In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
-Maher Zain-
Reference:
http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/the-chosen-one/
Tuesday, February 15, 2011
The Chosen One
Mahligai Kasih, setiap Selasa jam 5.15 petang di IKIM.fm
Penerbit : Hj. Zamri Zainal Abidin
Tetamu : Professor Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin
Format : Bual Bicara
Durasi : 45 minit
Siaran : Selasa @ 5.15 petang / Rabu @ 3.00 pagi (Ulangan)
Sinopsis :
Rancangan yang pengisiannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah IKIM sendiri iaitu Professor Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan khususnya bidang undang-undang keluarga Islam, beliau akan membawakan topik-topik berkaitan isu-isu keluarga dan rumahtangga dan kaedah penyelesaiannya berdasarkan undang-undang Islam. Pendengar juga berpeluang berinteraksi dengan tetamu bagi berkongsi masalah atau bertanyakan kepada tetamu jemputan.
Sumber
http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=71:mahligai-kasih&catid=34:warna-pagi&Itemid=54
Monday, February 14, 2011
Koleksi Audio Keluarga Sakinah
Rancangan Keluarga Sakinah ke ruang udara IKIM.fm setiap Isnin jam 5:15 petang bersama ahli panel Prof. Dr. Sidek Baba.
Setiap minggu beliau akan membicarakan aspek-aspek berbeza berkaitan modul Keluarga Sakinah.
Melalui rancangan ini para pendengar juga berpeluang berinteraksi dengan beliau melalui hotline IKIM.fm 03-6204 6204 untuk berkongsi pendapat mahupun bertanyakan soalan berkaitan isu yang dibicarakan.
Muat Turun MP3 Keluarga Sakinah bersama Dr Sidek Baba @IKIM.fm
http://mp3keluargasakinah.wordpress.com/
Program Keluarga Sakinah, setiap Isnin dari jam 5.15 petang di IKIM.fm
Bicara keluarga di radio Ikim FM
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
2010/06/28
Program Keluarga Sakinah disiarkan setiap Isnin dari jam 5.15 petang
SELAMA setahun bermula 7 Jun yang lalu, stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ikim FM akan membicarakan pelbagai perkara berkaitan dengan kekeluargaan yang dinamakan Keluarga Sakinah.
Program selama 45 minit itu tercetus hasil daripada buku tulisan Ahli Lembaga Syariah QSR Brands Berhad, Profesor Datuk Dr Sidek Baba. Beliau membentangkan satu bab setiap minggu daripada 40 bab yang terkandung di dalam buku itu.
Antara topik yang dibincangkan adalah Maksud Dijadikan Manusia Berpasang-pasangan, Ibu Bapa dan Bimbingan Berfikir, Mendidik Anak Lelaki, Membaiki Kesilapan Anak-Anak, Akar Sebab Penyakit Remaja, Membangun Jiwa Merdeka dan pelbagai tajuk lagi yang berkaitan dengan kekeluargaan serta masalah sosial remaja.
Oleh kerana menyentuh mengenai keibubapaan, program Keluarga Sakinah disiarkan Isnin, dari jam 5.15 petang sehingga 6 petang kerana pada waktu itu kebanyakan ibu bapa banyak menghabiskan waktu dalam kereta untuk pulang ke rumah selepas bekerja.
Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, berkata Keluarga Sakinah adalah antara program yang paling diberi perhatian oleh institusi ini. Katanya, IKIM sentiasa menghidangkan program yang mengagungkan kebesaran Allah.
“Program Keluarga Sakinah adalah mengenai cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak. Tidak memadai jika kita hanya memberitahu pendengar mengenai apa itu Islam, tetapi kami mahu pendengar memahami bagaimanakah ajaran agama Islam.
“Kami di IKIM ingin memberi peluang kepada pendengar mendapatkan jawapan kepada permasalahan keluarga daripada tetamu yang berpengalaman. Program ini juga membantu mengetengahkan pandangan Islam mengenai amalan kekeluargaan yang mulia bagi memastikan institusi keluarga sejahtera dan stabil,” katanya di majlis pelancaran program Keluarga Sakinah di IKIM, Jalan Duta, di ibu negara. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands Bhd & Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Sementara itu, Dr Sidek Baba pula berkata, zaman paling kritikal untuk mendidik seorang anak bermula dari dalam kandungan lagi. Katanya, dalam proses mendidik, radio Ikim juga berfungsi untuk menyalurkan pandangan serta pendapat.
“Program ini memberi cetusan pemikiran bahawa apa sekalipun konteks pendidikan, ia mestilah bermula dari rumah. Setakat ini kita sudah mendapat maklum balas dari pendengar yang menantikan kemunculan program ini setiap minggu.
“Malah ada juga pendengar dengan rela hati ingin berkongsi masalah mereka dengan kami,” katanya yang akan berada di konti setiap minggu bagi menjawab permasalahan yang diutarakan pendengar.
Program sebanyak 52 episod ini diterbitkan oleh Fairuz Nordin yang turut bertindak sebagai penyampai radio. Fairuz yang ditemui pada pelancaran program ini berkata, IKIM mempunyai hasrat untuk memanjangkan program Keluarga Sakinah kepada stesen televisyen. Bagaimanapun sebagai permulaan, mereka memberi tumpuan kepada radio dulu dan berkemungkinan membawa usul program ini untuk diteliti oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Walaupun mendapat maklum balas positif daripada pendengar, Fairuz berkata IKIM tidak dapat memanjangkan program ini yang dijangka berakhir tahun depan berikutan kewujudan slot lain di dalam stesen radio berkenaan.
“Oleh kerana kesuntukan waktu, kami terpaksa memanfaat waktu selama 45 minit itu dengan sebaiknya. Setiap minggu, Dr Sidek akan membentangkan topik mengikut bab dan pada waktu sama kita akan menjemput orang luar berkongsi pengalaman dan ilmu mereka.
“Insya Allah sekiranya mendapat maklum balas baik, kita akan memanjangkan program ini untuk siaran televisyen. Buat masa ini kami masih lagi mencari saluran televisyen yang sesuai untuk mengetengahkan mengenai pendidikan Keluarga Sakinah,” katanya.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/articles/BicarakeluargadiradioIkimFM/Article/