Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

Kelas Talaqqi Al-Quran di Madrasah Rajaiyah, Kampung Baru

Setiap Sabtu Minggu Kedua & Keempat
11.00 pagi - 12.00 tengahari

Ustaz Mustafa Awaludin
Imam Masjid Batu Cave

Madrasah Rajaiyah
71-1, Jalan Raja Uda,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-2691 8697

Peta ke Madrasah Rajaiyah

View Madrasah Rajaiyah in a larger map

http://wikimapia.org/10525504/Madrasah-Rajaiyah

Koordinat:
3°9'54"N 101°42'37"E

Semua jemaah dijemput hadir





MAKSUD TALAQQI

Perkataan Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama Rasulullah s.a.w. Melalui kelas ini murid akan diperbetulkan bacaannya satu persatu dari ayat mula al-Quran hingga ke ayat akhirnya. Murid mestilah seorang yang telah lancar membaca al-Quran dan telah tamat pengajian Ilmu Tajwid sebelum boleh menyertainya.

Rujukan:
http://www.rehal.org/talaqqi.htm

Tuesday, May 26, 2009

Kelas Mengaji Muqaddam/Al Quran Untuk Lelaki Dan Wanita di Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Belajar daripada asas mengenal huruf sehingga membaca Al-Quran

*Tanpa Bayaran

Anjuran
DAR NURIL QURAN
PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN, IQRA', TAJWID DLL

Setiap sabtu
Bermula pada:-
8 September 2007
2.00-3.00 petang (Wanita)
3.15-4.15 petang (Lelaki)

Bertempat di:
No. 43-1, Jalan 2/27F
Pusat Bandar Wangsa Maju
Wangsa Maju
53330 Kuala Lumpur

Keistimewaan pengajian:

Belajar bermula daripada asas iaitu mengenal huruf, sebutannya sehingga membaca Al-Quran, disamping mempelajari hukum tajwid.
Membimbing dan membantu pelajar dengan member latihan secara teori dan amali.
Menyediakan 'Lakaran minda tajwid' bagi memudahkan pelajar mempelajari dan mengenal hukum-hukum tajwid

Kelas amal/kebajikan ini diadakan adalah untuk membuka minda dan memperkenalkan kaedah atau cara belajar yang mudah untuk mempelajari
dan mendalami bacaan Al-Quran.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Ustaz Azhar/Ustazah Azreza
Tel: 03-42572302 @ 017-2987464

http://kamsinah.multiply.com/reviews/item/225

Kelas Hafazan dan Mengaji Al-Quran di UTM



Kelas Asas Al-Quran Dewasa & Lanjutan

Setiap Rabu
Sesi 1: 5.00 petang - 6.30 petang
Sesi 2: 8.00 malam - 9.30 malam

Kelas Hafazan Al-Quran & Taranum

Setiap Sabtu
9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat: Masjid UTM International Campus Kuala Lumpur
Bayaran: RM 30 sebulan

Sesiapa yang berminat, sila hubungi
03-2615 4969 (Pejabat)
013-2625 712 (Pegawai Agama)

019-9484 031 (Ustaz Bokhari)
014-221 0255 (Ustaz Kamili)

http://news.kl.utm.my/buletin/index.php?option=com_content&view=article&id=168:kelas-hafazan-mengaji-al-quran&catid=51:pengumuman&Itemid=145

Sunday, March 15, 2009

Kelas percuma Al-Hunafa perbaiki bacaan kitab suci Al-Quran


TEUKU Syeh Zubaili mengajar kelas al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa di Taman Tun Dr Ismail.

Program setiap Sabtu galak generasi muda kuasai pengetahuan bahasa Arab, tajwid

"ADAM, ulang baca ya. Asiah, baca lagi mukaddam itu sayang." Siapa yang akan menolak atau menentang ajakan itu jika dituturkan dengan lembut. Hati tenang dan mudah akur pada suruhan itu.

Begitulah suasana dalam kelas al-Quran yang dikendalikan Teuku Syeh Zubaili Teuku Raja, 31, anjuran pertubuhan bukan kerajaan Persatuan Al-Hunafa setiap Sabtu di pejabat pertubuhan itu di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sambil mengajar, Teuku Syeh Zubaili sempat mengingatkan pelajar lain mengulang ayat suci al-Quran supaya mereka mahir dan dapat menguasai ilmu yang diajar.

