Wednesday, July 9, 2008

Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur


Pintu masuk ke yayasan sekolah al Quran

Saya mula belajar mengaji di Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur pada bulan August 2001.
Pada masa itu mak saya baru pulang dari mengerjakan umrah dan beliau ingin mendalami dan belajar mengaji dari peringkat asas lagi.
Mungkin rezeki saya kerana terbuka hati untuk turut sama belajar dengan beliau.

Bermula dari itulah saya telah belajar bersama-sama 15 orang lagi rakan- rakan di kelas 101 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (sejam) sehinggalah ke hari ini.Alhamdulillah


Sila daftar nama di kelas mana yang sesuai murid-murid

Kami telah di bimbing oleh ustaz Shah yang berasal dari Kuala selangor yang telah sabar mengajar kami yang sudah berpangkat kakak-kakak dan mokcik-mokcik.

Bukan tidak ada cabaran untuk terus belajar di sini.Maklumlah benda yang baik memang sukar untuk kita lakukan walaupun pelajaran ini di beri PERCUMA dan di BUKA kepada sesiapa sahaj yang berumur 13 tahun ke atas. Syukur Alhamdulillah saya masih di buka hati untuk meneruskan pelajaran sehingga ke hari ini. Diam tak diam dekat 5 tahun lah juga.


Sedang mengadakan perbincangan berkumpulan

Kelas kami insyaAllah bakal menduduki peperiksaan pada 7 hb May 06 ini. Ya, di sini selain di ajar asas dari Iqra1 hingga Iqra 6 , ilmu tajwid hingga ke AlQuran sehingga katam. Kami juga di beri ujian dan peperiksaan lisan, bacaan dan bertulis. Sekiranya lulus akan di beri sijil.

Setelah ini kami berhasrat untuk teruskan lagi pengajian sehingga ke akhir hayat dan selagi kami dibenarkan terus mengaji di situ.InsyaAllah.

Sekolah AL Quran ini di asaskan oleh seorang hartawan yang dermawann yang tidak mahu dirinya di kenali. Cukuplah di nyatakan hasrat murni beliau ingin melihat umat Islam celik Al Quran iaitu tahu mengaji Quran bertajwid.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa beliau yang hanya satu permintaan beliau iaitu sedekahkan al fatihah setiap kali mulai kelas.

Walaupun ia cuma yayasan persendirian, tetapi sekolah ini terdiri dari tenaga pengajar yang berkelayakan dan bertauliah membimbing sesiapa sahaja yang sudi belajar di sini.


Pelajar kelas 101 bersama ustaz Shah yang kami sayangi dan hormati

Antara nasihat awal ustaz kami yang kami pegang sehingga kini ialah :

1. Amalan beristiqomah iaitu berterusan walaupun sedikit demi sedikit iaitu hanya 2 jam seminggu tetapi setiap minggu dari belajar sekali banyak tetapi lepas itu di tinggalkan.
2. Ustaz lebih suka mengajar orang yang tidak pandai tetapi rajin datang belajar dan tidak tinggalkan kelas daripada orang yang pandai tetapi selalu tinggalkan kelas tanpa sebab.


Ustaz kami memang garang dan mengajar kami bersungguh-sungguh tetapi beliau sangat pandai mengambil hati terutamanya yang belajar di sini kebanyakannya sudah lewat usia yang semestinya agak sensitif kan!

Oh ye, Kami di ajar hukum tajwid mengikut kaedah Resam Uthmani. Permulaan kelas di mulakan dari Iqra 1 hingga Iqra 6 barulah melangkah ke Al Quran di samping mengenali hukum -hukum tajwid agar dapat membaca Al Quran dengan bertajwid.

Barulah saya tahu apa itu Nun Sakinah dan Tanwin, Mim Sakinah, Izhar Shafawi dan apa itu Madd dan pembahagiannya.

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tapi ingin berkongsi sama peluang keemasan ini. Marilah kita sama -sama belajar mengaji Al Quran. Pihak pengurusan yayasan ini tidak jemu-jemu menjemput sesiapa sahaja yang sudi mengambil peluang ini.

