Wednesday, March 3, 2010

Muat turun audio Al-Quran ayat demi ayat

1. Audio Al-Quran ayat demi ayat boleh dimuat turun daripada laman web di bawah ini.

http://www.versebyversequran.com/site/download
http://www.everyayah.com/data/

2. Pilih mana-mana Qari pilihan. Katakan anda memilih Qari Sheikh Mishary Rashed Alafasy, maka klik pada direktori Alafasy_128kbps.



3. Anda boleh memilih samada ingin memuat turun ayat demi ayat atau pun dengan memuat turun kesemua bacaan oleh Sheikh Mishary Rashed Alafasy. Terdapat beberapa cara untuk memuat turun fail-fail audio tersebut.

4. Cara biasa yang paling mudah ialah dengan klik kanan pada setiap fail tersebut dan Save link as...



5. Kemudian, simpan fail tersebut di tempat yang sesuai. Katakan anda telah membuat satu folder yang bernama Sheikh Mishary Rashed Alafasy dan klik Save untuk menyimpan fail tersebut.



6. Cara yang lebih pantas untuk memuat turun ialah dengan menggunakan perisian khas untuk memuat turun (Download Manager). Contohnya seperti Gigaget, Free Download Manager, Orbit Downloader dan sebagainya.

7. Untuk memudahkan anda memahami susunan fail-fail audio tersebut, berikut ialah penerangan ringkas bagi setiap nama fail. 3 Nombor pertama mewakili Surah-surah didalam Al-Quran manakala 3 nombor seterusnya mewakili setiap ayat. Contohnya;

001001.mp3 bermaksud Surah pertama iaitu Surah Al-Fatihah, ayat pertama.
001002.mp3 bermaksud Surah pertama iaitu Surah Al-Fatihah, ayat kedua.
001003.mp3 bermaksud Surah pertama iaitu Surah Al-Fatihah, ayat ketiga.

dan begitulah seterusnya. Manakala

002001.mp3 bermaksud Surah kedua iaitu Surah Al-Baqarah, ayat pertama.
002002.mp3 bermaksud Surah kedua iaitu Surah Al-Baqarah, ayat kedua.
002003.mp3 bermaksud Surah kedua iaitu Surah Al-Baqarah, ayat ketiga.

dan begitulah seterusnya.

1 comments:

Anonymous said...

terima kasih (: entry ni banyak membantu saya. terima kasih !

Related Posts with Thumbnails