Wednesday, February 25, 2009

Sijil Pengajian Al-Quran (SPAQ) di Universiti Malaya (UM)

LATAR BELAKANG

Kursus jangka pendek Sijil Pengajian al-Qur’an (SPAQ) anjuran Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Korporat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mula diperkenalkan pada September 2001. Kursus ini menggabungkan tiga elemen penting yang mendasari pengajian al-Qur’an iaitu kemahiran tajwid dan tilawah al-Qur’an serta tarannum (lagu-lagu al-Qur’an), bahasa al-Qur’an dan ilmu-ilmu al-Qur’an. Setelah beroperasi hingga kini, kursus ini telah berjaya menarik minat masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu al-Qur’an yang bersifat semasa di samping menguasai kemahiran tilawah al-Qur’an serta bahasa Arab sebagai bahasa pengantar al-Qur’an.

OBJEKTIF

Kursus ini diperkenalkan kepada masyarakat awam bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci al-Qur'an kepada mereka . Antara objektif utama kursus ini :
· Membimbing masyarakat awam membaca al‑Qur'an dengan betul (tartil)
· Mendedahkan mereka kepada kefahaman sebenar tentang isi-isi kandungan al-Qur'an khususnya hukum-hakam yang terkandung di dalamnya
· Mengajar dan membimbing mereka bagaimana mempraktikkan segala perintah terkandung di dalam al-Qur'an
· Menjadikan mereka cintakan al-Qur'an serta meletakkannya sebagai dustur (perlembagaan) hidup sepanjang hayat

Kursus ini ditawarkan di peringkat sijil dan terbuka kepada individu yang berminat.

ANJURAN

Kursus ini dianjur oleh Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Korporat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Pengajian adalah secara kuliah dan tutorial.

KELAYAKAN

Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

TEMPOH KURSUS

Kursus ini mengandungi 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan. Kuliah diadakan setiap hari sabtu dari 9.00 - 11.00 pagi.

Mata pelajaran kursus berdasarkan modul yang dirangka khusus.


MODUL I

Ulum al-Qur'an I

Membincangkan pengertian al-Qur'an, ciri -cirinya, nama-nama Qira'at, kemukjizatan, sebab-sebab nuzulnya, hikmah penurunan secara beransur-ansur, ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, makkiyyah, madaniyyah, sejarah pengumpulan al-Qur'an serta perkara-perkara yang berkaitan.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I
Membincangkan bentuk-bentuk huruf al-Qur'an. Pengenalan ilmu Tajwid dan hukum mempelajarinya, makhraj-makhraj huruf, sifat -sifat huruf dan kaedah pembacaan secara bertajwid.

Bahasa Al-Qur'an I
Bertujuan untuk mempelajari pengertian kalimah, ayat dan gaya bahasa al-Qur'an serta tatabahasa Arab yang berkaitan dengannya secara mudah, ringkas dan praktikal.

Wirid al-Qur'an
Membincangkan doa-doa terbaik yang boleh diamalkan oleh seseorang muslim merangkumi pengertian doa ma'thurat, kepentingannya, adab, tempat dan masa berdoa.


MODUL II

Ulum al-Qur'an

Membincangkan pengertian ilmu tafsir dan pembahagiannya seperti Tafsir bi al-Riwayah, Tafsir bi-al-Dirayah (AI-Ra'yi) dan Tafsir al-lsyari.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an II
Merupakan lanjutan dari kursus Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I. Membincangkan tentang hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum mim dan nun bertasydid mad dan qasar, basmalah dan hukumnya.

Bahasa al-Qur'an II
Membincangkan jenis-jenis ayat di dalam al-Qur'an dan sistem pembentukannya, sistem perubahan kalimah di dalam ayat menurut tatabahasa Arab dan praktikaliti terhadap ayat- ayat al-Qur'an, adawat dan fungsinya di dalam ayat, jenis-jenis gaya bahasa al-Qur'an dan sistem maknanya.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Syakhsiah
Menghuraikan keperibadian muslim berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah. Penekanan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai model keperibadian muslim, peranan ibadat dalam membina sifat-sifat peribadi muslim, adab dan budaya hidup muslim serta nilai-nilai murni dalam Islam.