Ditanya pendekatan mendidik pelajar supaya suka mencintai al-Quran, anak kelahiran Aceh itu mengakui, ia menuntut kesabaran yang tinggi dan jauh daripada rasa cepat putus asa.

"Saya tidak mahu pelajar tertekan setiap kali ingin belajar membaca atau memperbaiki bacaan al-Quran. Saya mahu mereka gembira dan suka membaca al-Quran. Paling penting, mereka suka hendak ke kelas," katanya.

Graduan Sekolah Tinggi Agama Islam Sumatera (STAIS) yang pernah mengikuti kelas tafsir qiraat di Mesir selama tiga tahun itu berkata, matlamatnya untuk berdakwah dan meninggikan martabat al-Quran.

Menjadi hasratnya melihat kanak-kanak, remaja dan dewasa mencintai al-Quran, sentiasa membacanya serta memahami kandungan wahyu Allah itu supaya hidup mereka tidak lepas daripada bimbingan al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW.

Justeru, katanya, jika boleh lebih ramai yang datang untuk mengikuti kelas al-Quran diadakan percuma itu.

Kelas al-Quran anjuran Persatuan Al-Hunafa dimulakan selepas Ramadan 2007 dan persatuan turut menganjurkan kelas tafsir, hadis, akidah, bahasa Arab dan tajwid yang terbuka kepada umum tanpa bayaran.

Selain itu, program ceramah oleh tokoh terkemuka turut diadakan dari semasa ke semasa yang membicarakan isu serta perkembangan berkaitan umat Islam.

Tidak dinafikan, cabaran bagi Al-Hunafa ialah mendapatkan penyertaan serta komitmen daripada generasi muda daripada usia 13 hingga 25 tahun untuk terbabit dalam kegiatan mereka. Langkah proaktif diambil ialah Al-Hunafa menubuhkan Kelab Remaja Al-Hunafa.

Pembabitan Teuku Syeh Zubaili bermula apabila bekas Naib Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa di Mesir 2001 itu dijemput menjadi imam oleh pengurusan persatuan dan kemudian beliau diminta mengendalikan kelas mengajar al-Quran untuk golongan dewasa.

"Pada awalnya ada lapan pelajar dewasa tetapi ini tidak mematahkan semangat kerana walaupun yang datang seorang, saya tetap mengajar. Inilah jihad dan syukur kepada Allah jumlah itu semakin bertambah dan kini ada 20 pelajar dewasa.

"Apabila ada permintaan untuk mengajar kanak-kanak, saya tidak menolak. Publisiti untuk kelas ini dari mulut ke mulut dan berharap lebih ramai menyertai kelas al-Quran ini," katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan ada golongan dewasa yang malu untuk belajar kerana sudah lama meninggalkan kelas membaca al-Quran dan mereka memerlukan sokongan moral supaya tidak terus jauh daripada al-Quran.

Hakikatnya, mereka ingin dan suka untuk membaca al-Quran tetapi disebabkan bacaan tidak betul serta sukar membunyikan huruf, menimbulkan rasa malu yang akhirnya melunturkan semangat untuk belajar.

"Saya nasihatkan ini adalah bab jihad. Memang sukar membaiki mahraj huruf tetapi jika tidak diperbetulkan, sampai bila nanti tidak akan betul. Kita perlu banyakkan berlatih untuk memperbaiki mutu bacaan," katanya.

Peta ke Persatuan Al-Hunafa, TTDI


View Larger Map

Persatuan Al-Hunafa‎ Malaysia
61A Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Phone/Fax: 03-7727 4935
Email: alhunafa@gmail.com

Sumber: Hasliza Hassan, Ruangan Agama BH

Rungan agama BH

Wednesday, February 25, 2009

Sijil Pengajian Al-Quran (SPAQ) di Universiti Malaya (UM)

LATAR BELAKANG

Kursus jangka pendek Sijil Pengajian al-Qur’an (SPAQ) anjuran Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Korporat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mula diperkenalkan pada September 2001. Kursus ini menggabungkan tiga elemen penting yang mendasari pengajian al-Qur’an iaitu kemahiran tajwid dan tilawah al-Qur’an serta tarannum (lagu-lagu al-Qur’an), bahasa al-Qur’an dan ilmu-ilmu al-Qur’an. Setelah beroperasi hingga kini, kursus ini telah berjaya menarik minat masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu al-Qur’an yang bersifat semasa di samping menguasai kemahiran tilawah al-Qur’an serta bahasa Arab sebagai bahasa pengantar al-Qur’an.

