami insyaAllah bakal menduduki peperiksaan pada 7 hb May 06 ini. Ya, di sini selain di ajar asas dari Iqra1 hingga Iqra 6 , ilmu tajwid hingga ke AlQuran sehingga katam. Kami juga di beri ujian dan peperiksaan lisan, bacaan dan bertulis. Sekiranya lulus akan di beri sijil.
Setelah ini kami berhasrat untuk teruskan lagi pengajian sehingga ke akhir hayat dan selagi kami dibenarkan terus mengaji di situ.InsyaAllah.
Sekolah AL Quran ini di asaskan oleh seorang hartawan yang dermawann yang tidak mahu dirinya di kenali. Cukuplah di nyatakan hasrat murni beliau ingin melihat umat Islam celik Al Quran iaitu tahu mengaji Quran bertajwid.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa beliau yang hanya satu permintaan beliau iaitu sedekahkan al fatihah setiap kali mulai kelas.
Walaupun ia cuma yayasan persendirian, tetapi sekolah ini terdiri dari tenaga pengajar yang berkelayakan dan bertauliah membimbing sesiapa sahaja yang sudi belajar di sini.
Pelajar kelas 101 bersama ustaz Shah yang kami sayangi dan hormati
Antara nasihat awal ustaz kami yang kami pegang sehingga kini ialah :
1. Amalan beristiqomah iaitu berterusan walaupun sedikit demi sedikit iaitu hanya 2 jam seminggu tetapi setiap minggu dari belajar sekali banyak tetapi lepas itu di tinggalkan.
2. Ustaz lebih suka mengajar orang yang tidak pandai tetapi rajin datang belajar dan tidak tinggalkan kelas daripada orang yang pandai tetapi selalu tinggalkan kelas tanpa sebab.
Ustaz kami memang garang dan mengajar kami bersungguh-sungguh tetapi beliau sangat pandai mengambil hati terutamanya yang belajar di sini kebanyakannya sudah lewat usia yang semestinya agak sensitif kan!
Oh ye, Kami di ajar hukum tajwid mengikut kaedah Resam Uthmani. Permulaan kelas di mulakan dari Iqra 1 hingga Iqra 6 barulah melangkah ke Al Quran di samping mengenali hukum -hukum tajwid agar dapat membaca Al Quran dengan bertajwid.
Barulah saya tahu apa itu Nun Sakinah dan Tanwin, Mim Sakinah, Izhar Shafawi dan apa itu Madd dan pembahagiannya.
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tapi ingin berkongsi sama peluang keemasan ini. Marilah kita sama -sama belajar mengaji Al Quran. Pihak pengurusan yayasan ini tidak jemu-jemu menjemput sesiapa sahaja yang sudi mengambil peluang ini.
Apa kata kita rebut peluang keemasan ini. Sekiranya ada tempat lain yang lebih mudah iaitu di surau tempat tinggal anda maka pilihlah tempat itu tetapi sekiranya anda sedang mencari tempat mengaji yang kebetulan membolehkan anda datang ke sini maka Datanglah ke sini
Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286
Fax no : 03- 2698 1715
(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)
- Ditubuhkan dari tahun 1998
- Tidak dikenakan sebarang Yuran
- Dikendalikan oleh guru-guru AlHafiz dan Graduan IPT dalam /luar negara serta pemegang tauliah JAWI
- Terbuka pada semua yang berumur 13 tahun ke atas
- Bermula pukul 8.00 a.m hingga 10.00 p.m
- 2 jam seminggu
- Bermula dengan Iqra 1 hingga Iqra 6
- Peserta yang lulus pengajian akan di beri Sijil Khatam Al Quran
- Pengambilan sepanjang tahun ikut kekosongan.
- Bilik yang selesa dan berhawa dingin
So, apa lagi kawan -kawan, marilah kita belajar mengaji. Amin.
Pamphlet yang diedarkan oleh sekolah ini
http://aididds.blogspot.com/2006/04/mari-belajar-mengaji.html
http://waiem.blogspot.com/2006/09/sekolah-al-quran.html
http://blog.360.yahoo.com/blog-ny05DEw4dqkYmxuASjLwUg--?cq=1&p=9
Peta ke YSAQKL
http://wikimapia.org/12371130/Yayasan-Sekolah-Al-Quran-Kuala-Lumpur
Coordinates: 3°9'28"N 101°41'59"E
Wednesday, July 9, 2008
Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
Labels:
Kelas Al-Quran,
Kuala Lumpur,
YSAQKL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 comments:
Salam,
Saya pernah belajar mengaji di YSAQKL ini sekitar tahun 2004-2005bersama rakan-rakan saya. Ketika itu kami masih menuntut di Gombak. Kemudian apabila masing2 telah tamat belajar dan bekerja, masing2 telah berhenti daripada mengaji di situ. Pada saya..ini memang satu kerugian yang besar. Saya benar berharap dapat kembali menyambung kelas mengaji saya yg telah lama tertinggal..