MODUL III

Tafsir Ayat al-Ahkam I

Membincangkan ayat-ayat terpilih yang berkaitan dengan hukum-hakam.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an III
Lanjutan dan pelengkap kepada Tajwid dan Tiiawah al-Qur’an I dan II. Membincangkan tentang waqaf dan bahagian-bahagian tanda waqaf yang terdapat dalam al-Qur'an, hamzah wasal, hukum lam, isti'azah serta adab-adab membaca al-Qur'an.

Bahasa al-Qur'an III
Merupakan lanjutan dari kursus Bahasa al-Qur’an II. Membincangkan mengenai cara penyusunan jumlah ayat dalam al-Qur'an, pembahagian asas kalimah serta keperluan dalam pembentukan ayat mengikut peraturan peraturan bahasa Arab.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Masyarakat
Menghuraikan tentang hubungan Islam dan masyarakat, pengabdian kepada Allah dan masyarakat, keadilan di dalam al-Qur'an, kepentingan pimpinan dalam pembinaan masyarakat dan amanah dalam kehidupan masyarakat.


MODUL IV

Aqidah al-Qur'an

Menghuraikan tentang aqidah ahl al-sunnah wa al jama'ah yang merangkumi perkara-perkara pokok bagi pegangan setiap muslim.

Bahasa al-Qur'an IV
Lanjutan dari pelajaran yang lepas dan membincangkan al-nakirah, al-ma'rifah, al -mudhakkar dan al-mu'annas.

Praktikal al-Qur'an 1
Merupakan lanjutan dari pelajaran Tajwid &Tilawah Al-Qur’an. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur’an.

Praktikal al-Qur'an 2
Merupakan kesinambungan dari Praktikal al-Qur’an 1. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur'an.


MODUL V (pilihan)

Bahasa al-Qur’an V

Lanjutan dari pelajaran yang lepas, membincangkan tentang bahasa Arab menerusi teks al-Qur’an, ibadah, nasab, jazam dan sebagainya.

Taranum al-Qur’an
Pelajar didedahkan dengan bentuk lagu yang sering digunakan dalam pembacaan al-Qur’an seperti Bayati, Misri, Shika, Ras dan sebagainya.

Kaedah Penghafalan Al-Qur’an
Membincangkan kaedah penghafalan al Qur’an merangkumi teknik-teknik penghafalan ayat-ayat pendek dan ayat-ayat panjang, memelihara dan mengekalkan penghafalan, adab-adab seorang hafiz dan sebagainya.

Tafsir Ayat AI-Ahkam II
Merupakan lanjutan dari Tafsir Ayat AI-Ahkam I. la lebih memfokus Kepada tafsir Mawdui' dan tafsir tahlili terhadap beberapa ayat dari surah-surah yang terpilih seperti al Baqarah (282-283), al-Mujadalah (1-4) al-Talaq (1-3), al- Nisa' (92-93) dan lain-lain.


KELAS TALAQQI & QIRA'AT AL-QUR'AN (pilihan)

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu

KEMUDAHAN
Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.


PEPERIKSAAN / SIJIL
Peserta dikehendaki menduduki peperiksaan di penghujung kursus yang disertai bagi memperolehi sijil kelulusan. Namun peserta yang hanya menyertai kelas dan kuliah tanpa menduduki peperiksaan akan hanya diberi sijil penyertaan.

TENAGA PENGAJAR
Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

YURAN
Yuran Kursus bagi setiap modul ialah RM250 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :‑
Tel : 03-79676167 (Puan Noor Afsurizan Mohd Afandi)
Tel : 03-79676010 (Dr. Faisal Ahmad Shah)
Fax : 03-79676030

BORANG PERMOHONAN
SIJIL PENGAJIAN AL –QUR’AN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

Urusetia
Sijil Pengajian al-Qur’an
Unit Pembangunan Sosial
Bahagian Pembangunan Korporat
Aras 4 Blok D, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

http://spaq-apium.blogspot.com/

Peta ke Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya


View Larger Map

1 comments:

Unknown said...

nak tanya beraa fee die yee

Related Posts with Thumbnails