Thursday, January 13, 2011

Soalan-soalan yang sering ditanya?

بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم و رحمة الله

Soalan-soalan di bawah diambil daripada ruangan "ShoutBox" di sebelah kanan blog ini. Untuk memudahkan pembaca untuk memahami soalan-soalan yang ditanyakan di dalam bentuk bahasa "sms", saya telah menulis kembali soalan-soalan tersebut didalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh kesemua golongan masyarakat.
Kebanyakan soalan-soalan yang ditanya telah mempunyai jawapannya di dalam blog ini. Oleh itu, ada baiknya sekiranya saya membuat sedikit panduan bagaimana untuk mencari maklumat didalam blog ini.
Semoga perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

جزاك اللهُ خيراً


#Soalan 1 - Kelas Bahasa Arab
pencari ilmu: sape taw kat mn ad wat klas b.arab msa cti hjung mggu?
2010-01-14 5:16 PM

Terjemahan Soalan 1: Ingin mencari Kelas Bahasa Arab
Siapa tahu di mana ada kelas Bahasa Arab pada cuti hujung minggu?

#Jawapan 1
Sila rujuk kepada url di bawah. Ianya akan sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa.
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas Bahasa Arab


#Soalan 2 - Kelas Kitab Ihya' Ulumuddin
knoreza: salam, saya ingin tahu kat mana ada kelas kitab ihya' ulumuddin
2010-01-29 10:28 AM

#Jawapan 2
Setakat ini, saya belum mendapat maklumat mengenai pengajian kitab ini, tetapi maklumat mengenainya akan di diberitahu kemudian. Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang maklumat mengenai pegajian kitab ini ataupun kitab-kitab lain, bolehlah menghubungi kami untuk dihebahkan didalam blog ini.
Untuk mendapatkan kitab Ihya' Ulumuddin, boleh didapati di kedai-kedai buku atau sila layari laman blog di bawah.
http://mutiaraihyaulumuddin.blogspot.com/


#Soalan 3 - perisian (software) Al-Quran dan terjemahan
kyon: askum..kat mne sye bleh cri software yg Menampilkan ayat-ayat Al Quran dalam tulisan Arab dan terjemahan melayu
2010-02-03 8:42 AM #

#Terjemahan Soalan 3: Ingin mencari perisian (software) Al-Quran dan terjemahan
السّلام عليكم و رحمة الله

Di mana saya boleh mencari software yang menampilkan ayat-ayat Al-Quran dalam tulisan Arab dan terjemahan Melayu?

#Jawapan 3
وعليكم السلام و رحمة الله

Sila rujuk di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai perisian-perisian tentang Al-Quran dan terjemahan serta Hadith-hadith.

http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Perisian


#Soalan 4 - Ingin mencari guru Al-Quran
haida: adatak ustazah mengajar ngaji utk anak saya 6thn di rumah(cheras)
2010-02-04 3:10 AM

#Kemungkinan Terjemahan Soalan 4: Ingin mencari guru Al-Quran
Bolehkah ustazah mengajar mengaji Al-Quran untuk anak saya yang berusia 6 tahun di rumah (Cheras)?

#Jawapan Soalan 4
Setakat ini, saya tidak mengajar mana-mana pelajar di rumah kerana kekangan masa. Namun begitu, puan bolehlah menghubungi mana-mana ustaz/ustazah yang terdapat di dalam blog ini. Ustaz/ustazah yang berkenaan boleh dihubungi melalui nombor telefon & email yang tertera di url bawah.

http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas Al-Quran


#Soalan 5: Ingin memuat turun (download) ayat-ayat Al-Quran didalam bentuk audio(mp3)
Guest: assalamualaikum..boleh saya bertanya sedikit??...di mana saya boleh download bacaan surah al-Hasyr ayat 21-24??..
2010-02-07 2:14 PM

#Jawapan Soalan 5
وعليكم السلام
Saudara/i boleh memuat turun bacaan surah al-Hasyr ayat 21-24 seperti url di bawah.

al-Hasyr ayat 21
al-Hasyr ayat 22
al-Hasyr ayat 23
al-Hasyr ayat 24

Untuk bacaan ayat-ayat Al-Quran yang lain didalam bentuk audio boleh dimuat turun pada laman web di bawah.