Apa kata kita rebut peluang keemasan ini. Sekiranya ada tempat lain yang lebih mudah iaitu di surau tempat tinggal anda maka pilihlah tempat itu tetapi sekiranya anda sedang mencari tempat mengaji yang kebetulan membolehkan anda datang ke sini maka Datanglah ke sini


Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)

Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286
Fax no : 03- 2698 1715

(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)

- Ditubuhkan dari tahun 1998
- Tidak dikenakan sebarang Yuran
- Dikendalikan oleh guru-guru AlHafiz dan Graduan IPT dalam /luar negara serta pemegang tauliah JAWI
- Terbuka pada semua yang berumur 13 tahun ke atas
- Bermula pukul 8.00 a.m hingga 10.00 p.m
- 2 jam seminggu
- Bermula dengan Iqra 1 hingga Iqra 6
- Peserta yang lulus pengajian akan di beri Sijil Khatam Al Quran
- Pengambilan sepanjang tahun ikut kekosongan.
- Bilik yang selesa dan berhawa dingin

So, apa lagi kawan -kawan, marilah kita belajar mengaji. Amin.


Pamphlet yang diedarkan oleh sekolah ini

http://aididds.blogspot.com/2006/04/mari-belajar-mengaji.html

http://waiem.blogspot.com/2006/09/sekolah-al-quran.html

http://blog.360.yahoo.com/blog-ny05DEw4dqkYmxuASjLwUg--?cq=1&p=9

Peta ke YSAQKL

http://wikimapia.org/12371130/Yayasan-Sekolah-Al-Quran-Kuala-Lumpur
Coordinates: 3°9'28"N 101°41'59"E

20 comments:

Ibu said...

Salam,
Saya pernah belajar mengaji di YSAQKL ini sekitar tahun 2004-2005bersama rakan-rakan saya. Ketika itu kami masih menuntut di Gombak. Kemudian apabila masing2 telah tamat belajar dan bekerja, masing2 telah berhenti daripada mengaji di situ. Pada saya..ini memang satu kerugian yang besar. Saya benar berharap dapat kembali menyambung kelas mengaji saya yg telah lama tertinggal..

كلس القرءان said...

Salam,

Pintu Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur sentiasa terbuka kepada orang ramai. Kedatangan puan dan rakan-rakan amatlah di alu-alukan

FAROUQ said...

ALHAMDULILAH SAYA JUGA MASIH BELAJAR DISINI. SELAMA MENCARI AKHIRNYA JUMPA JUGA CLAS YANG SESUAI DGN SAYA.

SEKIRANYA INGIN ARTIKEL TENTANG YSAQKL DIALU-ALU SEIKHLAS HATI COPY DIBLOG SAYA. TQ.

http://anordinarymanz.blogspot.com/2009_06_01_archive.html

Ust Raja said...

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dan Terima kasih.

Peluang keemasan. Dgn izin Allah, adanya Yayasan ini telah memberi ruang seluas-luasnya kpd warga KL & Lembah Klang. Ada hamba Allah tu, datang jauh dari Johor, Melaka,Seremban, Taiping dll semata-mata untuk belajar di YSAQKL ni 2 kali seminggu... Jgn lepaskan peluang ini. Ingat 5 perkara sebelum dtg 5 perkara.
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
........
xUst YSQKL
2002-2007

Anonymous said...

masyaAllah..dah lama sy tercari2 kelas mengaji al-Quran utk sy yg da bnyk ketinggalan ni..Alhamdulillah..terjumpa artikel ni.rasa tertarik..sekali bile tgk address, rupa2nya..blkg bangunan tempat sy bekerja je..terima kasih utk yg post this entry.very helpful.semoga Allah membalas jasamu.

Wanie Noor Hazwani said...

salam..
Saya dan ibu saya teringin sangat pergi..thanks for the info..tapi, kelas bahasa arab, ada juga ke kat sana?

bitterhoneyz said...

salam.. terima kasih dengan info ini.. saya mmg sedang memcari tempat yg begini.. harap2 ade lagi pengambilan utk sya join class Al-Quran ni Amin~

cyte said...