OBJEKTIF

Kursus ini diperkenalkan kepada masyarakat awam bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci al-Qur'an kepada mereka . Antara objektif utama kursus ini :
· Membimbing masyarakat awam membaca al‑Qur'an dengan betul (tartil)
· Mendedahkan mereka kepada kefahaman sebenar tentang isi-isi kandungan al-Qur'an khususnya hukum-hakam yang terkandung di dalamnya
· Mengajar dan membimbing mereka bagaimana mempraktikkan segala perintah terkandung di dalam al-Qur'an
· Menjadikan mereka cintakan al-Qur'an serta meletakkannya sebagai dustur (perlembagaan) hidup sepanjang hayat

Kursus ini ditawarkan di peringkat sijil dan terbuka kepada individu yang berminat.

ANJURAN

Kursus ini dianjur oleh Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Korporat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Pengajian adalah secara kuliah dan tutorial.

KELAYAKAN

Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

TEMPOH KURSUS

Kursus ini mengandungi 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan. Kuliah diadakan setiap hari sabtu dari 9.00 - 11.00 pagi.

Mata pelajaran kursus berdasarkan modul yang dirangka khusus.


MODUL I

Ulum al-Qur'an I

Membincangkan pengertian al-Qur'an, ciri -cirinya, nama-nama Qira'at, kemukjizatan, sebab-sebab nuzulnya, hikmah penurunan secara beransur-ansur, ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, makkiyyah, madaniyyah, sejarah pengumpulan al-Qur'an serta perkara-perkara yang berkaitan.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I
Membincangkan bentuk-bentuk huruf al-Qur'an. Pengenalan ilmu Tajwid dan hukum mempelajarinya, makhraj-makhraj huruf, sifat -sifat huruf dan kaedah pembacaan secara bertajwid.

Bahasa Al-Qur'an I
Bertujuan untuk mempelajari pengertian kalimah, ayat dan gaya bahasa al-Qur'an serta tatabahasa Arab yang berkaitan dengannya secara mudah, ringkas dan praktikal.

Wirid al-Qur'an
Membincangkan doa-doa terbaik yang boleh diamalkan oleh seseorang muslim merangkumi pengertian doa ma'thurat, kepentingannya, adab, tempat dan masa berdoa.


MODUL II

Ulum al-Qur'an

Membincangkan pengertian ilmu tafsir dan pembahagiannya seperti Tafsir bi al-Riwayah, Tafsir bi-al-Dirayah (AI-Ra'yi) dan Tafsir al-lsyari.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an II
Merupakan lanjutan dari kursus Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I. Membincangkan tentang hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum mim dan nun bertasydid mad dan qasar, basmalah dan hukumnya.

Bahasa al-Qur'an II
Membincangkan jenis-jenis ayat di dalam al-Qur'an dan sistem pembentukannya, sistem perubahan kalimah di dalam ayat menurut tatabahasa Arab dan praktikaliti terhadap ayat- ayat al-Qur'an, adawat dan fungsinya di dalam ayat, jenis-jenis gaya bahasa al-Qur'an dan sistem maknanya.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Syakhsiah
Menghuraikan keperibadian muslim berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah. Penekanan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai model keperibadian muslim, peranan ibadat dalam membina sifat-sifat peribadi muslim, adab dan budaya hidup muslim serta nilai-nilai murni dalam Islam.


MODUL III

Tafsir Ayat al-Ahkam I

Membincangkan ayat-ayat terpilih yang berkaitan dengan hukum-hakam.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an III
Lanjutan dan pelengkap kepada Tajwid dan Tiiawah al-Qur’an I dan II. Membincangkan tentang waqaf dan bahagian-bahagian tanda waqaf yang terdapat dalam al-Qur'an, hamzah wasal, hukum lam, isti'azah serta adab-adab membaca al-Qur'an.

