Wednesday, January 7, 2009

Kelas Mengaji Al-Quran di PERKIM, Kuala Lumpur

ezlyn 
30/06/2005 03:01 PM
asalamualikum, Kepada sesiapa yang berkenaan saya ingin bertanya. Saya tidak mahir mengaji jadi saya mencari kelas untuk belajar mengaji daripada basic walaupun saya kenal huruf. Adakah perkim mengadakan kelas mengaji dari bagi awal hingga akhir. Jika ada bagaimana kelas dan bayaran untuk kelas tersebut. sekian terima kasih. wasalam
Respon :
06/07/2005 04:01 PM
Wa alaikumussalam wrt.Saudara boleh menghadiri kelas agama PERKIM Jadual kelas agama PERKIM: Kerlas peseorangan 9 pagi hingga 5 petang [boleh datang bila bila masa] Kelas hari sabtu dan hari ahad: 10 pagi hingga 5 petang Tempat Ibu Pejabat PERKIM 4TH Floor Bgn PERKIM. jln Ipoh K.Lumpur Kelas petang dan malam: 5.30 hingga 10 malam Tempat Balai Islam Tingkat M. Jln Ipoh.K.Lumpur Semua kelas agama adalah percuma dan boleh belajar dari awal hingga akhir inshaAllah Sekian 

Kelas peseorangan
Masa : 9 pagi hingga 5 petang (boleh datang bila-bila masa)
Tempat : Ibu Pejabat PERKIM,
 4TH Floor Bgn PERKIM. 
 Jalan Ipoh 
 Kuala Lumpur 

Kelas petang dan malam
Masa : 5.30 hingga 10 malam 
Tempat : Balai Islam Tingkat M.
 Jln Ipoh
 Kuala Lumpur 

Semua kelas agama adalah percuma dan boleh belajar dari awal hingga akhir InsyaAllah.

http://www.perkim.net.my/ques_ans.cfm?CurrentPage=27&cat=5

5 comments:

Mehmed Aezhad said...

assalamualaikum.

saya baru sahaja habis spm dan berminat untuk mempelajari ilmu quran,tajwid,qiraat dll. Dan ilmu tasawwuf, an agama islam dgn lebih mendalam.

Anonymous said...

askm,sy seorang staffnurse berminat nak mengaji semula tapi jadual kerja terlalu padat..

Unknown said...

Assalamualaikum ..
Saya nak belajar mengaji semula ..

Unknown said...

Kawan saya tanya . Tak malu ke sah besar nak belajar mengaji .. Saya jawab saya lagi malu bila jahil macam ni .. Mohon beritahu bagaimana untuk memasuki kelas mengajian ini dari awal . Terima kasih .

Jothi said...

Salam. Saudara/saudari saya merupakan seorang yang berlainan agama yang berminati agama islam.. apakah cara jika saya ingini menyertari kelas belajar al-quran ni..

Related Posts with Thumbnails