Sya pun penah blja sana antra thn 2005, tp oleh krn bertukar kerja & smbung belaja sya berhenti begitu. Mmg rindu sgt wak2 itu..seronok sgt dpt mengaji dgn betul.

Mudahan dipermudahkan saya kembali ke YQSL kembali.

nadhirah said...

Assalam...

Saya ingin bertanya, asih dibukakah pusat pengajian Al-Quran ini?

Saya amat berminat untuk menghadirinya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dahulunya, saya buta al-Quran. Kini, alhamdulillah kerana sudah dapat membaca Kalam Allah ini dengan lancar berkat kesabaran para syeikh di yayasan ini mendidik lidah dan hati saya menjadi insan yang celik al-Quran. Sesungguhnya Allah SWT sahajalah yang dapat membalas para syeikh di yayasan ini serta insan hartawan yang mendirikan yayasan tersebut.

Anonymous said...

kelas ini yang saya cari. terima kasih.terus war-warkan kepada muslim yang lain

KAK MR said...

Salam Eidulfitri, ustaz.
Saya dah beberapa kali menunda kelas mengaji di sini. Yayasan masih boleh diterima lagi ke? saya ingin bermula dari iqra 2. terima kasih.

Anonymous said...

allah huakbar , menangis terus aku lepas baca ni, akhirnya allah s.w.t tunjuk kn aku ke jalan yg benar , trima kasih byk2 pd tuan punya blog akhirnya saya jumpa tpt yg sesuai dengan diri saya terima kasih allahhhhhhhh!!!!! -.-

Joe said...

Salam,

Boleh saya tahu, adakah Yayasan Sekolah Al-Quran ini masih di buka?

Anonymous said...

Salam.. kelas pengajian Al quran di YSAQKL masih lagi di buka. Sehingga sekarang saya masih lagi bergelar pelajar di sini.

ساريده سنين said...

Assalamualaikum...
Sy pernah menjadi pelajar di YSAQ KL ini sekitar tahun 2009-2011bermula dari Iqra 1 hingga naik Al-quran apabila tlh tamat belajar dan sejak 2012 sy dah berpindah ke Kuala Selangor dan memang satu kerugian besar maklumlah nk pergi jauh...rindu sgt2 nak joint lagi sekali, Insya Allah semoga satu hari nnt dpt kembali menyambung dan mengulangkali kelas Al-quran...

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt
Saya bekas pelajar sekitar tahun 2006 - 2008. Kelas di sini masih dibuka. Banyak cabarannya mengikuti kelas Al-Quran ni.

Walaupun FREE, kami sekelas selalu buat collection untuk diserahkan kat Ustaz. Kamipun nak beramal jariah sebab Ustaz-Ustaz di sini dikira Fisabilillah. Mulanya ustaz tolak, tapi kami kata kami juga nak pahala menyumbang kepada fisabilillah.

Kelasnya masih berjalan. Facebook Page Yayasan Al-Quran Kuala Lumpur pun ada.. silalah sokong & Like :)

Anonymous said...

assalamualaikum
saya berminat nak join kelas ni dr peringkat asas. Perlu buat appointment utk register ke atau pergi terus aja?
Terima kasih.

Mein

hijrah_hartanah said...

assalam....
Saya pernah belajar YSQKL sekitar 2004 hingga 2008...alhamdulillah...ilmu di YSQKL telah menjadikan saya celik Al Quran walaupun tak sampai habis belajar...terlalu banyak cabaran ...sampai satu ketika saya ditimpa kemalangan ketika pergi dgn menunggang motosikal dan terpaksa berehat hampir sebulan...apa pun ..saya sedang berusahaa untuk membuka kelas al quran untuk orang dewasa agar ilmu yg saya dapat boleh di kembangkan kepada mereka yg memerlukan....

Anonymous said...

dahulu saya buta al-quran, langsung tidak tahu membaca. Allah bukakan hati ini untuk bersama dengan YQKL sejak iqra 1 hingga khatam Quran (2001-2004). Kini saya ajarkan pula pada anak-anak saya dan isteri tentang tajwid dan bacaan Quran. Moga2 Allah Taala membalas jasa para pengajar dan hartawan yang menaja sekolah tersebut.

Related Posts with Thumbnails