Salam,
Pintu Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur sentiasa terbuka kepada orang ramai. Kedatangan puan dan rakan-rakan amatlah di alu-alukan
ALHAMDULILAH SAYA JUGA MASIH BELAJAR DISINI. SELAMA MENCARI AKHIRNYA JUMPA JUGA CLAS YANG SESUAI DGN SAYA.
SEKIRANYA INGIN ARTIKEL TENTANG YSAQKL DIALU-ALU SEIKHLAS HATI COPY DIBLOG SAYA. TQ.
http://anordinarymanz.blogspot.com/2009_06_01_archive.html
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dan Terima kasih.
Peluang keemasan. Dgn izin Allah, adanya Yayasan ini telah memberi ruang seluas-luasnya kpd warga KL & Lembah Klang. Ada hamba Allah tu, datang jauh dari Johor, Melaka,Seremban, Taiping dll semata-mata untuk belajar di YSAQKL ni 2 kali seminggu... Jgn lepaskan peluang ini. Ingat 5 perkara sebelum dtg 5 perkara.
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
........
xUst YSQKL
2002-2007
masyaAllah..dah lama sy tercari2 kelas mengaji al-Quran utk sy yg da bnyk ketinggalan ni..Alhamdulillah..terjumpa artikel ni.rasa tertarik..sekali bile tgk address, rupa2nya..blkg bangunan tempat sy bekerja je..terima kasih utk yg post this entry.very helpful.semoga Allah membalas jasamu.
salam..
Saya dan ibu saya teringin sangat pergi..thanks for the info..tapi, kelas bahasa arab, ada juga ke kat sana?
salam.. terima kasih dengan info ini.. saya mmg sedang memcari tempat yg begini.. harap2 ade lagi pengambilan utk sya join class Al-Quran ni Amin~
Sya pun penah blja sana antra thn 2005, tp oleh krn bertukar kerja & smbung belaja sya berhenti begitu. Mmg rindu sgt wak2 itu..seronok sgt dpt mengaji dgn betul.
Mudahan dipermudahkan saya kembali ke YQSL kembali.
Assalam...
Saya ingin bertanya, asih dibukakah pusat pengajian Al-Quran ini?
Saya amat berminat untuk menghadirinya.
Terima kasih.
Dahulunya, saya buta al-Quran. Kini, alhamdulillah kerana sudah dapat membaca Kalam Allah ini dengan lancar berkat kesabaran para syeikh di yayasan ini mendidik lidah dan hati saya menjadi insan yang celik al-Quran. Sesungguhnya Allah SWT sahajalah yang dapat membalas para syeikh di yayasan ini serta insan hartawan yang mendirikan yayasan tersebut.
kelas ini yang saya cari. terima kasih.terus war-warkan kepada muslim yang lain
Salam Eidulfitri, ustaz.
Saya dah beberapa kali menunda kelas mengaji di sini. Yayasan masih boleh diterima lagi ke? saya ingin bermula dari iqra 2. terima kasih.
allah huakbar , menangis terus aku lepas baca ni, akhirnya allah s.w.t tunjuk kn aku ke jalan yg benar , trima kasih byk2 pd tuan punya blog akhirnya saya jumpa tpt yg sesuai dengan diri saya terima kasih allahhhhhhhh!!!!! -.-
Salam,
Boleh saya tahu, adakah Yayasan Sekolah Al-Quran ini masih di buka?
Salam.. kelas pengajian Al quran di YSAQKL masih lagi di buka. Sehingga sekarang saya masih lagi bergelar pelajar di sini.
Assalamualaikum...
Sy pernah menjadi pelajar di YSAQ KL ini sekitar tahun 2009-2011bermula dari Iqra 1 hingga naik Al-quran apabila tlh tamat belajar dan sejak 2012 sy dah berpindah ke Kuala Selangor dan memang satu kerugian besar maklumlah nk pergi jauh...rindu sgt2 nak joint lagi sekali, Insya Allah semoga satu hari nnt dpt kembali menyambung dan mengulangkali kelas Al-quran...
Assalamualaikum wbt
Saya bekas pelajar sekitar tahun 2006 - 2008. Kelas di sini masih dibuka. Banyak cabarannya mengikuti kelas Al-Quran ni.
Walaupun FREE, kami sekelas selalu buat collection untuk diserahkan kat Ustaz. Kamipun nak beramal jariah sebab Ustaz-Ustaz di sini dikira Fisabilillah. Mulanya ustaz tolak, tapi kami kata kami juga nak pahala menyumbang kepada fisabilillah.
Kelasnya masih berjalan. Facebook Page Yayasan Al-Quran Kuala Lumpur pun ada.. silalah sokong & Like :)
assalamualaikum
saya berminat nak join kelas ni dr peringkat asas. Perlu buat appointment utk register ke atau pergi terus aja?
Terima kasih.
Mein
assalam....