http://kelasquran.blogspot.com/search/label/mp3

Untuk mendengar, membaca dan melihat terjemahan ayat-ayat ini secara atas talian, sila kunjungi laman berikut.



http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx


#Soalan 6

fatihah: surah yang sye cri bnyk tk jmpe
2010-02-14 1:13 PM

fatihah: camner???
2010-02-14 1:13 PM

fatihah: ke nye internet bnyk???
2010-02-14 1:13 PM

#Terjemahan Soalan 6: Ingin mencari surah-surah tertentu didalam Al-Quran
Surah yang saya cari banyak tak jumpa. Bagaimana ya?

#Jawapan Soalan 6
Untuk audio, saudari boleh muat turun bacaan Al-Quran di sini
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/mp3


#Soalan 7: Ingin mencari Kelas Pengajian Al-Quran & Tajwid
Orgtua: "Tumpang tanya ade ke kelas belajar mengaji untuk orang yang dah berumor tapi baru nk belajar ngaji di shah alam?"
2010-03-01 10:14 PM


lady: ada x kelas tuk hari minggu
2010-03-12 5:34 AM


syuhada: saya ingin mendalami ilmu islam, nk perbetulkn tajwid saya..dimana ye nk dapatkan bantuan
2010-03-22 3:10 AM


zzzz: salam semua. Sape tau kat area gombak mana blh belajar mengaji? dlm kol 9.30pg - 10.30pg. baru nak belajar, dr awal. x pandai langsung...tlg semua..
2010-04-21 8:36 AM

Senarai kelas-kelas pengajian Al-Quran boleh didapati disini
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas Al-Quran

Senarai kelas-kelas pengajian Al-Quran di Selangor
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Selangor


#Soalan 8: Ingin mencari Kelas Fardhu Ain
lina: salam. bleh sy tau di mane ade kelas fardhu ain utk org2 dewasa sekitar KL / shah alam?
2010-03-07 12:20 PM #
 
hazwani: salam, saya hendak belajar fardhu ain. kat mana saya boleh belajar di kawasan kuala lumpur?
2010-03-30 6:37 PM
 
gudi: ada tak kelas mengaji dan fardu ain di klang
2010-04-03 7:06 AM #
 
 
Senarai kelas-kelas Fardhu Ain
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Fardhu%20Ain  

7 comments:

zainol said...

assalamualaikum...
kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapat khidmat belajar al quran dan iqra di rumah dan belajar bahasa arab terbuka untuk dewasa atau anak2 di kawasan cheras/ bandar tun razak/ bandar tasek selatan
boleh lah menghubungi saya zainol abidin b. mansordin (bndr tun razak) - 0134519091 -untuk berbincng.
sekian terima kaseh

Anonymous said...

Assalamualaikum...
kepada sesiapa yang berhasrat belajar al quran dan iqra di rumah khususnya untuk wanita dewasa dan kanak2 di kawasan ukay perdana/ ukay bistari/wangsa maju/selayang. Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut - hajah - 0123994451.
sekian.

Anonymous said...

salam sesiap yang berminat untuk belajar bahasa arab dan alquran untuk area kawasan klang, boleh email saya lilyhanefarezan@gmail.com perempuan diutamakan.

Anonymous said...

Salam..saya mencari kelas iqra utk ank sya yg berumur 4 tahun area cheras..jika ada bleh bgtau sya 0176526829

Unknown said...

Assalamualaikum,
Saya ingin mencari ustazah yang boleh mengajar tajwid kepada anak2 saya (3 orang ) di rumah di Bandar Tun Hussein Onn. Kalau boleh hari Sabtu 10-12. Rohaya 0193382703

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum. Saya Umar Izzat. Saya merupakan pelajar Diploma Syariah KUIS. Sekarang sedang cuti semester. Saya bersedia menawarkan khidmat tutor al-Quran & Bahasa Arab di Seksyen 7,8 & 9 Shah Alam. Maklumat lanjut, hubungi 0172395196-Umar. Terima Kasih.

Related Posts with Thumbnails