Bahasa al-Qur'an III
Merupakan lanjutan dari kursus Bahasa al-Qur’an II. Membincangkan mengenai cara penyusunan jumlah ayat dalam al-Qur'an, pembahagian asas kalimah serta keperluan dalam pembentukan ayat mengikut peraturan peraturan bahasa Arab.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Masyarakat
Menghuraikan tentang hubungan Islam dan masyarakat, pengabdian kepada Allah dan masyarakat, keadilan di dalam al-Qur'an, kepentingan pimpinan dalam pembinaan masyarakat dan amanah dalam kehidupan masyarakat.


MODUL IV

Aqidah al-Qur'an

Menghuraikan tentang aqidah ahl al-sunnah wa al jama'ah yang merangkumi perkara-perkara pokok bagi pegangan setiap muslim.

Bahasa al-Qur'an IV
Lanjutan dari pelajaran yang lepas dan membincangkan al-nakirah, al-ma'rifah, al -mudhakkar dan al-mu'annas.

Praktikal al-Qur'an 1
Merupakan lanjutan dari pelajaran Tajwid &Tilawah Al-Qur’an. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur’an.

Praktikal al-Qur'an 2
Merupakan kesinambungan dari Praktikal al-Qur’an 1. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur'an.


MODUL V (pilihan)

Bahasa al-Qur’an V

Lanjutan dari pelajaran yang lepas, membincangkan tentang bahasa Arab menerusi teks al-Qur’an, ibadah, nasab, jazam dan sebagainya.

Taranum al-Qur’an
Pelajar didedahkan dengan bentuk lagu yang sering digunakan dalam pembacaan al-Qur’an seperti Bayati, Misri, Shika, Ras dan sebagainya.

Kaedah Penghafalan Al-Qur’an
Membincangkan kaedah penghafalan al Qur’an merangkumi teknik-teknik penghafalan ayat-ayat pendek dan ayat-ayat panjang, memelihara dan mengekalkan penghafalan, adab-adab seorang hafiz dan sebagainya.

Tafsir Ayat AI-Ahkam II
Merupakan lanjutan dari Tafsir Ayat AI-Ahkam I. la lebih memfokus Kepada tafsir Mawdui' dan tafsir tahlili terhadap beberapa ayat dari surah-surah yang terpilih seperti al Baqarah (282-283), al-Mujadalah (1-4) al-Talaq (1-3), al- Nisa' (92-93) dan lain-lain.


KELAS TALAQQI & QIRA'AT AL-QUR'AN (pilihan)

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu

KEMUDAHAN
Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.


PEPERIKSAAN / SIJIL
Peserta dikehendaki menduduki peperiksaan di penghujung kursus yang disertai bagi memperolehi sijil kelulusan. Namun peserta yang hanya menyertai kelas dan kuliah tanpa menduduki peperiksaan akan hanya diberi sijil penyertaan.

TENAGA PENGAJAR
Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

YURAN
Yuran Kursus bagi setiap modul ialah RM250 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :‑
Tel : 03-79676167 (Puan Noor Afsurizan Mohd Afandi)
Tel : 03-79676010 (Dr. Faisal Ahmad Shah)
Fax : 03-79676030

BORANG PERMOHONAN
SIJIL PENGAJIAN AL –QUR’AN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

Urusetia
Sijil Pengajian al-Qur’an
Unit Pembangunan Sosial
Bahagian Pembangunan Korporat
Aras 4 Blok D, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

http://spaq-apium.blogspot.com/

Peta ke Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya


View Larger Map

Monday, February 9, 2009

KURSUS TILAWAH AL-QURAN UNTUK ORANG AWAM, ANJURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)



Divisyen Tilawah, IfLA, UIAM menjemput Tuan, Puan, Muslimin dan Muslimat yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengikuti Kursus Pengajian Al-Quran Orang Awam. Kursus ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat samada sudah tahu membaca al-Quran atau baru hendak belajar membaca al-Quran.

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu kemestian ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah dituntut. Walaupun demikian, segala tuntutan tersebut tidak dapat dicapai sekiranya asas ke arah itu tidak dapat diatasi. Terdapat banyak hadith yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antara lain satu hadith yang bermaksud:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang mahu berkata-kata dengan Allah S.W.T maka bacalah Al Quran”

Bertitik tolak dari sinilah, dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap umat Islam, Pusat Bahasa dan Pencapaian Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menubuhkan Kursus Tilawah Al Quran pada Jun 2000. Kelas ini akan memberi peluang khususnya kepada masyarakat luar untuk belajar membaca Al Quran dan mendalami ilmu tajwid.

