Wednesday, July 9, 2008

Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur


Pintu masuk ke yayasan sekolah al Quran

Saya mula belajar mengaji di Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur pada bulan August 2001.
Pada masa itu mak saya baru pulang dari mengerjakan umrah dan beliau ingin mendalami dan belajar mengaji dari peringkat asas lagi.
Mungkin rezeki saya kerana terbuka hati untuk turut sama belajar dengan beliau.

Bermula dari itulah saya telah belajar bersama-sama 15 orang lagi rakan- rakan di kelas 101 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (sejam) sehinggalah ke hari ini.Alhamdulillah


Sila daftar nama di kelas mana yang sesuai murid-murid

Kami telah di bimbing oleh ustaz Shah yang berasal dari Kuala selangor yang telah sabar mengajar kami yang sudah berpangkat kakak-kakak dan mokcik-mokcik.

Bukan tidak ada cabaran untuk terus belajar di sini.Maklumlah benda yang baik memang sukar untuk kita lakukan walaupun pelajaran ini di beri PERCUMA dan di BUKA kepada sesiapa sahaj yang berumur 13 tahun ke atas. Syukur Alhamdulillah saya masih di buka hati untuk meneruskan pelajaran sehingga ke hari ini. Diam tak diam dekat 5 tahun lah juga.


Sedang mengadakan perbincangan berkumpulan

Kelas kami insyaAllah bakal menduduki peperiksaan pada 7 hb May 06 ini. Ya, di sini selain di ajar asas dari Iqra1 hingga Iqra 6 , ilmu tajwid hingga ke AlQuran sehingga katam. Kami juga di beri ujian dan peperiksaan lisan, bacaan dan bertulis. Sekiranya lulus akan di beri sijil.

Setelah ini kami berhasrat untuk teruskan lagi pengajian sehingga ke akhir hayat dan selagi kami dibenarkan terus mengaji di situ.InsyaAllah.

Sekolah AL Quran ini di asaskan oleh seorang hartawan yang dermawann yang tidak mahu dirinya di kenali. Cukuplah di nyatakan hasrat murni beliau ingin melihat umat Islam celik Al Quran iaitu tahu mengaji Quran bertajwid.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa beliau yang hanya satu permintaan beliau iaitu sedekahkan al fatihah setiap kali mulai kelas.

Walaupun ia cuma yayasan persendirian, tetapi sekolah ini terdiri dari tenaga pengajar yang berkelayakan dan bertauliah membimbing sesiapa sahaja yang sudi belajar di sini.


Pelajar kelas 101 bersama ustaz Shah yang kami sayangi dan hormati

Antara nasihat awal ustaz kami yang kami pegang sehingga kini ialah :

1. Amalan beristiqomah iaitu berterusan walaupun sedikit demi sedikit iaitu hanya 2 jam seminggu tetapi setiap minggu dari belajar sekali banyak tetapi lepas itu di tinggalkan.
2. Ustaz lebih suka mengajar orang yang tidak pandai tetapi rajin datang belajar dan tidak tinggalkan kelas daripada orang yang pandai tetapi selalu tinggalkan kelas tanpa sebab.


Ustaz kami memang garang dan mengajar kami bersungguh-sungguh tetapi beliau sangat pandai mengambil hati terutamanya yang belajar di sini kebanyakannya sudah lewat usia yang semestinya agak sensitif kan!

Oh ye, Kami di ajar hukum tajwid mengikut kaedah Resam Uthmani. Permulaan kelas di mulakan dari Iqra 1 hingga Iqra 6 barulah melangkah ke Al Quran di samping mengenali hukum -hukum tajwid agar dapat membaca Al Quran dengan bertajwid.

Barulah saya tahu apa itu Nun Sakinah dan Tanwin, Mim Sakinah, Izhar Shafawi dan apa itu Madd dan pembahagiannya.

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tapi ingin berkongsi sama peluang keemasan ini. Marilah kita sama -sama belajar mengaji Al Quran. Pihak pengurusan yayasan ini tidak jemu-jemu menjemput sesiapa sahaja yang sudi mengambil peluang ini.

Apa kata kita rebut peluang keemasan ini. Sekiranya ada tempat lain yang lebih mudah iaitu di surau tempat tinggal anda maka pilihlah tempat itu tetapi sekiranya anda sedang mencari tempat mengaji yang kebetulan membolehkan anda datang ke sini maka Datanglah ke sini


Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)

Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286
Fax no : 03- 2698 1715

(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)

- Ditubuhkan dari tahun 1998
- Tidak dikenakan sebarang Yuran
- Dikendalikan oleh guru-guru AlHafiz dan Graduan IPT dalam /luar negara serta pemegang tauliah JAWI
- Terbuka pada semua yang berumur 13 tahun ke atas
- Bermula pukul 8.00 a.m hingga 10.00 p.m
- 2 jam seminggu
- Bermula dengan Iqra 1 hingga Iqra 6
- Peserta yang lulus pengajian akan di beri Sijil Khatam Al Quran
- Pengambilan sepanjang tahun ikut kekosongan.
- Bilik yang selesa dan berhawa dingin

So, apa lagi kawan -kawan, marilah kita belajar mengaji. Amin.


Pamphlet yang diedarkan oleh sekolah ini

http://aididds.blogspot.com/2006/04/mari-belajar-mengaji.html

http://waiem.blogspot.com/2006/09/sekolah-al-quran.html

http://blog.360.yahoo.com/blog-ny05DEw4dqkYmxuASjLwUg--?cq=1&p=9

Peta ke YSAQKL

http://wikimapia.org/12371130/Yayasan-Sekolah-Al-Quran-Kuala-Lumpur
Coordinates: 3°9'28"N 101°41'59"E

Tuesday, July 8, 2008

Peta ke Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur


View Larger Map

Related Posts with Thumbnails