Monday, April 13, 2009

PELAKSANAAN MODUL KHATAM AL-QURAN

PELAKSANAAN MODUL KHATAM AL-QURAN

SASARAN

TAHUN SATU
• ENAM BULAN PERTAMA
•IQRA’ 1-6
• ENAM BULAN KEDUA
• IQRA’ & AL-QURAN

STRATEGI

1.MENGENALPASTI KANDUNGAN PELAJARAN
2.MENYEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
3. MELAKSANAKAN KAEDAH PENGAJARAN IQRA’ YANG MENEKANKAN KEPADA BUNYI DAN BACAAN ( BUKAN MENGEJA DAN MEMBACA)
4. MENCATAT PENCAPAIAN MURID DALAM REKOD BACAAN


PANDUAN GURU
IQRA’ 1
• BAHAGIKAN KEPADA KUMPULAN
• GURU MENYEBUT CONTOH BACAAN PADA BARIS PERTAMA YANG BERCETAK TEBAL
• MURID MEMBACA SECARA INDIVIDU • GURU MENEKANKAN BACAAN PENDEK PADA BUNYI HURUF –HURUF FATHAH
• GURU MENYEMAK DAN MENCATAT KEBOLEHAN MURID
• MURID YANG SUDAH MENGUASAI DIPINDAHKAN KE BUKU 2

IQRA’ 2
• PENEKANAN SEBUTAN BACAAN PENDEK PADA MS 1-13
• MENERANGKAN PERUBAHAN HURUF YANG DISAMBUNG JIKA PERLU
• PENEKANAN BACAAN PANJANG PENDEK PADA MS 14 DAN SETERUSNYA
• GURU MENEGUR KESALAHAN BACAAN

IQRA’3
• PENEKANAN PADA KEPELBAGAIAN BARIS (ATAS,BAWAH DAN HADAPAN)
• GURU MENERANGKAN SEBUTAN HURUF MENGIKUT BARIS
• GABUNGJALIN BUNYI SEBUTAN DENGAN SEBUTAN BAHASA LAIN (MELAYU/ARAB)
CONTOH: MA MA KU MA MA KU
PA PA KU PA PA KU
RA TU KU RA TU KU
HA TI KU HA TI MU

• MURID MEMBACA SECARA KELAS/KUMPULAN/INDIVIDU
• GURU MENYEMAK DAN MENCATAT PENCAPAIAN MURID


PELAKSANAAN P&P KHATAM AL-QURAN

PENDAHULUAN:
1. Proses P & P al-Quran adalah proses berterusan (hingga khatamAl-Quran)
2. Oleh itu aspek bilangan gurudengan nisbah murid mestilahsesuai dan perlu diberi perhatian.
3. Kaedah talaqqi mushafahah perlu diaplikasikan dengan sebaik-baiknya.


ADAB MEMBACA AL-QURAN

A. Sebelum Membaca al-Quran
1. Bersih pakaian, badan dan tempat dari segala najis.
2. Bersih dari hadas kecil ( berwudhuk)
-cadangan: setiap murid hendaklah berwudhuk gunakan air dalam botol yang dibawa
3. Berpakaian sopan dan menutup aurat.
4. Membaca al-Quran kerana mencari keredhaanAllah.
5. Berdoa sebelum memulakan P & P.
6. Ikhlas mempelajari al-Quran.
7. Memulakan bacaan dengan ta’awuz dan basmalah.
8. Duduk dalam keadaan sopan.
9. Membaca dengan suara sederhana, fasih dan betul.
10.Membaca al-Quran dengan Lahjah Arab dan bertajwid.
11.Menghormati bacaan al-Quran.
12.Menggunakan penunjuk yang sesuai.

