Indeks Terjemahan Al-Quran
http://www.mymasjid.net.my/al-quran/
1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan. 2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali. 3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga. 4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga. 5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran - Dalam sembahyang - 100 kebajikan Di luar sembahyang berwudhu' - 50 kebajikan Tanpa wudhu' - 10 kebajikan 6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas. 7. Keselamatan daripada api neraka. 8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat. 9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela. 10. Pembaca akan memperolehi keamanan. 11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat. 12. Pembaca dimasukan ke dalam golongan Siddiqin' Syuhada' dan Solihin. 13. Membaca Al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka. 14. Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga. 15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit. 16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu. 17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat. 18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang. 19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran. 20. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 raka'at. 21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup. 22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar. 23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan. Masa-masa yang diutamakan membaca Al-Quran 1. Di waktu tengah malam sehingga fajar, adalah paling utama. 2. Di antara Maghrib dan Isya'. 3. Sesudah sembahyang Subuh. Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah A. Tiap-tiap pagi dan petang 1. Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga; 2. Al-Falaq - dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala perkara yang tidak diingini; 3. An-Naas - sama seperti A-Falaq; 4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255) - pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat; 5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) - untuk keselamatan; 6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) - apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga. B. Tiap-tiap malam 1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) - Hati Al-Quran, pembacanya akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya. 2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) - pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga. 3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75) 4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) - pahala membaca seumpama separuh Al-Quran. 5. Al-Ikhlas 6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) - dibaca pada malam hari akan diberi pahala beribadat separuh malam. 7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) - diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana. C. Sebelum tidur 1. Al-Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain; 2. Bismillah - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat; 3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) - diberi syufaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur; 4. As Sajdah (juz 21 surah 32) - diberi naungan di hari Kiamat; 60 darjat daripada surah lain; 5. Al Kaafirun - menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari azab neraka. D. Bacaan pada setiap malam dan siang 1. Yassin; 2. Al Mulk; 3. Al Waaqiah - (Juz 27 surah 56) - dijauhi kepapaan; 4. Ad Dukhan E. Tingkatan pembaca Al-Quran 1. Jutawan - membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam; 2. Jayawan - membaca 200 hingga 299 ayat; 3. Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat; 4. Pemelihara - membaca 50 hingga 99 ayat; 5. Yang ingat - membaca 10 hingga 49 ayat; 6. Yang lalai - membaca 0 hingga 9 ayat. E. Keutamaan surah-surah lain 1. Ali-Imran - jika dibaca bersama Al Baqarah akan mendapat pembelaan di hari kiamat dan dikira sebaik-baik perbendaharaan; jika dibaca pada hari Jumaat akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya; 2. Al-Hasyr - jika dibaca sebelum tidur dan mati pada malam itu, mendapat pahala mati syahid. 3. A'la (juz 30 surah 100) - menyamai separuh Al-Quran; 4. An Nasr (juz 30 surah 110) - menyamai seperempat Al-Quran; (Dipetik dari buku "Amalan harian sepanjang zaman" oleh Al Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus) http://www.perkim.net.my/dakwah_details.cfm?id=89ECD973-1B0E-4A9F-A589E181755FD546
Kelas Al-Quran Pra Asas, Asas & Lanjutan
Hari Pilihan :
Isnin & Rabu
Selasa & Khamis
Waktu Pilihan
Petang [ 5.00 - 7.00 Ptg ]
Malam [ 8.00 - 10.00 Mlm ]
Unit Pengajian Dewasa, Masjid Negara mengadakan beberapa kelas pengajian Islam khusus untuk golongan dewasa bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Antara kelas pengajian yang diadakan ialah :
KELAS TAFAQQUH FIDDIN - Klik Untuk Phamplet
KELAS BAHASA ARAB - Klik Untuk Phamplet
KELAS AL-QURAN - Klik Untuk Phamplet
BORANG PENDAFTARAN
Sila bawa borang Pendaftaran ini bersama ke Pejabat untuk pendaftaran sebenar dan sertakan bersama salinan kad pengenalan.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
Unit Pengajian Dewasa, Masjid Negara,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
50480 Jalan Perdana,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-26937784 Samb: 238, 237, 235 Faks: 603-2913696
E-Mail : ehsan@masjidnegara.gov.my
UNIT PENGAJIAN DEWASA
http://www.masjidnegara.gov.my/pdewasa.php
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negara
http://en.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negara
• "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)
• "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
• "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)
• "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)
• Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura
Sebelum menghafal
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
Teknik Menghafal
A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.
