Hadith:
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum khamar di dunia lalu dia meninggal dunia sedangkan dia telah terbiasa dan belum bertaubat maka dia tidak dapat meminumnya di akhirat nanti.”
(Bukhari)
Huraian
Hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadith dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum.
Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak.
Oleh itu umat Islam mestilah berhati-hati dan peka serta bersikap tegas dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan halal haram dalam agama, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan makanan dan minuman kerana ia akan menjadi darah daging dan mempengaruhi pembentukan jiwa seseorang individu muslim itu sendiri.
Berkenaan arak di syurga pula, al-Quran ada menyebutkan tentang sifat-sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti adanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, yang terdiri dari air susu, arak dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.
Di samping itu disediakan pula segala jenis buah-buahan di mana orang-orang yang tinggal kekal di dalamnya akan diberi makanan dan minuman yang sedap dan lazat yang belum pernah dirasa atau dimakan ketika hidup di dunia.
Sumber:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=918
Saturday, January 22, 2011
Ancaman Bagi Pemabuk
Friday, January 21, 2011
Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”
Riwayat Anas
Huraian
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat
Sumber:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=260
Thursday, January 20, 2011
Hukum Berkenaan Arak
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
Sumber:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=397
Tuesday, January 18, 2011
Sunday, January 16, 2011
Kursus Intensif Haji Bersiri Surau Al-Kauthar
Kursus Intensif Haji Bersiri Surau Al-Kauthar
Mulai 23 Januari 2011
Setiap hari Ahad selama 6 minggu
3.00 petang - 6.00 petang
RM60.00 seorang @ RM100.00 suami isteri
Peserta boleh mendaftarkan diri kepada AJK surau yang berkenaan
atau Pejabat Cawangan Darul Mubarak melalui:
Email:
Pejabat: 03-8739-3018 @ 016-5200-102
Hamlud: 014-363-2268 / Fauziah: 017-348-7548
Haji Nazri: 017-6704-279 / En Farid: 013-6727-827
Buku panduan haji dan umrah diberikan percuma & jamuan ringan disediakan
Penceramah:
1. Ustaz Hj Muhammad Ismi bin Hj Mat Taib (Pengarah Urusan Darul Mubarak Travel)
2. Ustaz Nazrey Johani (ex-Raihan) - Ikon Projek
3. Ustaz Hj Muhammad Salim bin Hj Mat Taib (Pengarah Darul Mubarak Travel)
Kelas Pengajian Asas Al-Quran untuk belia dan dewasa di Masjid al-Barokah, Kg. Assam Jawa
Kelas Pengajian Asas Al-Quran untuk belia dan dewasa di Masjid al-Barokah, Kg. Assam Jawa.
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat
Masa : Selepas Solat Isya'
Tempat : Bilik Kuliah Masjid al-Barokah, Assam Jawa
Maklumat Lanjut Hubungi:
Ustaz Mohd. Helmi Abdul Rahman - 013-677-2301
(Setiausaha Masjid al-Barokah, Assam Jawa)
Atau
En. Salim bin Marijo - 017-642-8032
(Ketua Lajnah Pendidikan dan Dakwah)
Kelas Pengajian Al-Quran di UKM Bangi
Bimbingan Pengajian Al-Quran
oleh Ustaz Jazam
Hari Selasa Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi
Hari Rabu Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi
Asas Pengajian Al-Quran
oleh Ustaz Ismail
Hari Selasa Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi & 5.00 petang - 6.00 petang
Hari Rabu Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi & 5.00 petang - 6.00 petang
Bertempat di Bilik Seminar 2, Masjid UKM
Pendaftaran secara percuma boleh dibuat di Pejabat Am, Pusat Islam UKM.
Terbuka kepada warga UKM
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-8921-5404