KAMPUS PENGAJIAN

Kelas akan di adakan di TIGA kampus IIUM: -

Kampus Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, GOMBAK.
Pusat Asasi UIAM, Jalan Universiti, Seksyen 17, PETALING JAYA.
Pusat Asasi UIAM, Jalan BBN, 1/7D, Fasa 3A/3B Putra Nilai, NILAI, NEGERI SEMBILAN

WAKTU PENGAJIAN

Kelas diadakan DUA kali seminggu secara pasangan hari berikut:

Isnin dan Rabu Khamis; 8:00malam – 10:00 malam.
Selasa dan Khamis; 8:00malam – 10:00 malam.

Peserta hanya boleh memilih satu pasangan hari sahaja dalam seminggu di 1 lokasi yang sesuai sahaja.

KAPASITI KELAS

Bagi satu-satu kelas pengajian, peserta dihadkan seramai 15 ke 20 orang sahaja. Jumlah ini telah disesuaikan dengan masa yang diperuntukkan iaitu 2 jam setiap kali menghadiri kelas. Guru akan memberi peluang kepada semua peserta dalam satu-satu kelas itu untuk mencuba bacaan mereka dan dapat pula diperbetulkan bacaan mereka oleh guru kami yang terlatih.

Oleh itu guru dan peserta diharapkan dapat memulakan dan mengakhirkan kelas tepat pada masa yang telah ditentukan. Kelewatan memulakan kelas atau melambatkan tamat kelas akan merugikan masa yang diperuntukkan.

Untuk maklumat lanjut, layari...

http://www.iiu.edu.my/celpad/kutaq/

Wednesday, January 7, 2009

Kelas Mengaji Al-Quran di PERKIM, Kuala Lumpur

ezlyn 
30/06/2005 03:01 PM
asalamualikum, Kepada sesiapa yang berkenaan saya ingin bertanya. Saya tidak mahir mengaji jadi saya mencari kelas untuk belajar mengaji daripada basic walaupun saya kenal huruf. Adakah perkim mengadakan kelas mengaji dari bagi awal hingga akhir. Jika ada bagaimana kelas dan bayaran untuk kelas tersebut. sekian terima kasih. wasalam
Respon :
06/07/2005 04:01 PM
Wa alaikumussalam wrt.Saudara boleh menghadiri kelas agama PERKIM Jadual kelas agama PERKIM: Kerlas peseorangan 9 pagi hingga 5 petang [boleh datang bila bila masa] Kelas hari sabtu dan hari ahad: 10 pagi hingga 5 petang Tempat Ibu Pejabat PERKIM 4TH Floor Bgn PERKIM. jln Ipoh K.Lumpur Kelas petang dan malam: 5.30 hingga 10 malam Tempat Balai Islam Tingkat M. Jln Ipoh.K.Lumpur Semua kelas agama adalah percuma dan boleh belajar dari awal hingga akhir inshaAllah Sekian 

Kelas peseorangan
Masa : 9 pagi hingga 5 petang (boleh datang bila-bila masa)
Tempat : Ibu Pejabat PERKIM,
 4TH Floor Bgn PERKIM. 
 Jalan Ipoh 
 Kuala Lumpur 

Kelas petang dan malam
Masa : 5.30 hingga 10 malam 
Tempat : Balai Islam Tingkat M.
 Jln Ipoh
 Kuala Lumpur 

Semua kelas agama adalah percuma dan boleh belajar dari awal hingga akhir InsyaAllah.

http://www.perkim.net.my/ques_ans.cfm?CurrentPage=27&cat=5

Friday, September 5, 2008

Kelas Al-Quran Pengajian Dewasa Masjid Negara Kuala Lumpur Sesi 2008/2009

Kelas Al-Quran Pra Asas, Asas & Lanjutan

Hari Pilihan :
Isnin & Rabu
Selasa & Khamis
Waktu Pilihan
Petang [ 5.00 - 7.00 Ptg ]
Malam [ 8.00 - 10.00 Mlm ]

Unit Pengajian Dewasa, Masjid Negara mengadakan beberapa kelas pengajian Islam khusus untuk golongan dewasa bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Antara kelas pengajian yang diadakan ialah :

KELAS TAFAQQUH FIDDIN - Klik Untuk Phamplet
KELAS BAHASA ARAB - Klik Untuk Phamplet
KELAS AL-QURAN - Klik Untuk Phamplet