B. Selepas Membaca al-Quran
1. Berdoa sesudah selesai belajar al-Quran.
2. Mencium mushaf al-Quran
3. .Membawa, menyimpan dan meletakkan al-Quran di tempat tinggi.
4. Bersalaman dengam guru

PELAKSANAAN KELAS TASMIK
1. Dilaksanakan diluar jadual
1.Waktu kokurikulum-Rabu/Sabtu
Pagi-7-7.30 pagi (Sesi pagi)
Tengahari-12-1 ptg (Sesi petang)
Petang-4.30-5.30 petang (pulang sekolah agama)
2. Semua murid terlibat.
3. Merujuk kepada kaedah Khatam al-Quran.
4. Murid cemerlang tidak terikat dengan agihanjuzuk yang dicadangkan dalam sukatan.
5. Guru merekodkan pencapaian bacaanmurid.

KAEDAH PELAKSANAAN KHATAM AL-QURAN

1. MURID DIBAHAGIKAN MENGIKUT KUMPULAN
1) CEMERLANG -Lancar membaca Al-Quran
2) SEDERHANA -Menguasai Iqra’ 4 ke atas.
3) POSITIF PENGUASAAN AL-QURAN –
Masih berada (belum menguasai) buku Iqra’ 3
dan kebawah.

2. GURU MENYEDIAKAN BBM YANG SESUAI
DENGAN POTENSI MURID
-penekanan kepada warna bacaan

3. GURU MENGGUNAKAN KAEDAH BERIKUT:
1. Talaqqi Musyafahah
2. Tikrar ( latih tubi)
3. Halaqah / Tadarus
4. Rakan Pembimbing ( murid turus)

Cadangan aktiviti menyebut secara kaedah pengulangan (tikrar-latih tubi):

• Guru menulis dan menyebut contoh sebutan huruf/kalimah
• Murid mengikut bacaan guru secara kelas/kumpulan/individu
• Membaca secara latih tubi-kelas/kumpulan/individu
• Penilaian secara berpasangan/individu
• Penilaian guru-membetulkan kesalahan

PELAKSANAAN MODUL KHATAM AL-QURAN

4 modul Khatam al-Quran dibina untuk:
1. Membantu guru merancang P & P khatam al-Quran.
2. Memberi pilihan kepada guru mempelbagaikan kaedah P & P khatam al-Quran.
3. Memberi panduan kepada guru melaksanakan P & P Tasmik

MODUL 1

1. Set Induksi -3 minit
-Guru menayangkan CD mengandungi huruf -huruf hijaiyah.
-Guru meminta murid menyebut huruf-huruf dalam tayangan
-Guru mengaitkan bahan dalam tayangan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.

2. Perkembangan

2.1 Langkah 1 – 10 minit
-Membaca mengikut bacaan guru ayat-ayat al-Quran yang ditentukan secara berkumpulan sambil memerhati pergerakan bibir guru.

2.2
Langkah 2 -10 minit
• Murid membaca mengikut tahap pencapaian masing-masing. (Iqra’ 3 dan kebawah)
• Talaqqi mushafahah dihadapan guru secara individu.
•Murid-murid lain mengulang bacaan terdahulu secaraindividu.
• Setelah talaqqi mushafahah murid dikehendakimengulang bacaan secara individu.

2.3
Langkah 3 – 34 minit
-Murid yang selesai mengulang bacaan dikehendaki tasmik dihadapan guru.
-Murid yang selesai tasmik hendaklah mengikuti aktiviti pengukuhan, pengayaan atau peneguhan.
-Guru merekodkan pencapaian murid.

3. Penutup -3 Minit
-Guru memupuk minat membaca Al-Quran dengan memperdengarkan nasyid Iqra’
.-Guru dan murid membaca doa penutup bersama-sama.

MODUL 2

1. Set Induksi -3 minit

-Guru menayangkan CD bacaan al-Quran
-Guru bersoal jawab dengan murid dan mengaitkan dengan tajuk yang akan dipelajari.

2. Perkembangan

2.1 Langkah 1 – 6 minit
-Guru membaca surah al-Baqarah: 127 -134 sebagai bacaan contoh.
-Murid mengikut bacaan guru secara kumpulan.

