Hadith:
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum khamar di dunia lalu dia meninggal dunia sedangkan dia telah terbiasa dan belum bertaubat maka dia tidak dapat meminumnya di akhirat nanti.”
(Bukhari)
Huraian
Hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadith dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum.
Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak.
Oleh itu umat Islam mestilah berhati-hati dan peka serta bersikap tegas dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan halal haram dalam agama, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan makanan dan minuman kerana ia akan menjadi darah daging dan mempengaruhi pembentukan jiwa seseorang individu muslim itu sendiri.
Berkenaan arak di syurga pula, al-Quran ada menyebutkan tentang sifat-sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti adanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, yang terdiri dari air susu, arak dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.
Di samping itu disediakan pula segala jenis buah-buahan di mana orang-orang yang tinggal kekal di dalamnya akan diberi makanan dan minuman yang sedap dan lazat yang belum pernah dirasa atau dimakan ketika hidup di dunia.
Sumber:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=918
Saturday, January 22, 2011
Ancaman Bagi Pemabuk
Friday, January 21, 2011
Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”
Riwayat Anas
Huraian
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat
Sumber:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=260
Thursday, January 20, 2011
Hukum Berkenaan Arak
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
Sumber:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=397
Tuesday, January 18, 2011
Sunday, January 16, 2011
Kursus Intensif Haji Bersiri Surau Al-Kauthar
Kursus Intensif Haji Bersiri Surau Al-Kauthar
Mulai 23 Januari 2011
Setiap hari Ahad selama 6 minggu
3.00 petang - 6.00 petang
RM60.00 seorang @ RM100.00 suami isteri
Peserta boleh mendaftarkan diri kepada AJK surau yang berkenaan
atau Pejabat Cawangan Darul Mubarak melalui:
Email:
Pejabat: 03-8739-3018 @ 016-5200-102
Hamlud: 014-363-2268 / Fauziah: 017-348-7548
Haji Nazri: 017-6704-279 / En Farid: 013-6727-827
Buku panduan haji dan umrah diberikan percuma & jamuan ringan disediakan
Penceramah:
1. Ustaz Hj Muhammad Ismi bin Hj Mat Taib (Pengarah Urusan Darul Mubarak Travel)
2. Ustaz Nazrey Johani (ex-Raihan) - Ikon Projek
3. Ustaz Hj Muhammad Salim bin Hj Mat Taib (Pengarah Darul Mubarak Travel)
Kelas Pengajian Asas Al-Quran untuk belia dan dewasa di Masjid al-Barokah, Kg. Assam Jawa
Kelas Pengajian Asas Al-Quran untuk belia dan dewasa di Masjid al-Barokah, Kg. Assam Jawa.
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat
Masa : Selepas Solat Isya'
Tempat : Bilik Kuliah Masjid al-Barokah, Assam Jawa
Maklumat Lanjut Hubungi:
Ustaz Mohd. Helmi Abdul Rahman - 013-677-2301
(Setiausaha Masjid al-Barokah, Assam Jawa)
Atau
En. Salim bin Marijo - 017-642-8032
(Ketua Lajnah Pendidikan dan Dakwah)
Kelas Pengajian Al-Quran di UKM Bangi
Bimbingan Pengajian Al-Quran
oleh Ustaz Jazam
Hari Selasa Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi
Hari Rabu Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi
Asas Pengajian Al-Quran
oleh Ustaz Ismail
Hari Selasa Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi & 5.00 petang - 6.00 petang
Hari Rabu Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi & 5.00 petang - 6.00 petang
Bertempat di Bilik Seminar 2, Masjid UKM
Pendaftaran secara percuma boleh dibuat di Pejabat Am, Pusat Islam UKM.
Terbuka kepada warga UKM
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-8921-5404
Thursday, January 13, 2011
Panduan untuk mencari maklumat didalam blog ini
Panduan untuk mencari maklumat didalam blog ini
Terdapat beberapa cara bagaimana untuk mencari maklumat didalam blog ini
1. Label. Setiap topik telah dilabelkan dengan label-label yang berkenaan. Label-label tersebut boleh didapati pada bahagian kanan blog ini ataupun dibawah setiap post.
