Wednesday, April 22, 2009

Kelas Bahasa Arab untuk Awam (KUBA) di UIAM/IIUM


Gambar depan Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra Universiti, UIA Gombak


Gambar hadapan kelas kursus di UIA Petaling Jaya. Bangunan berhawa dingin ini terletak dibawah perpustakaan.


SUASANA KELAS DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

MUQADDIMAH

Kursus Umum Bahasa Arab (KUBA) anjuran CELPAD ini adalah satu program rasmi Institut Perkembangan Bahasa, CELPAD, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kursus ini terbuka kepada segenap lapisan masyarakat dan bertujuan membantu mesyarakat celik bahasa Arab atau Bahasa Al-Quran ini. Sijil disediakan bagi setiap subjek yang berjaya ditamatkan

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar dalam kursus ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah bahasa Al - Quran berpengalaman dari di Pusat Bahasa (CELPAD) UIAM. Para pensyarah tempatan akan mengendalikan peringkat asas manakala tenaga pensyarah luar negara akan mengajar bagi peringkat lanjutan/komunikasi.

SUBJEK-SUBJEK YANG DITAWARKAN

  Kursus Umum Bahasa Arab

Nama Kursus

Tempoh kursus

Ringkasan Kursus

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

3 bulan bersamaan 50 jam tempoh pembelajaran bagi setiap satu sesi

Untuk Tahap 1, para peserta akan diperkenalkan dengan asas- asas penting dalam bahasa Arab. Penekanan diberikan dalam kemahiran membaca, berbual ringkas dan kaedah asas. Tahap 2 adalah kesinambungan daripada Tahap 1 dimana kemahiran berbual, membaca dan nahu masih ditekankan. dan untuk tahap 3, peringkat pengukuhan bahasa dan persediaan untuk ke peringkat lanjutan.

Komunikasi

Kandungan subjek-subjek ini lebih menjurus kepada membaca teks-teks Arab dan pemahaman dan perbualan.

* Nota :


Sijil akan disediakan apabila lulus peperiksaan akhir dan tamat Tahap 3 atau Komunikasi.

JADUAL KELAS

Kelas diadakan dua kali seminggu pada setiap hari Isnin dan Rabu, jam 8.00 hingga 10.00 malam.

YURAN KURSUS

Anda hanya perlu membayar RM 470 bagi satu sesi. (Yuran kursus tidak dikembalikan). pembayaran boleh dibuat melalui:

CARA 1

IIUM IfLA
BMMB Acc. No: 1407-0000019-71-5

CARA 2

Wang pos/Bank Draft atas nama IIUM IfLA di mana-mana Cawangan pejabat pos atau bank
* Wang tunai dan Cek hanya diterima di IfLA Cawangan Gombak semasa hari pendaftaran sahaja.

Sila tuliskan nama anda dibelakang salinan slip bank dan bawa salinan tersebut pada hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Sila dapatkan resit pembayaran anda daripada kakitangan yang bertugas pada hari pendaftaran.

LOKASI KURSUS

Anda boleh mengikuti kursus di tempat-tempat berikut :-

* UIAM, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Selangor
* UIAM, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor
* UIAM, Jalan Penjara, Kuantan, Pahang
* UIAM, Putra Nilai, Negeri Sembilan.

HUBUNGI KAMI

KURSUS DI KAMPUS UIAM GOMBAK & PETALING JAYA

Penyelaras Kursus Umum Bahasa Arab (KUBA),

Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Penyelaras : Dr Fekri Abidin Hassan 019-2396630

Pembantu Penyelaras : Mohd Razie Hj Abdul Razak

Tel : 03-61965871 samb 2824

H/p: 019-6012417

Fax : 03-61965795

KURSUS DI KAMPUS KUANTAN, PAHANG

Ustaz Mohd Ali,

Kampus UIA Jalan Hospital, Kuantan, Pahang
Tel : 013-9303253

KURSUS DI PUTRA NILAI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Ustaz Muhamad Bahari Jabbar,

Pusat Asasi UIA, Kampus Putra Nilai

Tel : 017-6029950

http://www.iium.edu.my/ifla/kuba/

http://www.iiu.edu.my/arabic/kuba/

6 comments:

Anonymous said...

bila mula kuba di UIAM????

كلس القرءان said...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

Saudara boleh menghubungi nombor-nombor di atas untuk maklumat lanjut.

والله عالم

Anonymous said...

Assalamualaikum..adakah terdapat Kelas Pengajian Al Quran berserta tajwid di iium kuantan?dan siapa perlu saya hubungi..

Anonymous said...

salam...
nak tye yea kursus nie bg tahun 2014 mule bile ye??jzkk

Abu Hashim Mat Isa said...

Assalamualaikum , saya tiada asas bahasa Arab boleh baca al quran, , berminat nak belajar bahasa arab , bila tarikh terdekat kelas di ada kan

Lynn V said...

Assalamualaikum, saya ingin belajar bahasa arab. Saya bole baca sikit2 je jawi, 017-2552037 please contact me if there is any classes for this or next year. my email is azzuanibakar@gmail.com

please, i want to learn.

Related Posts with Thumbnails