Sunday, March 22, 2009

Hukum baca al-Quran rumi

Persoalan Agama: Hukum baca al-Quran rumi

Soalan:

SAYA musykil apakah hukumnya membaca surah seperti Yasin dan doa yang ditulis rumi. Ada rakan menyatakan bacaan itu tidak sah dan tidak diterima kerana tulisan rumi itu menyebabkan bacaan salah dan menyimpang daripada maksud sebenar.

Aiman Johan
Seri Kembangan, Selangor.


Jawapan:
Benar, al-Quran hanya boleh dibaca mengikut kaedah bahasa Arab yang sesuai dengan Rasam Uthmani saja bagi mengelakkan kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan hukum tajwid kerana kesilapan itu boleh membawa kepada kesalahan makna. 

Usaha mempelajari al-Quran adalah fardu ain bagi orang Islam, malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya” (Riwayat Bukhari). Bahkan dengan membaca al-Quran, seseorang itu memperoleh pahala dan kebajikan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.” (Riwayat Tirmizi).

Berkenaan doa pula, sekiranya tidak mampu untuk berdoa dalam bahasa Arab, maka boleh berdoa dalam bahasa yang anda fahami. Bagaimanapun, sekiranya dapat menghafal doa dalam bahasa Arab dan memahaminya ketika berdoa, perkara itu lebih baik.


Sumber: http://www.bharian.com.my/Sunday/Agama/20090322053724/Article/index_html



Keputusan Fatwa Negeri Terengganu Darul Iman

Tajuk :
Tulisan ayat al-Quran dengan huruf Rumi.

Isu :
Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai Penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman dan Latin.

Keputusan :
Didalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama’ sepertimana berikut:-

1) Penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani (ini Pendapat Jumhur ulama’).
2) Harus mennulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.
3) Harus, malah wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.
Setelah meneliti pendapat-pendapat tersebut maka jawatankuasa ini berpendapat adalah wajib ditulis dalam al-Quran dengan Rasm Uthmani berdasarkan اجماع الصحابة kecuali bagi maksud pengajaran untuk menyenangkan para pelajar.
Mengenai pengharaman penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman atau Latin jawatankuasa ini bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5&6 Jun 1989 bersamaan 2 Zulkaedah 1409 yang telah mengambil keputusan bahawa:

“Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan system tulisan al-Quran.

Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak.”

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=479

1 comments:

Anonymous said...

aslamulikum......
mintak maaf klau saya bertanya..
kalau kita mati nanti kita akan disoal kan?
adakah kita akan di soal dengan bahasa arab atau bahasa jawi?
bukan ke allah itu maha mengetahui?kenapa mesti nak menyusah2kan?boleh ke kita letak hukum?
( “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya” (Riwayat Bukhari). die suruh belajar al-quran,sy tak nampak pun yg die suruh baca bahasa jawi dan arab.
dia ada suruh kew?
sekian terima kasih.....

Related Posts with Thumbnails