Label pada bahagian kanan blog
Label pada bahagian bawah setiap post
2. Fungsi Carian. Terdapat disebelah kanan atas blog ini, anda hanya perlu taipkan perkara yang ingin dicari dan tekan butang search. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mencari Kelas Al-Quran di Kuala Lumpur, anda boleh menaip samada Kelas Al-Quran Kuala Lumpur, Kuala Lumpur atau apa-apa sahaja yang berkaitan.
Fungsi carian disebelah kanan atas blog
3. Enjin Carian. Selain itu, anda juga boleh menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Contohnya, sekiranya anda ingin mencari kelas Al-Quran di Hartamas, anda bolehlah menaip string berikut pada enjin carian.
hartamas site:KelasQuran.blogspot.com
Ataupun klik sahaja link di bawah
Kelas Al-Quran di Hartamas
Berikut ialah contoh keputusan daripada hasil carian tersebut.
Soalan-soalan yang sering ditanya?
بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم و رحمة الله
Soalan-soalan di bawah diambil daripada ruangan "ShoutBox" di sebelah kanan blog ini. Untuk memudahkan pembaca untuk memahami soalan-soalan yang ditanyakan di dalam bentuk bahasa "sms", saya telah menulis kembali soalan-soalan tersebut didalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh kesemua golongan masyarakat.
Kebanyakan soalan-soalan yang ditanya telah mempunyai jawapannya di dalam blog ini. Oleh itu, ada baiknya sekiranya saya membuat sedikit panduan bagaimana untuk mencari maklumat didalam blog ini.
Semoga perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat kepada kita semua.
جزاك اللهُ خيراً
#Soalan 1 - Kelas Bahasa Arab
pencari ilmu: sape taw kat mn ad wat klas b.arab msa cti hjung mggu?
2010-01-14 5:16 PM
Terjemahan Soalan 1: Ingin mencari Kelas Bahasa Arab
Siapa tahu di mana ada kelas Bahasa Arab pada cuti hujung minggu?
#Jawapan 1
Sila rujuk kepada url di bawah. Ianya akan sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa.
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas Bahasa Arab
#Soalan 2 - Kelas Kitab Ihya' Ulumuddin
knoreza: salam, saya ingin tahu kat mana ada kelas kitab ihya' ulumuddin
2010-01-29 10:28 AM
#Jawapan 2
Setakat ini, saya belum mendapat maklumat mengenai pengajian kitab ini, tetapi maklumat mengenainya akan di diberitahu kemudian. Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang maklumat mengenai pegajian kitab ini ataupun kitab-kitab lain, bolehlah menghubungi kami untuk dihebahkan didalam blog ini.
Untuk mendapatkan kitab Ihya' Ulumuddin, boleh didapati di kedai-kedai buku atau sila layari laman blog di bawah.
http://mutiaraihyaulumuddin.blogspot.com/
#Soalan 3 - perisian (software) Al-Quran dan terjemahan
kyon: askum..kat mne sye bleh cri software yg Menampilkan ayat-ayat Al Quran dalam tulisan Arab dan terjemahan melayu
2010-02-03 8:42 AM #
#Terjemahan Soalan 3: Ingin mencari perisian (software) Al-Quran dan terjemahan
السّلام عليكم و رحمة الله
Di mana saya boleh mencari software yang menampilkan ayat-ayat Al-Quran dalam tulisan Arab dan terjemahan Melayu?
#Jawapan 3
وعليكم السلام و رحمة الله
Sila rujuk di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai perisian-perisian tentang Al-Quran dan terjemahan serta Hadith-hadith.
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Perisian
#Soalan 4 - Ingin mencari guru Al-Quran
haida: adatak ustazah mengajar ngaji utk anak saya 6thn di rumah(cheras)
2010-02-04 3:10 AM
#Kemungkinan Terjemahan Soalan 4: Ingin mencari guru Al-Quran
Bolehkah ustazah mengajar mengaji Al-Quran untuk anak saya yang berusia 6 tahun di rumah (Cheras)?