(Artikel ini dipetik daripada Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura)
http://www.al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=2098/finish=15/start=0.html
1. Ikhlaskan niat.
2. Bersabar.
3. Mulakan bacaan dengan Bismillah.
4. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
5. Bersih dari hadas kecil dan besar.
6. Sebaiknya menghadap kiblat.
7. Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
8. Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
9. Memberikan tumpuan sepenuhnya.
10. Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
12. Menghormati Al-Qur'an.
13. Menghormati guru.
14. Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.
Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura
Pintu masuk ke yayasan sekolah al Quran
Saya mula belajar mengaji di Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur pada bulan August 2001.
Pada masa itu mak saya baru pulang dari mengerjakan umrah dan beliau ingin mendalami dan belajar mengaji dari peringkat asas lagi.
Mungkin rezeki saya kerana terbuka hati untuk turut sama belajar dengan beliau.
Bermula dari itulah saya telah belajar bersama-sama 15 orang lagi rakan- rakan di kelas 101 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (sejam) sehinggalah ke hari ini.Alhamdulillah
Sila daftar nama di kelas mana yang sesuai murid-murid
Kami telah di bimbing oleh ustaz Shah yang berasal dari Kuala selangor yang telah sabar mengajar kami yang sudah berpangkat kakak-kakak dan mokcik-mokcik.
Bukan tidak ada cabaran untuk terus belajar di sini.Maklumlah benda yang baik memang sukar untuk kita lakukan walaupun pelajaran ini di beri PERCUMA dan di BUKA kepada sesiapa sahaj yang berumur 13 tahun ke atas. Syukur Alhamdulillah saya masih di buka hati untuk meneruskan pelajaran sehingga ke hari ini. Diam tak diam dekat 5 tahun lah juga.
Sedang mengadakan perbincangan berkumpulan
Kelas kami insyaAllah bakal menduduki peperiksaan pada 7 hb May 06 ini. Ya, di sini selain di ajar asas dari Iqra1 hingga Iqra 6 , ilmu tajwid hingga ke AlQuran sehingga katam. Kami juga di beri ujian dan peperiksaan lisan, bacaan dan bertulis. Sekiranya lulus akan di beri sijil.
Setelah ini kami berhasrat untuk teruskan lagi pengajian sehingga ke akhir hayat dan selagi kami dibenarkan terus mengaji di situ.InsyaAllah.
Sekolah AL Quran ini di asaskan oleh seorang hartawan yang dermawann yang tidak mahu dirinya di kenali. Cukuplah di nyatakan hasrat murni beliau ingin melihat umat Islam celik Al Quran iaitu tahu mengaji Quran bertajwid.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa beliau yang hanya satu permintaan beliau iaitu sedekahkan al fatihah setiap kali mulai kelas.
Walaupun ia cuma yayasan persendirian, tetapi sekolah ini terdiri dari tenaga pengajar yang berkelayakan dan bertauliah membimbing sesiapa sahaja yang sudi belajar di sini.
Pelajar kelas 101 bersama ustaz Shah yang kami sayangi dan hormati
Antara nasihat awal ustaz kami yang kami pegang sehingga kini ialah :
1. Amalan beristiqomah iaitu berterusan walaupun sedikit demi sedikit iaitu hanya 2 jam seminggu tetapi setiap minggu dari belajar sekali banyak tetapi lepas itu di tinggalkan.
2. Ustaz lebih suka mengajar orang yang tidak pandai tetapi rajin datang belajar dan tidak tinggalkan kelas daripada orang yang pandai tetapi selalu tinggalkan kelas tanpa sebab.
Ustaz kami memang garang dan mengajar kami bersungguh-sungguh tetapi beliau sangat pandai mengambil hati terutamanya yang belajar di sini kebanyakannya sudah lewat usia yang semestinya agak sensitif kan!