2.2 Langkah 2 -10 minit
-Murid turus membaca surah AlBaqarah 127-134 dihadapan guru.
-Guru membetulkan hukum tajwid (hukum Nun Sakinah)
-Murid turus membaca secara individu dihadapan guru.
-Membaca secara talaqqi mushafahah.
-Murid lain mengulang bacaan yang telah dipelajari.

2.3 Langkah 3 -38 minit
-Guru membaca potongan-potongan ayat diikuti oleh murid-murid.
-Guru membetulkan sebutan dan bacaan murid.
-Murid Turus membantu murid pelbagai pencapaian secara talaqqi mushafahah.
-Guru menilai bacaan murid secara individu mengikut kaedah talaqqi mushafahah.
-Guru merekodkan bacaan murid.

2.4 Penutup – 3 minit
-Guru menerangkan kelebihan membaca al-Quran
-Guru dan murid membaca doa penutup.

MODUL 3

1. SET INDUKSI -3 minit
-Guru mempamerkan gambar kaabah.
-Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar tersebut.
-Mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran berdasarkan surah Al-Baqarah :
127-134

2. PERKEMBANGAN
2.1 Langkah 1 – 6 minit
-Guru membaca Surah Al-Baqarah: 127-134 sebagai bacaan contoh
-Murid mengikut bacaan guru secara kelas

2.2 Langkah 2 -16 minit
-Murid turus membaca Surah Al-Baqarah:127-134 dihadapan guru secara bergilir-gilir mengikut kaedah talaqqi musyafahah.
( Dalam masa sama murid turus yang lain membantu rakan dalam kumpulan mengikut
kaedah yang sama)
-Guru menerapkan hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca kepada semua murid ( nun sakinah)

2.3 Langkah 3 -32 minit
-Murid dalam kumpulan membaca di hadapan guru secara individu.( P & P berlaku dalam bentuk pusingan bacaan)
*Kumpulan dibahagikan mengikut bilangan murid turus.

-Murid turus membantu rakan yang lain dalam kumpulan
.* Murid yang dibantu oleh murid turus akan tasmik kepada guru untuk dinilai bacaannya
secara talaqqi musyafahah.
-Guru menilai dan merekod pencapaian bacaan murid.

3. Penutup – 3 minit
-Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari CD untuk memupuk minat murid.
-Membaca doa penutup.

MODUL 4

1. Set Induksi -2 minit
-Guru menayangkan slaid gambar qari sedang mengaji
-Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar yang ditayangkan dan mengaitkan dengan tajuk yang akan dipelajari.

2. Perkembangan –
2.1 Langkah 1 – 10 minit
-Guru memperdengarkan bacaan melalui CD surah Al-Baqarah : 127 – 134
-Guru menerapkan tentang hukum mad (kadar bacaan) yang terdapat pada ayat tersebut
-Guru menunjukkan contoh simbul warna

2.2 Langkah 2 -25 minit
-Guru membahagikan murid secara berpasangan antara murid turus dengan murid biasa
-Tasmik berpasangan secara bergilir-gilir berdasarkan ayat yang telah dibaca
-Guru membimbing aktiviti tasmik murid
-Talaqqi musyafahah mengikut giliran
(guru menilai dan merekod pencapaian)
-Rakan pasangannya mengulang bacaan ayat-ayat.

2.3 Langkah 3 – 20 minit
-Murid yang belum tasmik meneruskannya dengan guru untuk dinilai bacaannya secara talaqqi musyafahah.
-Guru menilai dan merekod pencapaian murid.

3. Penutup -3 minit
-Guru memberi perangsang agar murid mempelajari Al-Quran
-Membaca Al-Quran adalah amalan mulia
-Guru dan murid membaca doa penutup

http://www.scribd.com/doc/11596879/TALAQQI-MUSYAFAHAH

0 comments:

Related Posts with Thumbnails