#Jawapan Soalan 4
Setakat ini, saya tidak mengajar mana-mana pelajar di rumah kerana kekangan masa. Namun begitu, puan bolehlah menghubungi mana-mana ustaz/ustazah yang terdapat di dalam blog ini. Ustaz/ustazah yang berkenaan boleh dihubungi melalui nombor telefon & email yang tertera di url bawah.
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas Al-Quran
#Soalan 5: Ingin memuat turun (download) ayat-ayat Al-Quran didalam bentuk audio(mp3)
Guest: assalamualaikum..boleh saya bertanya sedikit??...di mana saya boleh download bacaan surah al-Hasyr ayat 21-24??..
2010-02-07 2:14 PM
#Jawapan Soalan 5
وعليكم السلام
Saudara/i boleh memuat turun bacaan surah al-Hasyr ayat 21-24 seperti url di bawah.
al-Hasyr ayat 21
al-Hasyr ayat 22
al-Hasyr ayat 23
al-Hasyr ayat 24
Untuk bacaan ayat-ayat Al-Quran yang lain didalam bentuk audio boleh dimuat turun pada laman web di bawah.
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/mp3
Untuk mendengar, membaca dan melihat terjemahan ayat-ayat ini secara atas talian, sila kunjungi laman berikut.
http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx
#Soalan 6
fatihah: surah yang sye cri bnyk tk jmpe
2010-02-14 1:13 PM
fatihah: camner???
2010-02-14 1:13 PM
fatihah: ke nye internet bnyk???
2010-02-14 1:13 PM
#Terjemahan Soalan 6: Ingin mencari surah-surah tertentu didalam Al-Quran
Surah yang saya cari banyak tak jumpa. Bagaimana ya?
#Jawapan Soalan 6
Untuk audio, saudari boleh muat turun bacaan Al-Quran di sini
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/mp3
#Soalan 7: Ingin mencari Kelas Pengajian Al-Quran & Tajwid
Orgtua: "Tumpang tanya ade ke kelas belajar mengaji untuk orang yang dah berumor tapi baru nk belajar ngaji di shah alam?"
2010-03-01 10:14 PM
lady: ada x kelas tuk hari minggu
2010-03-12 5:34 AM
syuhada: saya ingin mendalami ilmu islam, nk perbetulkn tajwid saya..dimana ye nk dapatkan bantuan
2010-03-22 3:10 AM
zzzz: salam semua. Sape tau kat area gombak mana blh belajar mengaji? dlm kol 9.30pg - 10.30pg. baru nak belajar, dr awal. x pandai langsung...tlg semua..
2010-04-21 8:36 AM
Senarai kelas-kelas pengajian Al-Quran boleh didapati disini
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas Al-Quran
Senarai kelas-kelas pengajian Al-Quran di Selangor
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Selangor
#Soalan 8: Ingin mencari Kelas Fardhu Ain
lina: salam. bleh sy tau di mane ade kelas fardhu ain utk org2 dewasa sekitar KL / shah alam?
2010-03-07 12:20 PM #
hazwani: salam, saya hendak belajar fardhu ain. kat mana saya boleh belajar di kawasan kuala lumpur?
2010-03-30 6:37 PM
gudi: ada tak kelas mengaji dan fardu ain di klang
2010-04-03 7:06 AM #
Senarai kelas-kelas Fardhu Ain
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Fardhu%20Ain
Tuesday, January 11, 2011
Kelas Al-Quran di Taman Tengku Ahmad Rithauddeen, Peringat, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Kelas Al-Quran di Taman Tengku Ahmad Rithauddeen, Peringat, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Kelas Celik Al-Quran
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut, terbuka kepada semua peringkat umur, iaitu:
5 tahun dan ke atas.
Tempat:
Taman Tengku Ahmad Rithauddeen
Kampung Hutan Buloh,
Daerah Melor,
Peringat,
Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
View Taman Tengku Ahmad Rithauddeen in a larger map
Sumber:
http://taman-tengku-ahmad-rithauddeen.blogspot.com/2011/01/kelas-al-quran-di-taman-tengku-ahmad.html