Oh ye, Kami di ajar hukum tajwid mengikut kaedah Resam Uthmani. Permulaan kelas di mulakan dari Iqra 1 hingga Iqra 6 barulah melangkah ke Al Quran di samping mengenali hukum -hukum tajwid agar dapat membaca Al Quran dengan bertajwid.
Barulah saya tahu apa itu Nun Sakinah dan Tanwin, Mim Sakinah, Izhar Shafawi dan apa itu Madd dan pembahagiannya.
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tapi ingin berkongsi sama peluang keemasan ini. Marilah kita sama -sama belajar mengaji Al Quran. Pihak pengurusan yayasan ini tidak jemu-jemu menjemput sesiapa sahaja yang sudi mengambil peluang ini.
Apa kata kita rebut peluang keemasan ini. Sekiranya ada tempat lain yang lebih mudah iaitu di surau tempat tinggal anda maka pilihlah tempat itu tetapi sekiranya anda sedang mencari tempat mengaji yang kebetulan membolehkan anda datang ke sini maka Datanglah ke sini
Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286
Fax no : 03- 2698 1715
(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)
- Ditubuhkan dari tahun 1998
- Tidak dikenakan sebarang Yuran
- Dikendalikan oleh guru-guru AlHafiz dan Graduan IPT dalam /luar negara serta pemegang tauliah JAWI
- Terbuka pada semua yang berumur 13 tahun ke atas
- Bermula pukul 8.00 a.m hingga 10.00 p.m
- 2 jam seminggu
- Bermula dengan Iqra 1 hingga Iqra 6
- Peserta yang lulus pengajian akan di beri Sijil Khatam Al Quran
- Pengambilan sepanjang tahun ikut kekosongan.
- Bilik yang selesa dan berhawa dingin
So, apa lagi kawan -kawan, marilah kita belajar mengaji. Amin.
Pamphlet yang diedarkan oleh sekolah ini
http://aididds.blogspot.com/2006/04/mari-belajar-mengaji.html
http://waiem.blogspot.com/2006/09/sekolah-al-quran.html
http://blog.360.yahoo.com/blog-ny05DEw4dqkYmxuASjLwUg--?cq=1&p=9
Peta ke YSAQKL
http://wikimapia.org/12371130/Yayasan-Sekolah-Al-Quran-Kuala-Lumpur
Coordinates: 3°9'28"N 101°41'59"E
UNIT PENGAJIAN DEWASA
Memberi pendedahan dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dari aspek Akidah, Ibadah, Akhlak dan Syariah.
Aktiviti-aktiviti unit:-
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustazah Ezdiani bt. Mohd Tahir di talian 03- 88885678 dan email ezdiani@masjidputra.gov.my atau di alamat
UNIT PENDIDIKAN REMAJA DAN KANAK-KANAK
Menyusun, mengendalikan, menyelaras kursus-kursus dan kelas-kelas pendidikan remaja dan kanak-kanak disamping mengkaji modul kursus-kursus yang sesuai bagi pendidikan remaja dan kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti unit:-
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustazah Nor Abidah bt. Esa di talian 03- 88885678 dan email norabidah@masjidputra.gov.my atau di alamat
Unit Pendidikan Remaja dan Kanak-kanakMasjid PutraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)UNIT KHIDMAT SOSIAL
Bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus hal ehwal kebajikan dan khidmat sosial masyarakat serta bertanggungjawab dalam mengurus khidmat nasihat kekeluargaan, pusat khidmat sosial dan khidmat pengurusan jenazah termasuk mengendalikan kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti sosial.
Aktiviti-aktiviti unit:-
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustazah Mazlina bt. Mohd Anzah di talian 03- 88885678 dan email mazlina@masjidputra.gov.my atau di alamat
Unit Khidmat SosialMasjid PutraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)UNIT IBADAH DAN DAKWAH Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti-aktiviti pengimarahan Masjid Putra dari segi hal ehwal ibadah dan dakwah disamping mengendalikan kelas-kelas pengajian, kursus-kursus dan program-program yang berkaitan. Aktiviti-aktiviti unit:-
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ustaz Rosmadi b. Saad di talian 03- 88885678 dan email rosmadi@masjidputra.gov.my atau di alamat Unit Ibadah dan DakwahMasjid PutraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaWilayah Persekutuan |
KELAS KAFA