Saya pernah belajar YSQKL sekitar 2004 hingga 2008...alhamdulillah...ilmu di YSQKL telah menjadikan saya celik Al Quran walaupun tak sampai habis belajar...terlalu banyak cabaran ...sampai satu ketika saya ditimpa kemalangan ketika pergi dgn menunggang motosikal dan terpaksa berehat hampir sebulan...apa pun ..saya sedang berusahaa untuk membuka kelas al quran untuk orang dewasa agar ilmu yg saya dapat boleh di kembangkan kepada mereka yg memerlukan....
dahulu saya buta al-quran, langsung tidak tahu membaca. Allah bukakan hati ini untuk bersama dengan YQKL sejak iqra 1 hingga khatam Quran (2001-2004). Kini saya ajarkan pula pada anak-anak saya dan isteri tentang tajwid dan bacaan Quran. Moga2 Allah Taala membalas jasa para pengajar dan hartawan yang menaja sekolah tersebut.
Assalamualaikum admin. saya ingin bertanya, adakah yayasan ini masih dibuka ? Adakah pengambilan pelajar masih diambil utk September 2014
Assalamualaikum..... kelas ini masih mengambil pelajar dewasa ke? Adakah pengambilan pelajar mengikut bln atau bila-bila masa.....? Sy ingin sangat mengikuti kelas mengaji sbb sy kurang pandai membaca.....sekiranya mengikut kelas itu perlukah sy membawa iqra...
Kelas pengajian ini masih di buka , saya sudah hampir 3 tahun mengaji di sini dan masih meneruskan pengajian
Assalamualaikum...
Bagaimana nak salurkan sumbangan kewangan kepada yayasan ini. Kalau tidak keberatan boleh dapatkan ni akaun yayasan.
Assamualaikum..
Saya baru di beri peluang utk belajar Tajwid di YSAQ ini bersama Ustaz Hadi. Lama juga menanti tempat kekekosongan sbb satu kelas terhad utk 15 org shj.
Alhamdulillah sekarang saya dpt memahami hukum-hukum tajwid yg sebelum ini dari tidak tahu kepada tahu.Ustaz meneliti bacaan saya dan memberi soalan hukum-hukum tajwid pada ayat tersebut serta memberi penerangan agar bacaan saya lebih sempurna.
Saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada pihak pengajur dan Ustaz Hadi yg sabar mengajar kami.
Semuga Allah membalas dengan segala kebaikan yg diberi.
Assalamualaikum,
Apakah prosedur untuk mengikuti kelas ini?
Adakah saya perlu mendaftar terlebih dahulu, atau cuma datang ke yayasan pada hari/waktu tersebut?
Harap ada yang sudi membantu. Terima kasih terlebih dahulu.
Assalamualaikum,
Boleh saya tahu prosedur untuk mengikuti kelas ini ? Terima kasih.
waalaum mussalam saudara/saudari mey wong....
datang saja ke yayasan pd waktu pejabat..
boleh terus daftar & jika ada kekosongan boleh terus mula mengaji..
tq
waalaikum mussalam saudara/saudari mey wong....
datang saja ke yayasan pd waktu pejabat..
boleh terus daftar & jika ada kekosongan boleh terus mula mengaji..
jika kelas dh penuh.. kena tunggu sehingga cukup bilangan bru kelas boleh d mulakan..
tq
Assalamualaikum...saya nak tanya, kelas alQuran ini masih di buka lagi ke? Saya pelajar mula2 yayasan ini di tubuhkan. Skrang nak hantar anak pulak..cuba call no tertera..tapi tak ada org angkat.
Sangat2 bermanafaat. Terima kasih
Salam..
nak buat pendaftaran secara online...
bagaimana ye?
Alhamdulillah saya masih di YSQKL dari Januari 2004 hingga sekarang dah 13 tahun, bertukar ganti ustaz... Semua ustaz2 di sini tidak pernah jemu memberi teguran dalam membetulkan/membaiki bacaan, sebutan, hukum dan sifat huruf. Terima kassih kepada semua ustaz yang pernah mengajar dan masih mengajar. Jazkumullah hu khairan kathiro.
Bilik 8
Hari Isnin & Selasa
Jam 8.00 mlm - 9.00 mlm
Alhamdulillah saya masih di YSQKL bersama 3 orang anak perempuan saya sejak Februari 2017 atas bimbingan Ustaz Hadi. Pada hari pertama kelas dibuka memang ramai sampai melimpah keluar kelas. Moga saya dan anak-anak terus istiqomah.
Sy pernah belajar 2012-2016kelas utz Hasbullah isnin-selasa 9-10mlm.
Alhamdulilah hadiah Allah yg paling Besar ialah terpilih utk mengerjakan Haji pada musim 2018 walaupon belum pernah mendaftar Haji kerana tidak pandai membaca alquran!
Itulah kelebihan belajar alquran-dinaikkan satu darjat.....
Post a Comment