BORANG PENDAFTARAN

Sila bawa borang Pendaftaran ini bersama ke Pejabat untuk pendaftaran sebenar dan sertakan bersama salinan kad pengenalan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

Unit Pengajian Dewasa, Masjid Negara,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
50480 Jalan Perdana,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-26937784 Samb: 238, 237, 235 Faks: 603-2913696
E-Mail : ehsan@masjidnegara.gov.my

UNIT PENGAJIAN DEWASA
http://www.masjidnegara.gov.my/pdewasa.php

http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negara

http://en.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negara

Peta ke Masjid Negara Kuala Lumpur


View Larger Map

Wednesday, July 9, 2008

Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur


Pintu masuk ke yayasan sekolah al Quran

Saya mula belajar mengaji di Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur pada bulan August 2001.
Pada masa itu mak saya baru pulang dari mengerjakan umrah dan beliau ingin mendalami dan belajar mengaji dari peringkat asas lagi.
Mungkin rezeki saya kerana terbuka hati untuk turut sama belajar dengan beliau.

Bermula dari itulah saya telah belajar bersama-sama 15 orang lagi rakan- rakan di kelas 101 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (sejam) sehinggalah ke hari ini.Alhamdulillah


Sila daftar nama di kelas mana yang sesuai murid-murid

Kami telah di bimbing oleh ustaz Shah yang berasal dari Kuala selangor yang telah sabar mengajar kami yang sudah berpangkat kakak-kakak dan mokcik-mokcik.

Bukan tidak ada cabaran untuk terus belajar di sini.Maklumlah benda yang baik memang sukar untuk kita lakukan walaupun pelajaran ini di beri PERCUMA dan di BUKA kepada sesiapa sahaj yang berumur 13 tahun ke atas. Syukur Alhamdulillah saya masih di buka hati untuk meneruskan pelajaran sehingga ke hari ini. Diam tak diam dekat 5 tahun lah juga.


Sedang mengadakan perbincangan berkumpulan

Kelas kami insyaAllah bakal menduduki peperiksaan pada 7 hb May 06 ini. Ya, di sini selain di ajar asas dari Iqra1 hingga Iqra 6 , ilmu tajwid hingga ke AlQuran sehingga katam. Kami juga di beri ujian dan peperiksaan lisan, bacaan dan bertulis. Sekiranya lulus akan di beri sijil.

Setelah ini kami berhasrat untuk teruskan lagi pengajian sehingga ke akhir hayat dan selagi kami dibenarkan terus mengaji di situ.InsyaAllah.

Sekolah AL Quran ini di asaskan oleh seorang hartawan yang dermawann yang tidak mahu dirinya di kenali. Cukuplah di nyatakan hasrat murni beliau ingin melihat umat Islam celik Al Quran iaitu tahu mengaji Quran bertajwid.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa beliau yang hanya satu permintaan beliau iaitu sedekahkan al fatihah setiap kali mulai kelas.

Walaupun ia cuma yayasan persendirian, tetapi sekolah ini terdiri dari tenaga pengajar yang berkelayakan dan bertauliah membimbing sesiapa sahaja yang sudi belajar di sini.


Pelajar kelas 101 bersama ustaz Shah yang kami sayangi dan hormati

Antara nasihat awal ustaz kami yang kami pegang sehingga kini ialah :

1. Amalan beristiqomah iaitu berterusan walaupun sedikit demi sedikit iaitu hanya 2 jam seminggu tetapi setiap minggu dari belajar sekali banyak tetapi lepas itu di tinggalkan.
2. Ustaz lebih suka mengajar orang yang tidak pandai tetapi rajin datang belajar dan tidak tinggalkan kelas daripada orang yang pandai tetapi selalu tinggalkan kelas tanpa sebab.


Ustaz kami memang garang dan mengajar kami bersungguh-sungguh tetapi beliau sangat pandai mengambil hati terutamanya yang belajar di sini kebanyakannya sudah lewat usia yang semestinya agak sensitif kan!

Oh ye, Kami di ajar hukum tajwid mengikut kaedah Resam Uthmani. Permulaan kelas di mulakan dari Iqra 1 hingga Iqra 6 barulah melangkah ke Al Quran di samping mengenali hukum -hukum tajwid agar dapat membaca Al Quran dengan bertajwid.

