Monday, May 7, 2012

Waktu Operasi Tabung Haji

Salam, saya mengalami sedikit kesukaran ketika mencari waktu sebenar operasi kaunter Tabung Haji. Berikut ialah hasil carian di Google yang menggunakan kata kunci:

"Waktu Operasi Tabung Haji"


"Kaunter Tabung Haji"

Jika anda perhatikan, dalam carian yang pertama iaitu "Waktu Operasi Tabung Haji", langsung tiada maklumat daripada laman rasmi Tabung Haji. Saya juga mengalami masalah untuk mencari waktu kaunter di laman rasmi Tabung Haji iaitu www.tabunghaji.gov.my. 

Namun begitu, dalam carian kedua iaitu "Kaunter Tabung Haji",  maklumat sebenar mengenai waktu operasi kaunter Tabung Haji berjaya diperolehi iaitu di http://haji.tabunghaji.gov.my/th/TH/TabunganMaklumatAm.htm

Saya percaya ramai yang mempunyai masalah yang sama. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk meletakkan post ini untuk memudahkan orang ramai mendapatkan waktu operasi kaunter Tabung Haji yang sebenar.

WAKTU PERKHIDMATAN DI KAUNTER-KAUNTER TABUNG HAJI


HARIWAKTU URUSNIAGA BARU
1. Waktu urusniaga Kaunter Lantai 2, Cawangan Tun Razak, Kuala Lumpur
Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat08:30 pagi hingga 12:15 tengahari
02:30 petang hingga 04:15 petang
2. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor
Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat08:30 pagi hingga 12:15 tengah hari
02:30 petang hingga 04:15 petang
3. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Ahad hingga Rabu08:30 pagi hingga 04:15 petang
Khamis08:00 pagi hingga 03:00 petang
08:00 pagi hingga 04:30 petang (Terengganu sahaja)
4. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat08:30 pagi hingga 11:30 pagi
02:00 petang hingga 04:30 petang
5. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri Sarawak
Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat08:30 pagi hingga 11:45 pagi
02:15 petang hingga 04:30 petang


Rujukan:
http://haji.tabunghaji.gov.my/th/TH/TabunganMaklumatAm.htm

Sunday, January 15, 2012

Rekod bacaan Al-Quran

Bagaimana anda mencatat bacaan Al-Quran setiap hari? Terdapat beberapa cara untuk melakukannya bergantung kepada kesesuaian anda. Berikut ialah beberapa cara yang digunakan.

1. Menanda bacaan di dalam Al-Quran dengan menggunakan penanda. Masalah yang mungkin timbul ialah sekiranya penanda tersebut diletakkan di dalam Al-Quran di rumah, mungkin anda mengalami masalah untuk mengingati dimana bacaan terakhir sekiranya anda ingin membaca Al-Quran di pejabat atau di mana-mana tempat yang lain.

2. Menanda bacaan dengan menggunakan buku penanda khas.

3. Dan pelbagai lagi kaedah-kaedah yang lain.

Satu alternatif yang boleh digunakan ialah dengan merekod bacaan anda secara di atas talian (online). Anda boleh menggunakan contoh spreadsheet berikut untuk menanda bacaan Al-Quran anda. Dengan ini, anda boleh menyemak di mana bacaan terakhir anda samada di rumah mahupun pejabat dengan syarat anda mempunyai internet.
Sekiranya anda tidak mempunyai internet, spreadsheet ini boleh disimpan didalam telefon bimbit atau PDA anda.

Contoh Rekod Bacaan Al-Quran 1, untuk 30 Juzuk Al-Quran

Sekiranya anda ingin khatam Al-Quran didalam masa sebulan, anda boleh menggunakan contoh spreadsheet berikut:

Contoh Rekod Bacaan Al-Quran 1, baca 4.5 muka surat setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari.

Tips untuk khatam Al-Quran dalam masa sebulan

Kelas Al-Quran di Masjid Asy-Syakirin KLCC

Kelas Al-Quran Dewasa
Setiap Khamis petang
5.30 petang - 7.00 malam
Ustaz Mohd Sanusi Idris

Kelas Tarannum Asas
Minggu Kedua (Sabtu Pagi)
10 pagi - 12 tengahari
Ustaz Wan Fakrul Razi (Qari Peringkat Kebangsaan)

Kelas Tarannum Profesional
Minggu Keempat (Jumaat malam Sabtu)
10 malam - 12 malam
Ustaz Rahim (Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa)



Sumber:

Kelas Taranum Al-Quran di Masjid Asy-Syakirin KLCC

Kelas Taranum Peringkat Asas dijalankan pada minggu pertama dan minggu kedua pada setiap bulan  yang akan diajar oleh Ustaz Fakhurrazi ,manakala kelas taranum peringkat profesional diadakan pada minggu keempat pada setiap bulan yang akan diajar oleh Ustaz Haji Abdul Rahim Bin Ahmad ( Qari Peringkat Antarabangsa) kepada muslim dan muslimat yang berminat untuk hadir memasuki kelas taranum tersebut bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Abd Nasir Bin Abdullah ditalian 012-3205038 / 012-6458083

Sumber:

Saturday, January 14, 2012

Taklimat Kelas Pengajian Al-Quran tahun 2012 di Masjid Putra, Putrajaya

Satu taklimat mengenai Kelas Pengajian Al-Quran akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada hari Ahad, 15 Januari 2012. Orang ramai dijemput hadir. 

Tempat: Auditorium Masjid Putra, Putrajaya
Hari: Ahad
Tarikh: 15 Januari 2012
Masa: 10 pagi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Masjid Putra di alamat dan nombor berikut:

Unit Pengajian Dewasa
Masjid Putra
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Wilayah Persekutuan
 
Anda boleh menghubungi kami di :
+6 03 8888 5678





Sumber:
http://www.masjidputra.gov.my/index.php/masjid-putra/unit-masjid-putra/72-unit-pengajian-dewasa

Related Posts with Thumbnails