Barulah saya tahu apa itu Nun Sakinah dan Tanwin, Mim Sakinah, Izhar Shafawi dan apa itu Madd dan pembahagiannya.

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tapi ingin berkongsi sama peluang keemasan ini. Marilah kita sama -sama belajar mengaji Al Quran. Pihak pengurusan yayasan ini tidak jemu-jemu menjemput sesiapa sahaja yang sudi mengambil peluang ini.

Apa kata kita rebut peluang keemasan ini. Sekiranya ada tempat lain yang lebih mudah iaitu di surau tempat tinggal anda maka pilihlah tempat itu tetapi sekiranya anda sedang mencari tempat mengaji yang kebetulan membolehkan anda datang ke sini maka Datanglah ke sini


Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)

Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286
Fax no : 03- 2698 1715

(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)

- Ditubuhkan dari tahun 1998
- Tidak dikenakan sebarang Yuran
- Dikendalikan oleh guru-guru AlHafiz dan Graduan IPT dalam /luar negara serta pemegang tauliah JAWI
- Terbuka pada semua yang berumur 13 tahun ke atas
- Bermula pukul 8.00 a.m hingga 10.00 p.m
- 2 jam seminggu
- Bermula dengan Iqra 1 hingga Iqra 6
- Peserta yang lulus pengajian akan di beri Sijil Khatam Al Quran
- Pengambilan sepanjang tahun ikut kekosongan.
- Bilik yang selesa dan berhawa dingin

So, apa lagi kawan -kawan, marilah kita belajar mengaji. Amin.


Pamphlet yang diedarkan oleh sekolah ini

http://aididds.blogspot.com/2006/04/mari-belajar-mengaji.html

http://waiem.blogspot.com/2006/09/sekolah-al-quran.html

http://blog.360.yahoo.com/blog-ny05DEw4dqkYmxuASjLwUg--?cq=1&p=9

Peta ke YSAQKL

http://wikimapia.org/12371130/Yayasan-Sekolah-Al-Quran-Kuala-Lumpur
Coordinates: 3°9'28"N 101°41'59"E

Tuesday, July 8, 2008

Peta ke Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur


View Larger Map

Sunday, June 8, 2008

Kelas Al-Quran, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

** Pengumuman --> Kelas Pengajian Al-Quran (Lanjutan) akan bermula pada 6 Januari 2009

Alamat: Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia 
50480 Kuala Lumpur 
Tel: +603 6201 8791 
Fax: +603 6201 8790 
Website: http://www.jawi.gov.my/ 
  • Bermula pukul 8.00 (Selepas Solat Maghrib) p.m hingga 10.00 p.m 
  • Hari Selasa dan Khamis
  • 4 jam seminggu 
  • Bilik yang selesa dan berhawa dingin
Silibus pengajian
  1. Asas (Iqra 1-6)
  2. Lanjutan (Al-Quran)

Saturday, June 7, 2008

Peta ke Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur







View Larger Map

Saturday, April 5, 2008

Kelas KAFA Surau Titiwangsa

KELAS KAFA


Merangkumi Fiqah,Tauhid dan Tulisan Jawi akan diadakan di Surau Titiwangsa,mulai 7hb JUN 2008 dan seterusnya pada tipa-tiap hari Sabtu.

Pengajian mengikut korikulum sekolah termasuk latihan amali solat dan tulisan Jawi.

TEMPAT:Bilik Kuliah,Surau Titiwangsa

MASA:3.00 Hingga 4.30 petang(semua pelajar dikehendaki solat berjemaah sebelum pulang)

YURAN:PERCUMA

PENGAJAR:Ustaz Muhamad Adha Bin Boyong(Imam II,Surau Titiwangsa dan Guru diDarul Furqan,Sentul)

Kanak-kanak dan Remaja berumur 6 tahun hingga 15 tahun dijemput dan digalakkan untuk mendaftar bagi menyertai kelas ini!!!

untuk keterangan lanjut sila hubungi

1.Puan Hajah Zainab Binti Abdullah Tel:019-4791758

2.Haji Ishamuddin Bin Haji Ibrahim Tel:012-2745758

Surau Titiwangsa
Jalan Chan Chin Mooi,Taman Tasik Titiwangsa,53000 Kuala Lumpur
Tel:03-40236897 e-mail:surau_titiwangsa@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails